Followers

Wednesday, October 28, 2009

rakaman yang kontrovasi Dr.Hassan bersama bloggers..

siang tadi kita tumpu ke Perak kerana berlangsungnya persidangan DUN Perak yang kita sudah boleh agak apa yang akan berlaku...kecoh dan tidak demokratik..apa lagi kita boleh ulas dah terbukti dan kita sama2 telah saksikan apa yang berlaku pada sidang DUN Perak..

malam ini tumpuan kepada Mesyuarat Khas PAS...pagi tadi ummi borak2 denga ZTopeng Perak mengenai adanya satu rakaman semasa bloggers dijemput dalam perjumpaan di rumah Dr.Hassan Ali..kata Topeng Perak wak kena releasekan rakaman tu untuk semua orang dengar tanpa diedit untuk dinilai oleh mereka yang terlibat dalam mesyuarat malam ini...kerana mungkin rakaman itu akan menjadi panduan untuk mereka membuat satu keputusan yang bijak untuk kebaikkan PAS kelak..korang boleh baca artikel dia di sini-->http://perisik-rakyat.com/2009/10/al-banjari-wajib-release-rakaman.html

Last call - Al-Banjari, aku harap rakaman tersebut dapat direleasekan SEGERA (tanpa editing) supaya semua pihak dapat menilai mereka-mereka yang dikatakan sebagai pro UG dan ini juga penting bagi mereka-mereka yang akan membuat keputusan malam ini dan sebarang perbuatan menyembunyikan maklumat penting, adalah SALAH disisi perjuangan (ini undang-undang baru..!).

Aku tak nak ada yang tepuk dahi sebab salah buat keputusan malam ni. bila dah tepuk dahi (alamak...kalau ana tau macam ni, x de la ana ambik keputusan macam tu tadi... masya-Allah...) maknanya "Nasik Dah Jadi Bubur"... "

korang jangan pulak ingat wak dengan TP gaduh lak...itula cara dema bergurau..gaduh adik beradik...

Ada betul juga apa yang TP cakapkan..kemudian ummi tanya wak dah bacakah apa yang ditulis oleh TP...lepas wak baca wak cakap tak boleh nak release sebab banyak rahsia yang berkaitan dengan PAS..ummi racun gak wak tu...rahsia apanya kalau perjumpaan tu orang umno pun ada...tapi wak tetap dengan pendirian dia untuk tidak dedahkan di khlayak ramai..maka ummi cakap baik serahkan rakaman tu kepada mereka2 yang terlibat dalam mesyuarat malam ini untuk menjaga air muka semua orang...

Cenangau ada juga beri ulasan mengenai rakaman Dr.Hassan bersama blogger di sini --> http://cenangau.blogspot.com/2009/10/hot-isi-rakaman-dialog-drhasan-ali.html...

Dia ulang banyak kali perkataan amanah tu dan aku yakin dengan dia dan pendekatan dia. Dan aku harap dia pegang sungguh dan jaga sungguh amanah tu macam yang dia kata. Dia siap kata, "kalau keadaan memaksa mungkin ana akan padam ja rakaman audio tu. "

harap penjelasan yang Cenangau buat boleh meredakan sedikit teka teki ini..memang ada baiknya rakaman itu tidak didedahkan kepada orang sembarangan..kerana walau apapun yang terdapat dalam rakaman itu ia boleh mempengaruhi keputusan mesyuarat malam ini...maka biarlah tuan punya rakaman itu bijak membuat pilihan..ummi sokong pendapat TP dan ummi sokong juga pendapat wak Al-Banjari...

semoga Allah memberi hidayah untuk melancarkan perjalanan PAS di muka bumi ini..kerana ramai yang sayangkan PAS akan mendoakan yang terbaik untuk PAS..

ummi ada tanya soalan pada wak.."kalau wak salah sorang ahli mesyuarat dengan info yang wak dapat dari rakaman tu wak akan buat keputusan apa..? "

wak jawab..."bla..bla..bla..." (biarlah rahsia antara ummi dengan wak..kerana ummi setuju dengan jawapan wak...kerana ummi pun berharap keputusannya seperti jawapan wak...hehehe)

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil