PUTRAJAYA 24 Sept. - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.
Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.
Dalam aspek ini, beliau mengingatkan bahawa sedekah merupakan barang yang halal kepunyaan seseorang untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.
"Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal.
"Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
"Soal diperangkap atau apa sekalipun yang haram tetap haram. Zina itu haram dan berdosa sesiapa berkata sebegitu (menyamakan imbuhan seks dengan sedekah)," katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Zul satu penghinaan kepada amalan sedekah yang mulia.
"Saya sangat dukacita dia boleh menyamakan antara yang halal dan haram. Perkara yang jahat dan baik merupakan satu perbandingan yang begitu bercanggah dengan syariat Islam," katanya.
Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Roslan Mohd. Noor berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian mungkin tidak mempunyai latar belakang Islam sepenuhnya sehingga sanggup berkata sebegitu.- Utusan
ummi..,
Zul Hassan....jangan nak memalukan umat Islam.....
No comments:
Post a Comment