Followers

Monday, October 26, 2009

AWAS dengan jarum beracun BN ...!!

Satu ketika dulu, kita ada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, ahli Jawatankuas Pusat dan Mursyidul Am sebagai jawatan tertinggi dalam PAS. suatu ketika kita amat menyayangi pemimpin kita. Memandang wajah mereka seolah2 kita terlihat pancaran cahaya dari ahli syurga.

Semakin lama, kita semakin teringin untuk menang, teringin untuk cepat2 memerintah Malaysia. Kita membuat analisis terhadap keputusan pilihanraya lepas. Beberapa tempat kita meletakkan calon, DAP juge letakkan calon. Jika dicampur jumlah undi kedua2 calon, kita boleh megalahkan BN. Oleh yang demikian kita bersetuju untuk berpakat dengan parti lain untuk menjatuhkan BN. Kita namakan dia tahalluf siasi. Kita yakinkan ahli bahawa tahalluf siasi dibolehkan. Yang sebenarnya tahalluf siasi adalah satu2nya jalan kalau kita nak menang pilihanraya menurut waqi' di Malaysia. Natijahnya kita dapat meyakinka mereka untuk mengundi kita dan kita berjaya memenangi beberapa negeri.

Keadaan ini menyebabkan BN tak senang duduk. Kita buat analisa dan BN juga buat analisa. Kemenangan bergaya ini adalah hasil dari masyarakat cyber. PR menyerang saraf menggunakan cyber. Masyarakat yang membaca internet terpengaruh untuk mengundi PR. Oleh yang demikian BN melancarkan sayap cyber mereka. Tidak hanya dengan melancarkan blog2 pro BN, mereka juga memasuki blog2 pro PR, tidak hanya sebagai pembangkang dalam blog berkenaan, tapi juga berlakon sebagai adik-beradik kita. Mereka cuba mencari kepercayaan penyokong2 PR, mencari simpati atau mungkin memberi simpati.

Bila ada peluang, mereka cuba meracuni golongan cyber. Ada peluang yang lebih besar mereka cuba memfitnah, mencucuk jarum, melaga-lagakan antara PR. Dan... of course! Mereka berjaya. Sesedap hati mereka mengutuk pimpinan kita dengan gaya bahasa yang sungguh biadap. Seorang lagi menyahut, dengan gaya bahasa yang sama, mengutuk sepuas-puasnya, memaki sepuas-puasnya. Saya tak pernah dengar TGHH dihina, dimaki, dicaci. Ahli PAS sejati tak pernah berbuat begitu. Tapi dengan berkat usaha yang tekun puak2 BN yang berjaya masuk ke blog2 PR ini, kata2 kesat terhadap pimpinan seolah2 sudah menjadi lumrah. Bila ada yang membela, orang yang membela berkenaan akan dikutuk pula sekeras-kerasnya.

TGNA juga pernah dihina, dicaci dimaki. Tapi Alhamdulillah, orang UMNO pun ada yang hormat dan sayang pada TGNA. Tapi bila tiba giliran TGHH, Ustaz Nasha dan Hassan Ali, yang membela juga akan dihukum. Betapa liciknya BN mencucuk jarum. Yang lebih senang dicucuk adalah mereka yang tidak mengenal PAS secara mendalam.

Kita mungkin terlupa akan tulisan seorang penulis terkenal bertajuk taik. Ada seorang insan yang nak membersihkan tong taik, maka dia terpaksa masuk ke tong taik berkenaan. Kita terlalu ingin meraih undi penyokong2 PKR & DAP, adakah kita perlu mengikut rentak tari mereka?


ummi...

artikel ini ummi ambil dari blog Muslimat Dengkil..banyak kebenaran disitu yang hampir ramai yang tak nampak.. kita seakan leka dan lupa akan tujuan utama perjuangan Pakatan Rakyat khususnya PAS..kata orang tua2..kalau kita tersesat jalan pulanglah ke pangkal jalan..kalau kita hilang pedoman..pulanglah kepada Al-Quran dan Hadis...

wallahua'lam....

12 comments:

Anonymous said...

Adakah dengan PAS bersekongkol dengan UMNO, Melayu dan Islam akan dihormati?

Sejarah telah membuktikan apabila PAS menyertai BN ketika UMNO lemah. Apabila UMNO pulih, PAS ditendang keluar dari BN. Perkara yang sama akan berulang. UMNO akan gula-gulakan beberapa pemimpin PAS yang bermasalah supaya PAS menyertai BN. Apabila UMNO pulih atau PAS dilemahkan, PAS akan ditendang keluar sekali lagi dari BN.

Lu mau ka PAS masuk BN tahun 2010/2011?

Unknown said...

Pimpinan sepatutnya tidak terlalu melayan persoalan yg dilontarkan terutamanya dari pihak media yg menunggu utk memutar-belitkan fakta..

Anonymous said...

ummi, kat sini pun ada yang berlakon sebagai 'sahabat' kita tapi komen provokasinya berniat utk melaga-laga.

Mereka ini topeng yang boleh berubah rupa. Kalau kita sokong PR depa akan hentam kita...kalau sokong UG pun depa tibai kita...niatnya satu....nak provokasi dan cetuskan fitnah.

saya semakin kenal UMNO di sini...

anakmuaallaf said...

Salam,
Jamgan menari di pentas mereka sekiranya kita tidak tahu lenggoknya.Kita hanya tahu iramanya tapi kita tidak tahu lagunya.
Sudah banyak kali kita termasuk perangkap mereka bila terlepas kita lupa.Sedangkan musuh sentiasa memasang perangkap...

C++ said...

Gua bagitau straight to the point..

Bagi yang nak sangat UG tue.. sila kuar dari PAS .. sebab pada gua sampai biler pon takkan berpadu bersatu dengan UMNO .. cukuplah kena sekali dulu...

Hassan Ali tue gua dah saspek dari tahun 1998 lagie... ngarut jer...

Anonymous said...

boleh aku katakan comment tak tahu nama nih bodoh.ade ke haji hadi kata nak masuk UMNO.udah2 la setan.toksah nak hasut org ikut pereangai setan ko tuh lagi.aku amat benci cyber troopers yg nampak macam berwajah org PAS.padahal setan di jalanan..

pakngah santan said...

semua puak pas patut cermin muka sendiri dulu. takut cermin pecah ka tengok muka hangpa? atau mungkin memang tak nampak muka langsung di cermin? jangan ingat hangpa saja maksum.

DULU EMNO.. said...

Salam buat pakngah..
Puak2 PAS memang dah lama mereka cermin muka deme dan sedor diri deme.Itu sebab deme tu terus perjuangkan Islam sebab deme takut pada ALLAH.Mari kita sama2 buka AL-QURAN baca surah AL-MUNAFIQUN dan baca terjemahannya sekali.Dari surah tu dapat kita fahami beberapa golongan mahluk ALLAH di muka bumi ni yg mengaku beriman pada ALLAH tapi sebaliknya mereka lalai.Bukan untuk ditujukan pada sesiapa..tapi sama2 kita hayati dan nilai dimana diri kita supaya kita tak tergolong dlm golongan org2 MUNAFIK.

MC_Shaharul said...

btl aku stuju sgt dgn artikel tue,kdg2 klu tgk blog2 yg dikatakn pembangkang pn ade yg smpai menghina ulama smpai tahap yg melampau,dgn kata2 yg sangat kesat,stahu sy klu org tue fhm perjuangan pas dia x mungkin akan menghina ulama smpai mcmtue,cuba kita tgk org2 lama pas yg berjuang dari dlu lg,wlaupn dgn mcm2 halangan ttapi diaorg nie ckup menghormati ulama,knp generasi skrg nie org smpai xde rasa hormat?sy yakin sgt nie salah 1 cara bn menggunakn taktik utk memecah belahkn pas melalui blog2 n komen2,kdg2 klu kita tgk mereka seolah menyebelahi pr,tp sbnrnye mereka nie lah yg nk menghancurkn pas n pr,kpd blog2 cube selidik diaorg nie,spaya lbh berhati2 dgn org yg memecah belahkn pr,sy sbgai org muda x mahu parti ini berpecah belah,krn bg sy ini lah satu2 nya jalan utk memartabatkn Islam dia malaysia,sy ckup2 salut dgn perjuangan pas ini,walaupn menghadapi berbagai rintangan tetapi tetap istaqamah dlm perjuangan...contohi lah pejuang pas yg dlu2,mereka tidak pernah kecewa,x pernah merasa hampa n sbagainya,knp kita yg msih baru dlm perjuangan ini dgn mudah menyalahkn org lain apabila kita mendapat kemenangan..

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Manusia diberi akal dan fikiran juga nafsu.Bagi yang menggunakan akal dia sepatutnya bersandarkan kepada hukum agama.Akal manusia kadangkala dipengaruhi nafsu.Kita tidak boleh menggunakan keputusan berdasarkan akal 100 peratus.Sebagai mengulas isu ini saya rasakan penyokong Pas terlalu mengikut nafsu.Mereka ini bukanlah ahli sejati yang tidak mudah mengikut fitnah dan jarum yang dicetuskan pihak lawan.Dasar perjuangan tidak betul-betul difahami.Dan mereka mudah melatah jika terdapat perselisihan.Mereka sedikit sebanyak merasa keliru dengan taktik yang dikeluarkan pihak lawan.Matlamat sentiasa berubah mengikut rentak semasa.Saya merasakan ada baik dan buruk blog-blog yang diwujudkan.Dahulu kalau kita ingin mengetahui berita semasa kita membeli keset ceramah dan kita akan menilainya melalui apa yang disampaikan melalui keset tersebut.Tetapi pada hari ini cara kita mengetahui berita sudah banyak berubah dan dapat disampaikan dengan cepat.Saya berpendapat agar setiap blogger PR menapis dan menilai dahulu kesan dari penyiaran komen atau tulisan yang akan menambahkan satu punca yang akan menyebabkan komen atau tulisan tadi mengkucar-kacirkan suasana politik didalam PR.Kita tak semestinya bersikap adil didalam menyiarkan komen.Keadilan yang kita buat sepatutnya bertempat.Bukan mencetuskan api kecil yang kemudian sedikit demi sedikit marak dan susah mencari siapa yang harus kita rujuk.Mengikut cakap-cakap orang tanpa diselidiki dahulu akan membuat kita menjerut leher sendiri.Kita telah lihat kesan yang terjadi akibat dari blog-blog yang terlalu terbuka.Cuba kita fikir apa yang telah memasuki fikiran kita sehingga setiap hari berbagai-bagai cerita politik yang kadang-kadang bosan untuk kita dengar.Pemikiran kita hanya dipenuhi dengan cerita politik.Sehigga menjadi janggal pulak kalau kita tidak bercakap soal politik.

mAlonG Sufina said...

Abu Hurairah mengatakan bahwa Rasulullah bersabda:
“Aku tinggalkan dua perkara untuk kalian. Selama kalian berpegang teguh dengan keduanya tidak akan tersesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku. Dan tidak akan terpisah keduanya sampai keduanya mendatangiku di haudh (Sebuah telaga di surga).” (HR. Imam Malik secara mursal (Tidak menyebutkan perawi sahabat dalam sanad) Al-Hakim secara musnad (Sanadnya bersambung dan sampai kepada Rasulullah ) – dan ia menshahihkannya-) Imam Malik dalam al-Muwaththa’ (no. 1594), dan Al-HakimAl Hakim dalam al-Mustadrak (I/172).

Anonymous said...

Saya mahu ummi baca apa yang ditulis di blog ni.Dan saya tertarik dengan tulisan bahawa Islam tidak akan berdiri diMalaysia.Bagaimana dan kemanakah perjuangan kita.Boleh tak ulas sedikit.
-Anonymous 12.14am(setapa kedah)
http://idanradzi.blogspot.com/

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil