Guru2 PASTI akan bertaddarus bersama isteri MB Perak,Datin Seri Fatimah Taat...majlis diserikan lagi dengan kehadiran MB Perak di majlis penutup bersama2 AJK PASTI Perak.
Pada majlis penutup itu,Ketua MGP Perak Pn Hajjah Asmah Tukiran,telah melahirkan setinggi² kesyukuran diatas kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas sehingga membolehkan guru² PASTI menggunakan kediaman rasmi MB bagi mengadakan program. Sambil mengucapkan terima kasih kepada MB,YAB Datuk Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin... beliau mengingatkan agar guru² PASTI bersedia membantu mempertahankan kerajaan sedia ada ini.
Pengarah PASTI Perak Tn.Haji Hassan Aladi telah menyatakan PASTI akan di'rebranding'kan semula pada tahun hadapan bagi menceriakan lagi PASTI dan dapat menarik perhatian ramai tak kira daripada ahli PAS ataupun bukan... ini untuk menjadikan PASTI sebagai intitusi prasekolah yg lebih cemerlang dan bertarbiyyah...sesuai dengan slogan "Melahirkan Generasi Al-Quran"
Ucapan penutup oleh MB Perak,YAB Datuk Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin berkata..PASTI harus mengorak langkah yg lebih berani untul melahirkan anak2 yg lebih berkualiti dan berakhlak mulia.MB juga berharap PASTI boleh menerapkan bahasa lain seperti bahasa Cina dan Tamil dalam pembelajaran...ini untuk membolehkan anak bangsa kita boleh berbahasa lain selain bahasa melayu sahaja,itu adalah harapan beliau terhadap PASTI.
Majlis taddarus tersebut selesai dalam jam 1 tengahari..
ada sesape bekas pelajar PASTI tak kat sini..? angkat tangan..!
No comments:
Post a Comment