Followers

Friday, November 28, 2008

melayu wajib dalam satu jemaah...

http://nurazlina.files.wordpress.com/2008/03/full_resize.jpg


sumber AbnNasution

Dalam Al Quran menyatakan pada surah Al Insan ayat 1 yang bermaksud:

"Tidakkah telah berlalu kepada manusia di satu zaman dari masa yang beredar sedang (manusia) belum lagi wujud, zaman tersebut tiada satu bendapun yang dapat di sebut-sebut (mengapa orang mushrikin engkar? )

Ayat Al Quran di atas sebut zaman itu adalah zaman yang wujud hanya Allah, manusia belum lagi di cipta Tuhan, zaman ini di kenali sebagai zaman La Ta'ayun

Peringkat kedua di sebut oleh Allah dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud:

Aku ini adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku suka supaya di kenali, lalu Aku jadikan makhluk supaya mereka mengenaliKu, zaman ini di kenali sebagai Ta'ayun Awal

Peringkat ketiga baru Allah jadikan makhluk yang nyata termasuklah planet yang tujuh termasuk bumi, peringkat ini di namakan Ta'ayun Sani dan seterusnya

Peringkat ke empat apabila Allah telah jadikan planet bumi maka Allah amanahkan kepada makhluk bangsa Jin menjadi khalifah lalu mereka membuat kerosakan, dan Allah memerintahkan Azazil dan bala tenteranya dari kalangan Malaikat memerangi makhluk perosak tersebut, lalu mereka kalah dan hilang kuasa, ketika mana planet bumi tiada yang mentadbir barulah Allah beritahu kepada Malaikat yang Dia nak jadikan manusia supaya menjadi khalifah kat bumi

Nah sekarang manusia dari keturunan Adan dan Hawa sudah berada di bumi sejak dari zaman Adam hinggalah ke hari ini, APAKAH YANG MANUSIA BUAT? Begitu ramainya manusia yang telah di cipta Allah di antaranya telah di musnahkan oleh Allah kerana mereka telah membuat kerosakkan, Apakah bumi sekarang sudah rosak? atau hampir rosak? Mengapa rosak? Siapa yang merosakkan?

Mari kita fokus di planet bumi, memang dah banyak rosak, siapakah yang merosakkannya? Apakah maksud rosak? Semua ini kita nilai terhadap bangsa kita yang kerdil ini, bangsa barat jangan cerita, tinggal kita saja lagi yang perlu kita tinjau iaitu bangsa MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM? (Yang asal usul awalnya daripada anak nabi Nuh yang berasal dari benua India)

Orang melayu bersifat lemah lembut tapi degil, ego, liat, bodoh sombong, perengus dan sangat sensitive, sikap melayu ini perlu di ubah daripada melayu kepada Islam mengikut acuan daripada Allah dan Rasul Allah dan Allah serta Rasulnya berkehendakkan demikian

ALLAH DAN RASULNYA MAHU APA KEPADA MANUSIA TERUTAMA MELAYU?

Dari Khuzaifah Ibn Yamani ra

" Du'atun 'ala abwaabi jahannam, man aja buhum ilaiha fazafuuhu fiiha, Qultu, sifhum lana, Qola: hum min jil daatina wa yatakallamuna bi al sinaatina, Qultu, fama ta ammaroni in adrookani zalik? Qola: tal zamu jama'atal muslimiina wa imamahum, Qultu, fi in lam yakun jama'atun wala imamun? Qola: Fa'tazil tilkal firoqi kullu ha, walau an ta'adh dho bi asli saja rotin hatta yad riikakal mau tu wa anta 'ala zalik

Maksudnya:

Ada penyeru-penyeru ke arah Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut seruan mereka, nescaya akan di campak bersama mereka ke Neraka Jahannam, lalu aku berkata: gambarkan kepada kami bagaimana keadaan mereka itu, "Sabda Rasullullah saw, mereka itu bewarna kulit yang sama dengan kulit kita dan bercakap dengan bahasa yang sama dengan bahasa kita, lalu aku bertanya lagi: Apakah perintah engkau jika sekiranya aku berada dalam keadaan itu?" maka Sabda Rasullullah saw "Engkau hendaklah bersama dengan jama'ah islam dan pemimpin mereka" aku bertanya lagi: "sekiranya tidak ada jama'ah islam dan pemimpin? Sabda Rasullullah saw: "engkau hendaklah memisahkan diri kamu dari jama'ah kumpulan tersebut walaupun engkau terpaksa memakan akar kayu atau engkau tetap dalam keadaan begitu (sesat)

Hadis ini sangat tegas dan suatu yang wajib di fikirkan oleh bangsa melayu kita pada hari ini, jika mereka hahu selamat sebagai seorang islam dan yang beragama dengan agama yang Allah turunkan, nampak macam tidak ada apa-apa yang harus di fikirkan, akan tetapi jika seseorang yang mengakui diri mereka sebagai seorang islam maka mereka tiada pilihan melainkan terpaksa, suka atau tidak suka mereka wajib berada di dalam jama'ah islam, melainkan mereka memilih jalan sendiri tanpa islam

Apa kata saudara kita yang masih berada di dalam UMNO? Adakah mahu menafikan arahan daripada Rasullullah ini? atau terus mahu menunjukkan sikap kita? Itulah sebabnya ada ulamak menyeru supaya melayu ini bersatu dalam haraki islam, tidak di katakan islam jika parti tidak berlandaskan Al Quran, Hadis, Ijmak ulamak dan qias, orang melayu kan ramai bersatulah kita kerana Allah dan RasulNya

Kita faham ramai penyeru-penyeru kepada jalam kebangsaan yang tidak menepati dasarnya dengan islam malah disanggah oleh islam sendiri, melainkan semangat kebangsaan tersebut di dasarkan dengan islam, yang susahnya nanti akan ada pula yang mengatakan fasal 3 perlembagaan yang mengatakan agama islam agama persekutuan tak cukup lagikah? MEMANG TAK CUKUP selagi tidak di dasarkan kepada Al Quran dan Hadis

Saya dengan rasa bertanggungjawab dan ikhlas sekiranya agama islam agama persekutuan sepertimana yang terdapat pada perlembagaan negara itu memasukkan Al Quran dan Hadis maka ada kemungkinan saya akan menyertai UMNO dan demikianlah juga dengan orang lain, ini tidak boleh di ragui lagi, dengannya melayu akan bersatu di bawah panji-panji islam, siapa mahu cabar! bukankah itu hak kita!

Kenangkanlah bahawa kita semakin hanyut di bawa arus kesesatan yang nyata, cuba fikirkan pula ayat yang tersangat terang dan nyata daripada Al Quran yang bermaksud " Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah jangan kamu bercerai berai ! nah sekarang sudah bercerai berai kerana apa? Tidak lain kerana kumpulan ini mahu islam dan kumpulan yang lain tak mahu islam akhirnya bercerai berai (Tafarroqu)

Cuba fikirkan apakah halangannya jika islam di laksanakan!
Cuba fikirkan apakah halangan jika melayu bersatu atas dasar islam

Kepada yang ada Al Quran di rumah cuba fikirkan ayat di bawah ini dan baca sendiri kemudian tanya diri sendiri:

Ayat 139 Surah Al Imran
Ayat 76 Surah An Nisa
Ayat 36 Surah Al Ahzab
Ayat 3 Al Maidah
Ayat 176 Al A'araf
Ayat 104 Al Khaf
Ayat 72 Al Israk
Ayat 72 Al Haj
Ayat 44 Al Maidah dan terlalu banyak ayat Allah yang memerangkap manusia yang bernama melayu fikirkanlah sudahkah kamu selamat?



1 comment:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

As-Salamu 'Alaikum,
Alhamdulillah, saya ada baru buka blog mengenai Pengajian Islam Terbuka pada alamat berikut:

http://pengajianterbuka.blogspot.com/

Semoga mendapat sokongan dan manfaat.

Was-Salam.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil