Followers

Sunday, November 23, 2008

Lagu negeri Perak Darul Ridzuan yg makin dilupakan...



Kepada warga Perak..korang ingat ke lagu negeri Perak ni...penah dengor ke..? ummi bukan apa bukak cerita bab lagu negeri kebanggan ummi ni..pasalnye petang tadi ummi masuk le blog go-perak ...nak tau pasal apa ummi suka lepak kat blog tu..pasai ada lagu Perak Darul Ridzuan..

Lagu tu akan replay selagi kita tak keluar dari blog tu..sampai la anak2 ummi tegor..

"ummi ni asik dengar lagu tu aje...tak boring ke..?"

"best apa lagu ni..ko tau ke lagu apa ni..?"

"lagu apa..ntah lagu apa ntah.."

"korang tak penah dengor ke lagu ni kat sekolah..? tak penah nyanyi ke lagu ni..? ummi suka tol lagu ni...ni lagu negeri Perak la.."

"ntah tak penah dengar pon..bukan ke lagu Perak No 1 lagu negeri Perak..? "

"ummi dulu masa sekolah ni la lagu yg selalu nyanyi kat sekolah... lagu negeri Perak tau ..camni gayanye kena bubuh kat blog ni...rasanya generasi korang ni mesti tak penah dengor.."

"memang pon ..tak penah dengar pon.."

ishh...kesian rasanya pada budak2 sekarang..nak kata lagu tak sedap...rasanya lebih sedap dari lagu Negaraku..tapi apasal sekarang lagu ni dilupakan..?

mari kita dengar dan hayati lagu Negeri Perak Darul Ridzuan ni...I Luv Perak..!!


Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri
Bukit Larut
Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang
Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan
Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak… Perak… oh negeriku.


Negeri_Perak_Darul_Ridzuan.mp3 -

2 comments:

Anonymous said...

ummi xde video lagu ni ker yg pnah tyang kat tv??

Anonymous said...

Assalamualaikum,

lagu perak ni memang best dan menyemai patriotik. Salah satu dr lagu2 yang dicipta semasa pemerintahan Dr Mahathir melalui program Semarak sekitar pertengah tahun 80-an.

hampir semua negeri ada lagu masing2..indah zaman tu.. org Malaysia baik2 lg hehehe..

p/s: kpd tuan punya blog, lagu Perak ni salah satu jasa Kerajaan UMNO-BN jugak yerr... jgn marah yer..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil