Followers

Wednesday, September 24, 2008

sekupang jek..??

:pge42: sekupang jek...?? apa barang sekupang...!!

amboii..amboii..masa naik bedezuuppp berkupang2...masa turun macam siput babi je lembabnya... !!
apa ni beb...kata nak turun 15 sen....takkan sekupang jek..!!:cinonet_07: tipu kaa....adey ciittt...

24/09/2008 4:51pm

KUALA LUMPUR 24 Sept. — Kerajaan mungkin menurunkan harga bahan bakar sehingga sebanyak 15 sen, kata Ahli Ekonomi dan anggota Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Zainal Aznam Yusoff.

Katanya kerajaan berkemugkinan mengumumkan harga baru itu selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan menunaikan janjinya untuk mengkaji semula harga bahan bakar setiap bulan.

“Setakat ini, harga minyak global bagi bulan ini jatuh kepada paras terendah AS$94 (AS$1 RM3.38) setong sunguh pun harganya telah meningkat sedikit kemudian. Jadi, apa yang penting bagi kerajaan ialah memutuskan sama ada untuk menunggu baki enam atau tujuh hari sebelum membuat keputusan itu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan 2008 di sini hari ini.

Harga minyak dan gas di pasaran global disebut harga pada AS$105.3 setong hari ini.

Kerajaan Malaysia pada 23 Okt(Ogos ke Okt ni..?) menurunkan harga petrol sebanyak 15 sen daripada RM2.70 kepada RM2.55.

Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kerajaan berkemungkinan memutuskan harga petrol pada Mesyuarat Kabinet hari ini.

“Adalah diharapkan akan terdapat berita baik bagi rakyat sebelum Aidil Fitri”, katanya-Utusan


LATEST:10 sen cut in fuel price
By : NST NEWSDESK (Updated: 5:01pm)

THE price of fuel is expected to be cut by another 10 sen, a source told the NST today. The announcement was expected to be made this afternoon.
On Aug 22, the pump price of petrol was reduced to RM2.55 from RM2.70 per litre (RON 97) and diesel to RM2.50 from RM2.58 per litre.... selanjutnya.

Harga minyak turun 10 sen

24/09/2008 5:26pm

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.

- Utusan


3 comments:

Pewaris Melayu said...

syukurla..
dok desak sangat sebelum ni suruh depa turunkan harga minyak..

la ni dah turun,
nak hinggaq apa lg? tak cukup sekupang?

nak harga minyak murah pi balik venuzuela..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

Malaysiakini melaporkan angka rasmi yang dikeluarkan hari ini, kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahan api.

"Tidak ada jaminan inflasi akan berkurangan walaupun harga minyak diturunkan 10 sen lagi kerana harga barangan tetap tinggi.

"Sebagai contoh mudah, adakah esok harga minyak turun 10 sen, lusa adakah harga makanan di pasar-pasar Ramadhan akan turun? -mahfuz omar

Anonymous said...

kalau dah namanya melayu apa pun ok je untuk diri sendiri tapi terfikir ke tentang orang lain terutama rakyat
naik banyak turut sikit tapi harga barang dah naik tak turun2..maka baliklah kejalan islam untuk mendapat keadilan ummah

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil