Followers

Saturday, August 23, 2008

Mangsa UMNO..???

Fikir Sejenak
"a








  • Pertama , “….beliau telah diarahkan hadir....“ .
  • Kedua , “.....menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu…..”.
  • Ketiga , “....enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian......“.
  • Keempat , “.....beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.....“ .
  • Kelima, “....."Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".....“.
  • Keenam, “....Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu"....“.
  • Ketujuh, ....."Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah,".....“

Ulasan
Daripada petikan dari berita di bawah mengikut cerita dia [ sekiranya cerita ini betul2 betul ] , dia jadi ahli umno , kerana “SEBAB – SEBAB TERTENTU“ .

Saya rasa dan percaya , serta mengikut syak di hati ini , Tuan Imam Ramlang Porigi adalah orang PAS atau PKR


i]
Mengikut kenyataannya , beliau diarahkan hadir pada masa sumpah laknat saiful

Maknanya , dia tidak terlibat dalam perancangan awal.
Tiba- tiba saja dikehendaki hadhir.
Itu saja
Kalau dah ada perancangan awal & dia terlibat daripada awal2 nya lagi , kesilapan2 , ketidakpatuhan kepada kaedah , peraturan , dan syarat2 sumpah , tidak akan terjadi, tetapi ianya sudah beraku

ii]
Tindakan beliau “MENEGUR” kesilapan saiful , sedikit sebanyak menunjukkan beliau masih menjaga agamanya , imamnya dan kepercayaannya.

Ianya berlaku secara ‘nature’ , bersahaja , dan kebetulan saja

kalau lah ia terlibat , & sama2 merancang , kesilapan itu tidak perlu lah dan tidak akan ditegur
Dengan menegur telah menampakkan beliau tidak bersetuju dengan “kesilapan’ tersebut.

Kalau kesilapan sebutan ditegur , dalam keadaan majlis tersebut dirakam dan disiarkan oleh TV , menunjukkan adanya keikhlasan di hati nya , bagi menjaga adab , tertib dan kaedah sumpah , walaupun skrip asal arahan „“orang – orang“ tetentu tidak ada ditangan nya.

iii]
Kalau lah , yang hadhir pada hari tersebut adalah Datuk Firdaus Ismail ,atau Dr Masitah Ibrahim , maka sekiranya kesilapan itu berlaku seperti mana yang telah terjadi , maka ianya akan dibiarkan begitu sahaja , kerana ianya dikhuatiri akan merosakkan perancangan jahat tesebut.

Bagi mereka ini , apa perlunya menjaga agama ?
Biar agama hancur , jangan komplot dan majlis ini cacat.
Sebab itu dikatakan melacur dihalalkan sekiranya darurat.

Pengajaran
Sebenarnya , cerita ni banyak berlaku di kalangan kontraktor - kontraktor , yang terpaksa isi borang ahli umno, untuk cari makan , kalau tidak soruuuuuuu projek.


Begitu juga dengan banyak lagi golongan manusia di Malaysia ini , yang terpaksa “MENJADI“ ahli umno , demi untuk kelangsungan hidup , seperti penjawat awam yang mula kerja , juga ada semasa temuduga disyaratkan menjadi ahli umno , begitu juga semasa naik pangkat , juga di kalangan penerima subsidi kerajaan , seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat , Amanah Ikhtiar , dan lain – lain .



Bahkan untuk mendapatkan pinjaman bank , juga disyaratkan menjadi ahli umno. Kalau tak percaya , cuba lah sendiri.



Betul ke ahli umno 3.3 juta orang ?

Sebaik saja Putrajaya berjaya diambil alih , insyaallah , bilangan atau angka ini akan merudum , mungkin tinggal setakat 300 hingga 500 ribu orang sahaja.


Tak Percaya Ke ?
Sebenarnya dalam umno sekarang ini , angka 3.3 juta itu , bukan lah satu angka yang betul2 “ahli“ sebenarnyaIanya termasuklah orang – orang yang terpaksa mengisi borang ahli seperti Tuan Imam Ramlang Porigi , kontraktor – kontraktor yang nak cari makan , pelajar – pelajar yang terpaksa isi borang kerana pinjaman PTPTN , penerima bulanan kebajikan masyarakat , penjawat – penjawat awam , dan lain – lain .

Jatuhnya putrajaya , maka hilang lah trauma dan UMNOPHOBIA di kalangan orang- orang dan golongan tadi.

Tidak mustahil , mereka – mereka ini akan bertindak nekad , menjadi berani , dengan mengisytiharkan keluar umno secara beramai – ramai dan mengisi borang keahlian PAS atau PKR.

Sekiranya ini yang berlaku , umno tidak boleh lagi mendabik dada , kononnya parti mereka yang terbesar di dunia .

Yang tinggal nanti , mungkin KJ dah jadi Ketua Pemuda umno.

Mana tau , dengan keahlian tinggal hanya sekitar 300 hingga 500 ribu saja, masa tu keahlian juga dibuka kepada „“ORAN UTAN“ kat Sabah.


Idea gila KJ , biasanya Pak Mertua dia tak bantah.

Dah tak de cara lain untuk tambah ahli , apa saja asal kan angka tu tinggi.



Peringatan
i]. Topeng_Perak , harus [ malah mungkin wajib ] mintak maaf dengan Tuan Imam Ramlang Porigi , kerana telah menerbitkan artikel paling awal tentangnya.

ii] Rakyat Malaysia juga harua [ malah mungkin wajib ] mintak maaf dengan Tuan Imam Ramlang Porigi , kerana dah banyak mengutuk dan menghinanya

iii] Samada Topeng_Perak atau Tuan Imam Ramlang Porigi , yang benar dalam hal ini , hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

iv] Itu lah , lain kali maklumat tu kena betul – betul disahkan betul , baru siarkan. Usul dan periksa dulu maklumat. Selidik betul – betul latarbelakang kejadian adalah betul. .


Nota
Kalau tengok betul – betul muka Tuan Imam ni , macam orang kita je.

Untuk tidak bersangka buruk , saya rasa dia ni orang PAS or PKR tapi ahli UMNO [ sebab isi borang umno kerana sebab – sebab tertentu]

Kadang – kadang tu kesian jugak kat dia , kita dah hentam dia kiri kanan , belakang depan , atas bawah.

Cerita yang betul [ mengikut Tuan Imam Ramlang Porigi ] adalah seperti dibawah.


Imam diarah hadir sumpah Saiful

Jimadie Shah Othman | Aug 21, 08 6:10pm
Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.

Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.

Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

'Memang ahli Umno'

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu".

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Tiada kaitan

Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.

Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)".

Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.

Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam.
"

Bagi ummi apa yang Topeng_Perak buat hanyalah untuk menjelaskan apa yg terselindung...niat mengorek hal Imam Ramlang ni adalah untuk kita lebih jelas dengan jalan cerita "sumpah si sayfool" ni..
sekiranya Topeng_perak tak buat kerja risik-merisik ni..(dah nama blog pun Perisik Rakyat) mungkin kita tak nampak ada kegiatan kotor sebegini yang memperalatkan ahli ugama utk kepentingan diri...

Kesimpulan yg ummi rasa dari start lagi...Ramlang Porigi ni adalah "mangsa" keadaan.. terhamburnya kata2 yang kurang enak kepada Ramlang Porigi ni disebabkan dia adalah ahli UMNO dan menjadi saksi "sumpah si sayfool"...ulasan Ulitmayang pun ada kebenarannya..seprti juga kes yang berlaku kepada SUKJ semasa di hari penamaan calon..hanya kerana pegang botol bergambar dacing beliau dimaki...

Kita tak boleh nafikan ilmu yg Ramlang Porigi miliki dan statusnya sebagai ahli ugama kerana itu memang bidang dia...cuma ummi kurang senang bila kita melihat dia sebagai ahli UMNO maka dia dihina dan dikeji...kena ingat dia bukan ahli politik..jadi senang sangat dipergunakan oleh orang2 yg berkuasa...sepatutnya kita patut mengkeji mereka2 yg mempergunakan ahli ugama sebagai alat menutup kejahilan mereka...

Disebabkan kebencian kita yg membuak2 pada UMNO/BN sehingga ada yg nak tolong Ramlang Porigi ni membetulkan fakta tak diendah dan malah menafikan langsung hak peribadi Ramlang Porigi...malang nasibmu Ramlang..dalam kes sebegini ummi penah tempuhi walaupun hanya dalam dunia cyber..kesannya cukup dalam...walaupun orang tak kenal kita..tapi nama kita dimain2kan..itu sudah cukup menghina rasanya..apatah lagi bila kita tau orang dan keluarganya..tempiasnya tetap terkena kepada mereka2 yg tak terlibat...

artikel di bawah ni ummi ambik dan harap2 dapat mengurangkan sedikit kebencian kita kepada "mangsa" UMNO/BN ini..

Tak pasal-pasal Ramlang Porigi Jadi Popular

Puncanya mudah.

Kerana terlalu marahkan Saiful Bukhari, bukan setakat Saiful Bukhari yang dimarahinya, malah saksi yang menyaksikan sumpah mubahalahnya pun turut diseret sama. Habis latarbelakang Ramlang disiasat dan dilondehkan. Kemudian beliau dikait-kaitkan dengan pelbagai andaian. Ada yang mengaitkannya sebagai sebahagian dari konspirasi.

Dikorek-korek oleh mereka, dia ini imamkah. Atau menyamar sebagai imamkah. Atau dan atau..

Oleh kerana Ramlang berasal dari Sabah yang dan menjadi pengundi Permatang Pauh, maka dikaitkan bahawa beliau dihantar dari sana ke Permatang Pauh sebagai pengundi hantu atau sebagai agen untuk menjayakan konspirasi.

Kebetulan Ramlang adalah ahli UMNO, maka macam-macam benda yang diandaikan.

Saya fikir, sewaktu Saiful Bukhari bersumpah itu, kalau kebetulan mereka melihat ada seekor semut yang lalu di situ, maka sudah pasti semut itu juga akan dikatakan sebagai salah satu ‘barua’ yang sedang menjayakan konspirasi terhadap DS Anwar.

Sudah tentu semut itu dituduh sebagai pengundi hantu atau dihantar khas dari hutan mana entah untuk menghapuskan DS Anwar.

Juga mereka akan menyiasat siapakah semut itu? Mereka akan mempertikaikan tahap ke’semut’an semut itu. Semutkah semut itu. Atau semut-semut kah semut itu. Atau semut yang disemutkan sebagai semut kah? Atau yang disemut-semut-kan sebagai semut-semut kah?

Saya Kenal Ramlang

Dirinya, abangnya dan adik-adiknya cukup saya kenali. Isteri Ramlang juga saya kenal. Abang dan adik-adik isterinya juga saya cukup kenali.

Saya yakin, tuduhan-tuduhan jahat ke atas beliau adalah tidak benar dan tidak berasas samasekali.

Wahai kawan-kawan, bersederhanalah dalam segenap hal. Sikap melampau membawa padah!



# janganlah kita termasuk dalam golongan yang menghina alim ulama'


"Sempena kedatangan Bulan Ramadhan ini...secara peribadi ummi di sini memohon maaf kepada Ramlang Porigi dan keluarga..kerana mungkin secara tak sengaja atau sengaja telah menulis atau mengkomen yg kurang enak terhadap Ramlang Porigi...Maaf Zahir Batin"

~wallahualam~

1 comment:

TOK PENGULU said...

AKU PUN NAK MINTAK MAAP BANYAK KEPADA RAMLANG PORIGI. LEBIH2 LAGI DUK MENGATA ORANG YANG BERILMU DAN BERIMAN MCM DIA...LAIN KALI TAK BUAT LAGI DAH

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil