8.30 pagi: Perkarangan mahkamah telahpun dibanjiri oleh ratusan penyokong dan wartawan dari media dalam serta luar negara. Perbicaraan dijangka bermula jam 10.00 pagi.
9.51 pagi: DSAI selamat tiba di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Kini sedang dikerumuni wartawan.
9.59 pagi: DSAI kini melangkah masuk ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, diiringi keluarga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.
10.05 pagi: Perbicaraan dimulakan.
11.24 pagi: sesi perbicaraan pagi ini tamat. Perbicaraan akan disambung pada 7hb Oktober. Hakim SM Komathy Suppiah akan menentukan samada kes ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi ataupun tidak.
Prosiding pagi ini bermula dengan pihak pendakwa, yang diketuai oleh Mohd Yusof Zainal Abiden, berhujah menyokong kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Mohd Yusof berkata, Abdul Gani tidak mempunyai peranan secara langsung dalam kes ini dan oleh itu, perintah pemindahan kes yang ditandatanganinya, adalah sah.
Menyentuh tentang jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Abdul Gani tidak akan terbabit dalam perbicaraan kes Anwar, Mohd Yusof berkata, perdana menteri boleh berkata apa-apa pun.
Sambil menyebut kes undang-undang, Mohd Yusof memberitahu hakim bahawa beliau (hakim) tiada pilihan kecuali memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.-Malaysiakini
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Hakim SM Komathy Suppiah akan memutuskan pada 7 Oktober depan sama ada perbicaraan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Hujah dari dari pihak pendakwa dan peguambela sama ada kes tersebut boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi didengar pagi ini.
Pihak pendakwa memohon kebenaran untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi dalam prosiding sebelum ini.
Bagaimanapun, notis pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dibantah oleh pihak peguambela.
Bantahan tersebut dibuat kerana Abdul Gani sedang disiasat berhubung aduan membuat bukti palsu dalam kes-kes terhadap Anwar 10 tahun lalu.
Hakim Komathy kemudiannya menangguhkan prosiding hingga ke hari ini untuk membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan untuk berhujah.
Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. Anwar kini dibebaskan atas ikat jamin.-Harakah
No comments:
Post a Comment