Followers

Wednesday, November 26, 2008

insiden yg tak patut berlaku...!!


"
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi meminta pihak berkuasa mempertahankan kedaulatan agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jurucakapnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, siri jelajah yang akan bermula bulan depan di Selangor sebelum diperluas ke seluruh negara itu, bertujuan menjamin kesejahteraan hubungan kaum dan keamanan di Malaysia.

Kata beliau, siri jelajah itu bertujuan mendapatkan persefahaman di antara semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi mengadakan resolusi dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai ancaman-ancaman tersebut.

''Selepas itu, memorandum dan resolusi yang terhasil akan dihantar kepada Perdana Menteri dan wakil Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas pelancaran siri jelajah itu di sini hari ini.

Dalam majlis itu, kira-kira 500 ahli gabungan Pewaris berarak dari Wisma Sejarah ke balai polis Jalan Tun Razak di sini, bagi membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan ke atas lima perkara antaranya Hindraf dan penghinaan ke atas Islam.

Sementara itu. menjawab satu soalan, Maamor berkata, Sisters in Islam patut bermuhasabah diri sebelum membuat sebarang teguran ke atas perkara yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu pengkid.

''Ketetapan majlis itu mengikut lunas Islam, al-Quran serta hadis dan Allah sendiri melaknat golongan perempuan yang membawa perwatakan lelaki dan sebaliknya," tegasnya.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam menyebut, Pengurus Acara Sisters In Islam, Norhayati Kaprawi mendakwa, pengharaman pengkid dikhuatiri bersifat diskriminasi terhadap golongan perempuan beragama Islam di negara ini.
"

ummi - sokong la nilai murni dan usaha2 yg nak dibuat oleh PEWARIS ni untuk memberi kefahaman kepada yg tak paham dan degil2 tu......

cuma dalam artikel diatas ada satu yg depa tak sebut..mengenai ISA...PEWARIS ni menyokong ISA dikekalkan...tang ni ummi tak sokong...ISA patut dimansuhkan...

wallahualam...

di bawah ni adalah banner2 yg ada semasa program tu..
lantang sungguh ayat2nya...













Ini baru la pendekar nama nya. Mencium keris disusuli dengan deklamasi sajak perjuangan.



Ini pula Pendekar Melayu yang telah mendapat pengiktirafan dunia



Datuk Dr Mansor Osman, jurucakap Pewaris menyampaikan ucapan dan resolusi 18 perkara




Ini lah wanita yang menyebabkan kekecohan berlaku sebelum perarakan bermula. Mula2 nya wanita ini merungut kepada kami (jurufoto) yang berada diatas jejantas. Dia kata "Blardy unfair. When you alll Malays apply you get (permit la gamak nya) When the opposition apply they reject. Blardy racist". Kemudian dia turun dan pergi berdepan dengan budak2 yang sedang berkumpul untuk berarak. Berlaku lah jerit menjerit diantara mereka.

kata2 diatas dan berwarna merah tu adalah kata2 yg empunya gambor ni..
pasai dia yg ada kat situ dan dgr apa yg wanita ni cakap..betui ka tak betui..wallahualam..








polis mengiringi wanita tersebut untuk mengelakkan keadaan menjadi lagi panas...



Ketika diringi, wanita tersebut cuba melarikan diri



Paaannnng... kena penampar dari salah seorang peserta







Dan terus tersungkur






Polis kemudian cepat2 melarikan wanita tersebut menuju ke kereta beliau



kereta pulak depa sepak...



Ini lah rupa kereta wanita yang mencabar orang Melayu.




Kejadian kejar mengejar tersebut telah menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang kedua dua hala Jalan Tun Abdul Razak-


mana FRU...mana polis..? double standart betol la...kalau pro-pembangkang yang berdemo ramai atau sikit..belom org berlonggok hangpa dari mlm dah beratoq bersidai kat tepi jalan..dari jauh dah nama tank warna merah hangpa...alasan menjaga keamanan...


macamana pulak yg ni..? siap tampaq orang bagai..mana hangpa dok nyorok..? siap lalu lintas tergendala..apa hangpa buat..? apa pasal takda tangkapan yg dibuat...? pembangkang baru buat ceramah belum berarak lagi..dah kena cekop...alooo abg2 polis...mana yg dikatakan nak jaga keamanan tu..? perarakan yg aman hangpa kata tak aman...yg merbahayakan..hangpa biaqkan..dunia..dunia...!!

bukan nak nyokong wanita tu memaki hamun org melayu..kalau ummi ada sana dan dengar dia memaki hamun pun ummi mau hangat hati juga....sabar itukan separuh dari iman..itu kan tuntutan agama.....
tapi kita tak boleh la mengambil tindakan sendiri..Malaysia kan ada undang2..dan orang melayukan terkenal dengan adab dan sopan santun..mana pergi semua itu...??

dia baru maki2 belom sampai tahap mengancam melayu dan agama..dia cuma melepaskan rasa tak puas hati dia..cuma dia silap tempat ...apa2 pun kepada wanita itu..ini satu peringatan..makan boleh sebarang makan...cakap jgn sebarang cakap...kerana mulut..pipi jadi mangsa...




Dalam gambar2 di atas...korang nampak bape ramai polis dan FRU bersama tank merah depa..nampak ke..?? dah besarkan gambar pun ummi tak nampak..apasal ekk..?? intai gak..kot dekat bawah pokok ke...balik tiang ke..tak nampak jugak..hehe macam cari bende tersembunyi pulak...


mamat2 kat atas ni ada menampar orang ke sampai ditangkap..???
patut ka tak patut..habaq mai..!!

wallahualam


4 comments:

Unknown said...

Dia orang ni nak cuba nyalan api ke?

Anonymous said...

umi..
jangan marah naa...
nak ckp sikit je..
kurangkan benda yang berbentuk flash,wawe dan sebagainya.

blog umi akan jadi berat.so pembaca yang pc atau laptop mereka versi lama,processor yang rendah atau RAM yang kecil akan lambat loading dan adakalanya hang.

tu je nak bg tau....jangan marah yeee

Mr Joker said...

Majlis Minum Petang Bloggers Di Shah Alam

Perkara - Jemputan ke Majlis minum petang bloggers (sempena kongres PKR)

Tempat - Restoran Kasih, Shah Alam (Belakang TESCO Melawati)

Hari dan waktu - Sabtu (29hb.November,2009) jam 6 petang.

Berminat sila hubungi matcomot di nombor - +6016 231 9911

Semua bloggers dijemput menyertai majlis.

bRed said...

ha ah.. betol tue cik, if your blog dah makin ramai datang .. u kena la kurangkan berat to baca ur blog. hmmm usaha sikit..

after all, yg paling penting content.

btw.. siapa tahu perempuan cina tue? respect giler kat DIA!!! tabik la..
keberanian luar biasa, rasa macam nak vote for her la..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil