Followers

Saturday, August 02, 2008

Sudah confirm sekarang ini..??

oleh ulitmayang

Sudah confirm sekarang ini

16 September seperti yang disasarkan oleh DSAI dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya , InsyaAllah akan berlaku jua

Pak Lah sudah tidak terdaya untuk melawan arus menentang kebangkitan rakyat



Untuk keterangan dan buktinya , sila baca berita di bawah.

1. Dalam pengetahuan Pak Lah , oleh kerana dia selalu tertidur dalam masa – masa jaga , Cuma maklumat yang sampai ke telinga dia , dia bagi angka 80 – 90 % SAHAJA yang masih setia. maknanya sokongan tu tidak SOLID lah.

2. maknanya angka yang confirm sudah akan lari seramai 14 hingga 28 orang dari jumlah 142 kerusi UMNO/BN yang ada.

3. maknanya juga Pak Lah sudah mengaku lah ada yang akan confirm lari

4. itu sudah lebih dari cukup

5. dalam hal ni , siapa menipu ? DSAI kah ? Pak Lah kah ? atau semua menteri kabinet UMNO/BN kah ?

6. angka tu akan meningkat secara mendadak semasa dan selepas pilihnaraya kecil P-44 Permatang Pauh

7. beres bos, tak ada lah bos, semua ok bos,.....sikap yang diambil dan dibuat oleh hampir seluruh pimpnan UMNO sekarang ini, tidak berjaya menyedarkan Pak Lah dari mimpi yang panjang.

8. kalau Pak Lah betul – betul jaga , agak- agaknya PERATUSnya berapa ? Tentu lebih tinggi lagi kot


Taktik Anwar untuk kekalkan populariti: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyifatkan ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih teraju kepemimpinan negara sebagai satu pembohongan.

Perdana Menteri berkata, tindakan Anwar yang sering mendakwa beliau hanya menunggu masa merampas kuasa, sebenarnya bertujuan mengekalkan popularitinya sebagai pemimpin pembangkang.
"Apa yang dilakukannya (Anwar) jelas menjurus ke arah itu dan beliau sentiasa cuba meraih populariti dengan berbuat demikian... seperti pasaran saham," katanya dalam wawancara dengan agensi berita The Associated Press (AP) di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang berulang kali mendakwa sudah mendapat persetujuan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti menyertai PKR, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan Pusat dengan majoriti mudah sebelum 16 September.

Abdullah berkata, hakikatnya ketika ini majoriti pemimpin semua parti komponen BN tetap taat dan setia kepada kepemimpinan beliau serta kerajaan masih terus mendapat sokongan antara 80 hingga 90 peratus pemimpin terbabit.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga tidak berhasrat menggunakan undang-undang darurat bagi mengawal keadaan jika berlaku demonstrasi jalanan oleh pihak yang mungkin tidak berpuas hati jika Anwar didakwa atas tuduhan meliwat.

"Saya tidak fikir kita perlu menggunakan undang-undang itu, sudah tentu tidak. Mengapa pula harus ada bantahan tidak terkawal kerana ia sudah tentu tidak akan dilakukan oleh parti pembangkang yang mendakwa mereka boleh membentuk kerajaan?.

"Sudah tentu jika mereka pembangkang yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membuat sesuatu sehingga seolah-olah meletakkan kedaulatan undang-undang di tangan sendiri dan mengadakan demonstrasi sesuka hati," katanya. - AP.


ummi ni tak caya lah bila Pok Lah kata "tidak berhasrat" guna undang-undang darurat ...rasanya dia nak gitau yg dia akan guna la tu..besa la Pok Lah selalu cakap terbalik...berhati2 je la..

wallahualam..

6 comments:

Desperado said...

Ummi...

Perbezaan undi di antara Wan Azizah dengan Ustat Firdaus ketika PRU11 IALAH 300++ DAN pru12 pula 13000++

DSAI kena pastikan beza majoriti kali ini 30000+++...jika kurang dari itu, PKR harus sedar, mereka juga sudah ada hilang pengikut...

Deperado melaporkan dari Permatang Pauh....sudah panas sekarang ni!

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

wah..awalnya Des dah tinjau tempat ekk...kenalah Des selalu melaporkan perkembangan di sana utk pengaetahuan semua..

bagi ummi yg penting menang..walau pun lebih 1 undi..dikira pemenang dan membolehkan DSAI masuk parlimen..pasal ummi ni tak pandai bermain dgn angka..hehehe

wallahualam..

Mr Green said...

Ummi Sila baca Blog Sang Kelembai...agak menarik perhatian

Anonymous said...

heheehe... yg bersemangat,, dan yg biasa kita tengok pulun dok buat kerja adalah mamat2 PAS ....
lepas pilihanraya kita tengok yg dok berebut kuasa adalah mamat PKR.. lepas tu anwar kata tiada sokongan terhadap tuntutan negara islam..
wan zizah pun cakap.. tak sesuai negara islam di negara multiracial... heheheeh..

kesian kat mamat2 pas.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

mr.green
memang menarik..

anonymous
shhh...tang ni ummi setuju sikit je...tapi mamat2 dan minah2 PAS tetap ikhlas dalam perjuangan dan persahabatan..sebab dorang ni tau 'kebenaran pasti akan menang'

wallahualam

jogi da bomb said...

Pak Lah memang suka cakap terbalik.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil