Followers

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya kepada semua....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Lagi 6 hari kita akan menyambut Aidilfitri
nak ngemas rumah le pulak....
jadi ummi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

[raya.jpg]


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin

Jika hati sejernih air
Jangan biarkan ia keruh
Jika hati seputih awan
Jangan biarkan ia mendung
Jika hati seindah bulan
Hiasilah ia dengan iman

Andai jemari tak kuasa berjabat
setidaknya kata masih dapat terungkap


Selamat Aidil Fitri, 1 Syawal 1429H
Minal 'aidzin wal Faidzin, mohon maaf zahir dan batin

Semoga rasa tawaduk, khusyuk, kesungguhan dan kefitrahan sentiasa melekat dan menjadi pakaian kita.
Semoga amal ibadah kita diterima Allah swt, dan kita semua diberikan kesempatan untuk bertemu kembali dengan Ramadhan tahun depan.
Amiin ya Rabbal 'alamin.

Ikhlas dari
UmmiAnni dan Keluarga

Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
dlm kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata,
dalam gurau dan senda itu ada khilaf dan dosa.
bersih kan diri suci kan hati.
MOHON MAAF DIATAS SEGALA-GALANYA,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. 1 syawal 1429 hijriah
Mohon maaf zahir dan Batin

Kad raya diatas ini... ummi tujukan kepada semua pengunjung blog ini dan teristimewa buat blogawan yg selama ini banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat...terima kasih daun keladi

Selamat Raya Aidilfitri kepada...
"Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin"

2 comments:

Harimau-Menaip said...

Selamat Hari Raya Ummi.

Awat awai sangat?

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam tok ghimau..,

terpaksa awai la tok ghimau...takut nanti terlupa...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil