Followers

Monday, November 24, 2008

bagi paham dulu baru kenakan tindakan..

"ani..bila orang tua bersembang jangan suka menjampok..!! "

"nape tak boleh ..? ani nak tanya aje.. "

"berapa kali mak dah cakap...bila orang tua2 bersembang jangan melangut dan jangan menjampok...tak elok..! "

"nape pulak tak elok..ani cuma nak tanya..."

"ishh budak ni...kang kena pulak dengan tangan aku..tak paham2 cakap orang..!"

"macamana nak paham belum tanya dah kena marah.."


adakah suasana di atas akan berlaku kepada kebanyakkan pertubhan NGO yg 'tak paham'..? bagi yg dah paham tapi buat macam tak paham tu memang patut dikenakan tindakan..ummi sokong sesangat..tapi ummi lebih fokuskan pada yang tak tahu dan tak paham tapi lantang sangat bersuara..

pada pandangan ummi pihak berkuasa terutama Jabatan Penerangan Malaysia mesti memberi penerangan yg jelas..mengadakan forum2 dan dialog untuk menjelaskan kepada badan2 NGO..mengeluarkan makalah untuk sebaran awam..tak kira lah dalam isu apa sekali pun..yoga ke..pengkid ke..ISA ke..mak nyah ke..gay ke..lesbian ke..apa2 yang bersangkutan dgn larangan dan hukum yg telah Allah gariskan untuk hambaNya..maka perlulah diperjelaskan..kerana bukan nak kata..orang Islam sendiri ramai lagi yang tak paham...tu yg banyak suara2 shumbang terkeluar dari mulut orang Islam...

inilah akibatnya kalau hukum Islam diringan2kan..macam2 gejala yg terbit dan untuk membendungnya bukan semua orang nak terlibat..masing2 hanya memeluk tubuh dengan alasan..gasak le diaorang..bukan anak aku..bukan bangsa aku..puncanya adalah dari umat Islam juga memberi peluang mereka memperlekehkan Islam..

Kerajaan perlu bersikap tegas tentang fatwa2 yg telah dikeluarkan...kenapa fatwa dibuat..kenapa fatwa mengharamkan..kenapa fatwa kena dipatuhi oleh orang2 muslim..kenapa fatwa tidak boleh dipertikaikan oleh orang bukan Islam...

kalau tidak.. jadilah seperti sketsa diatas...dah la tak paham..nak tanya pun kena marah..so sampai bila2 la dorang tak paham dan sampai bila2 la dorang terus memprotes dan sampai bila2 la dorang akan sesuka hati sesedap rasa buat bising...bingit oo telinga hati pon asik panas aje...

mintak pihak2 yg berkenaan ambil berat tentang ini...

wallahualam..


KUALA LUMPUR 23 Nov. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mendesak kerajaan menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan bagi bertindak ke atas pihak yang mempertikaikan institusi fatwa.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tindakan itu penting bagi memelihara kesucian Islam berikutan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media secara terbuka mengeluarkan kenyataan dan laporan yang mencabar institusi berkenaan.

Oleh itu katanya, kerajaan perlu bertindak menggunakan undang-undang tersebut yang membenarkan tindakan diambil ke atas mereka yang beragama Islam mahupun bukan beragama Islam.

beberapa laporan akhbar antaranya memetik pandangan NGO dilihat seakan mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan apabila meminta badan itu supaya memberi fokus kepada isu lain yang lebih serius dan bukannya yoga yang hanya satu jenis senaman.

Sebelum ini,dua NGO turut dilaporkan mempertikaikan secara terbuka fatwa pengharaman pengkid.

Sementara itu, Zainul Rijal berkata, di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, sesiapa yang ingkar kepada fatwa yang diwartakan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda RM5,000.

mengikut seksyen 298A Kanun Keseksaan pula iaitu kesalahan menghina agama, hukuman yang diperuntukkan ialah penjara tidak kurang dua tahun serta denda dan ini terpakai untuk bukan Islam.

‘‘Mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sama seperti menghina agama Islam kerana institusi fatwa mempunyai peranannya yang tersendiri dan diiktiraf syarak serta Perlembagaan Persekutuan.-utusan


No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil