sepatutnya majlis perjumpaan ini adalah tertutup..maknanya tak perlulah nak diheboh2kan dalam blog..tapi bila Gomo dah buat kecoh makanya takkan kita nak diamkan..kita tak mahu jarum beracun umno terus-terusan mencucuk jantung2 ahli2 PR...
sumber al-brangi
Dari Kiri al-brangi, penolong editor al-banjari, Dato' Hassan, Roslan SMS dan Timb.Presiden Ustaz Nasha
Semalam 26 Oktober 2009, bertempat di rumah Persuruhjaya PAS Selangor, Dato' Hassan Ali diadakan pertemuan secara tak formal di antara bloggers dengan beliau.
Turut hadir ialah YB Timbalan Presiden Ustaz Nasarudin Mat Isa, Roslan SMS, Ustaz MRK albanjari penolong editor blog ABO dan beberapa blogger lain.
al-brangi bertolak dari Bangi kira-kira jam 5.30 petang. Keluar awal kerana nak mengelakkan 'jam' dan terlalu 'excited'. samb...
Terlalu 'excited' kerana tak disangka-sangka Sdr.Roslan SMS turut menjemput al-brangi. Pada mulanya terasa berat jugak nak pergi kerana perasaan rendah diri, apalah yang ada pada al-brangi nak berdialog dengan Persuruhjaya dan Timbalan Presiden.
Tetapi kerana memikirkan peluang untuk mendapatkan 'first-hand news', sementelah pulak PAS sedang dilanda segala fitnah dan mehnah. Maka digagahkan diri, al-brangi pergi jugak dan sesat larat kerana kurang biasa di tempat itu.
Sebelum pada itu beberapa SMS liar berterbangan di sana sini, kononnya Datuk Hassan akan buat kenyataan akhbar untuk keluar dari Pakatan Rakyat Selangor dan meneruskan projek UG. Alahai, tak habis-habis dengan fitnah.
Juga kelihatan sebuah kereta pemberita dari sebuah syarikat akhbar berada di depan rumah Datuk Hassan.
Majlis bermula lebih kurang jam 9.20 malam. Datok Hassan memulakan perbincangan dan diikuti Sdr. Roslan SMS dan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasa.
Satu ilmu yang al-brangi perolehi dari perjumpaan itu ialah sifat AMANAH. Timbalan Presiden menekankan, peranan bloggers selaku penyebar maklumat, mestilah ada sifat amanah, ahli politik juga memikul amanah rakyat dan yang paling besar adalah semua umat Islam memikul amanah kepada Islam.
Isu Kerajaan Perpaduan (UG), SELCAT, Penjualan Arak, fitnah yang menimpa kepada TGHA, Ustaz Nasa, Dato' Hassan dan Dato' Mustafa Ali, kononnya mereka akan melompat kepada UMNO.
Isu UG adalah isu lapuk, sepatutnya sudah lama berkubur, kenapa ia dibangkitkan lagi. Setelah isu tersebut menemui 'ajal'nya dalam Muktamar di Ipoh, ia tidak pernah dibincang lagi samada secara formal atau tak formal. PAS Selangor tidak pernah bincang langsung pasal hal UG. Setelah TGHA melontarkan konsep UG dahulu, ia tidak pernah di'forum'kan, di'seminar'kan dan sebagainya tetapi mendapat penentangan yang amat dasyat. Baru lontaran konsep saja, dah timbul berbagai-bagai fitnah. PAS amat fobia dengan UMNO. (Ini al-brangi yang tambah)
PAS Selangor tidak pernah menentang penubuhan SELCAT kerana menurut kata Dato' Hassan, pada dasarnya ia tidak bertentangan langsung dengan prinsip PAS. Cuma cara anggota SELCAT meng'interrogate' pegawai-pegawai kanan dipertikai. Ketika ini al-brangi mengambil masa untuk mencurahkan 'perasaan'nya. al-brangi amat bersetuju dalam hal ini.
Mengenai penjualan arak, sepatutnya pada tahun 1995 sudah selesai, tetapi tak ada penguatkuasaan.
Ia menjadi isu kononnya nak jaga undi kaum india dan cina, kononnya undi merekalah yang memenangkan Pakatan Rakayat. (Ayat ini, al-brangi sendiri yang tambah. Kenapa sesetengah ahli PAS terlampau 'apologetic' tidak bertempat.)
Ustaz Nasa sambil berseloroh tapi serius meng'analogi'kan fitnah kepada TGHA nak masuk UMNO diibaratkan seperti memfitnahkan Mahathir masuk PAS.
Dato' Hassan dan Ustaz Nasa mengambil sikap berdiam diri dengan isu yang ter'hangat dipasaran' sekarang kerana terlalu hormat kepada TGNA dan tidak mahu media perdana mengeruhkan lagi suasana.
Saya amat yakin dengan riak air muka mereka berdua, tidak mungkin UMNO menjadi tempat 'landing' terakhir untuk TGHA, Ustaz Nasa, Dato' Hassan dan Mustaffa Ali.
Ustaz Nasa kata UMNO semacam tak boleh nak 'equate' dengan Islam dek kerana rasuah. Dalam konteks politik di Malayasia, hanya PAS sahaja yang boleh 'equate' dengan Islam. Dalam hati al-brangi terror jugak Ustaz ni ber'mathematics'.
Majlis tamat lebih kurang jam 11.00+ malam.
Sampai rumah jam 1.00 pagi kerana sesat.
Biar sesat jalan, jangan sesat Aqidah.
3 comments:
kenapa jemput orang umno!!!..
setuju dgn persoalan ruang bicara pria malaya..
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/10/gempar-dari-program-dialog-hasan-ali.html
kenapa jemput orang umno!!!..
baru tau sape yg pembelit dan racun sebab semua ada rekod
saja kacau
salam semua….
moral of d story, don't invite any "munafik" into your forum… walau bagaimanapun mungkin ada hikmahnya juga 2-3 org munafik ni dijemput sama…
sekurang2nya telah terbukti mereka sememangnya si pemutar belit yg tk boleh dipercayai!
utk semua pejuang keadilan untuk semua!
jangan gelabah & cepat melatah, apa yg jelas ramai diantara pemimpin tertinggi PAS telah terkena jerat umno...
dgn mengunakan alasan perpaduan ummah & kedaulatan ISLAM mereka memancing PAS supaya ujud suasana kurang selesa dlm PAS itu sendiri.
sedangkan semua telah maklum yg umno tak pernah berminat kepada semua itu selama mereka memerintah negara sejak 52 tahun yg lalu….
bila mereka dlm kesempitan mereka mula berbuat baik kononnya atas dasar perpaduan (membantu umno ibarat melepaskan anjing yg tersepit…)
tk tau lah macammana pemimpin2 PAS ni boleh terperangkap dgn jerat umno ini (ALLAH saja lah yg MAHA Menggetahui).
walau apapun memang jelas umno/bn gelabah melihat kebangkitan & kesedaran rakyat terhadap kepalsuan & penipuan yg dilakukan oleh mereka
selama diberikan mandat memerintah negara sejak 52 tahun yg lalu. Ini telah dibuktikan dlm PRU12 yg lalu. Teruskan komitmen & jangan hampakan harapan rakyat.
kerajaan Pakatan Rakyat yg dibentuk di P pinang, Selangor, Kedah & Kelantan perlulah bekerja keras menambat hati rakyat supaya mereka tidak tarleka dgn
habuan2 yg bn taburkan sekarang. Perlu diingat semua peruntukkan yg disalurkan oleh bn & pemimpin nya adalah hasil tabungan & khazanah negara
(dlm erti kata lain adalah hasil keringat rakyat @ duit rakyat). Jgn tertipu dgn perkataan sumbangan kerajaan bn kerana tiada 1 sen pun duit bn digunakan, 100% duit rakyat)
begitu juga dgn kakitangan awm, mereka perlu sedar gaji yg mereka terima utk nafkah keluarga adalah hasil sumbangan titik peluh rakyat
yg bekerja siang malam 24 jam utk memajukan negara, hasil dari cukai pendapatan, bayaran hasil, saman, lesen, cukai jalan & bermacam2 lagi cukai.
antara kerajaan negeri yg boleh dibanggakan adalah kerajaan P Pinang, walaupun dipimpin oleh mejoriti DAP (parti anti ISLAM, menurut tafsiran umno)
tetapi mereka sanggup mengunakan slogan ISLAM (AMAR MAK'RUF NAHI MUNGKAR) dlm pentadbirannya.
Saya nk tanya disini "adakah mana2 negeri umno yg telah memerintah negari & negara selama lebih 52 tahun yg lalu mengunakan slogan seperti ini dlm pentadbirannya?"
jawapannya… sudah tentu tidak! sebab dgn mengunakan slogan begini….
mereka tk boleh rasuah…..
mereka tk boleh curi…..
mereka tk boleh judi…..
mereka tk boleh arak…..
mereka tk boleh zina…..
dan berbagai lagi amalan yg mereka sedang praktikkan selama ini menjadi tk boleh….
ayuh lah pejuang AGAMA, bangsa & negara. Marlah kita bersatu, bulat kan tekat kita pecahkan barisan.
"Ayuh, rakyat Malaysia. Kita bangun dan lawan perosak dan penjahanam negara iaitu pemimpin elit dan bangsawan UMNO dan Barisan Nasional. Marilah kita bina Malaysia Baru yang lebih selamat dan sejahtera untuk rakyat Malaysia - petikan blog Azmin Ali.
Post a Comment