Dalam PRU-12 lalu , majoriti DSWA sebanyak 13 , 398 undi
Objektif
- Untuk membuktikan DSAI adalah pemimpin , iaitu tempat bergantung harap rakyat Malaysia , bukan saja Permatang Pauh
- Untuk menolak semua tuduhan dan fitnah liwat 2
- Untuk membuktikan sasaran pengambilalihan Putrajaya cita – cita semua rakyat Malaysia adalah betul
Sasaran majoriti 23,515 undi , sama seperti tahun 1995 , ok tak ?
Kalau diperhatikan angka sejak PRU-7 hingga PRU-12 lalu , bagi tahun 1995 iaitu PRU -9 dimana calonnya ialah DSAI , majoriti yang diperolehi sebanyak 23,515 undi , adalah kemuncak kepada sokongan pengundi kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
1999Reformasi yang lahir selepas peristiwa hitam 1998 , PRU-12 menyaksikan Permatang Pauh menjadi sasaran utama kerajaan UMNO/BN , bagi melumpuhkan Parti KeADILan. Namun , ia masih dapat dipertahankan , dengan majoriti 9,077 undi.
2004Tahun peralihan kuasa , TDM kepada Pak Lah tahun 2003 , dengan imej ‘mr clean’ , dan dengan hampir seluruh jentera UMNO/BN disalurkan ke Permatang Pauh , bagi mematikan kerusi tunggal Parti KeADILan , tetapi masih gagal menawannya , dan KeADILan menang dengan majoriti 590 undi sahaja.
2008
Dengan kebangkitan rakyat , bukan saja di Permatang Pauh , tetapi seluruh negara , menyaksikan Permatang Pauh kembali didominasi oleh PKR
1. UMNO/BN mensasarkan majoriti yang lebih rendahDalam keadaan yang sangat kritikal sekarang ini , UMNO/BN tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. Agak mustahil untuk DSAI , calon PKR dari Pakatan Rakyat ditewaskan , keadaan sangat tidak memihak kepadanya.
UMNO/BN hanya mensasarkan untuk mengurangkan undi majoriti daripada 13,398. Sekiranya itu yang dicapai , ia hanya untuk menjustifikasikan kononnya DSAI , PKR dan PR sudah ditolak oleh rakyat , khasnya pengundi di sini
Seluruh kekuatan jentera UMNO/BN akan digerakkan dan dikerah.
Semua jenis dan bentuk penipuan akan dihidangkan
Semua bentuk pencabulan demokrasi akan dilaksanakanDalam seribu pilihan yang boleh kita bantu , hanya satu cadangan ingin dikemukakan di sini , iaitu Unit Komunikasi & IT harus perlu diperkasakan , dengan sasaran bagi penyaluran maklumat – maklumat tepat , betul , benar dan terkini kepada semua 58,449 bilangan daftar pengundi yang sah, iaitu yang digunapakai dalam PRU-12 lalu
2. Ogos 2008 , Apa yang boleh dibuat ?
Siaran LangsungSiaran lamgsung dari lapangan dan tapak ceramah khusus oleh penceramah – penceramah utama DSAI , TGHH , TGNA , LKS , KS dan lain –lain.
Unit Komunikasi & IT akan bertindak sebagai ‘main coordinator’
i. AktivitiMaklumat – maklumat terkini yang perlu disampaikan di tapak – tapak ceramah atau melalui kenyataan – kenyataan media kepada hampir semua pengundi [ kalau boleh semua 58, 449 ] dapat dibuat secara serentak ke seluruh kawasan
Ini adalah sumber saluran alternatif yang kita ada , bagi menangkis laporan – laporan media utama.
Petugas – petugas di setiap lokasi ‘DISPLAY CENTRE’ perlu dikemaskini sepanjang masa , dengan program – program utama , ceramah dan lain – lain
ii. “ Display Centre “Penyiaran boleh dibuat di ‘display centre’ seperti restoran , upu , markas , masjid ,surau , kuil , gereja dan lain – lain
iii. PerkakasanSebahagian dan kebanyakan tempat – tempat ini , seperti restoran dan kedai makan terbuka , sudah dilengkapi dengan skrin besar dan projector , kecuali di markas , masjid , surau dan upu
iv. “ Counter Attack “
Tindakbalas secara cepat , dengan memberi maklum balas segera ke atas isu – isu utama , yang dibangkitkan di kawasan pilihanraya dan juga oleh media kerajaan umno/bn , harus perlu ada persediaan ke arah itu.
Inilah saluran yang pilihan yang boleh dipertimbangkan Adalah perlu semua 58,449 pengundi diberikan maklumat terkini , terbaru , betul , sahih , benar & bertanggungjawab
v. BajetUnit Komunikasi & IT , Pakatan Rakyat PAS , PKR & DAP boleh uruskan bagi mendapatkan penajaan ‘sponsor’ dari banyak pihak.
Dalam keadaan dan situasi sebegini , berduyung – duyung penderma akan memberikan bantuan , apa saja dan banyak mana
Kalau ini dapat di’apply’ , bersama – sama kaedah konvensional yang sedia ada , tak ada sebab kita perlu akur ‘kehebatan’ media arus perdana.
Lain – lain hal , poster , pamphlet , bahan kempen dll ….tak nak campur lah , boleh fikir sendiri lah , dan sudah tentu ada yang uruskanIni adalah satu cabaran kepada seluruh petugas Pakatan Rakyat , PAS , PKR & DAP , NGO serta rakyat malaysia
P.44 - PERMATANG PAUH , 2008 PRU-12 58,449 47,963 82.06% 636 13,398 PKR
P.44 - PERMATANG PAUH , 2004 PRU-11 0 43,734 80.93% 665 590 KEADILAN
P.44 - PERMATANG PAUH , 1999 PRU-10 0 39,210 78.94% 647 9,077 KEADILAN
P.44 - PERMATANG PAUH , 1995 PRU-9 0 37,385 78.30% 889 23,515 BN
P.41 - PERMATANG PAUH , 1990 PRU-8 0 31,740 78.32% 304 16,150 BN "
P.41 - PERMATANG PAUH , 1986 PRU-7 34,879 26,098 74.82% 619 10,479 BN
oleh ulitmayang
Monday, August 04, 2008
Sasaran Majoriti > 23 , 515 undi ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
translator..
by : BTF
Fakta Perak
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
No comments:
Post a Comment