Followers

Friday, October 30, 2009

jangan MIMPI nak perintah Malaysia...!!

DSAI tolong pastikan PR tidak ditewaskan lagi...PKR tolong jaga YB2 hangpa....tolong jangan buat kami penat..kami berusaha untuk mengekalkan kemenangan ..ada pulak pihak yang nak menghancurkan..

Bloggers PR tolong sedar diri..siapa musuh korang yang sepatutnya korang nak hentam...jangan bagi BN buat kerja mudah..kalau nak lepaskan geram cukup sekadarnya...kalau aku cakap pemusnah PR adalah orang PR sendiri..memang itu kenyataannya...

tak payah nak korek2 sejarah lama time ni..ini masa untuk mengukuhkan barisan PR..bukan nak bagi hancur lagi..

PAS tolong beri tumpuan kepada pimpinan yang bermasalah..tolong selesaikan segera..tolong jaga rahsia parti...

kepada jemaah sekarang adalah masa untuk mengatur jentera dan barisan ...kita nak pi berperang lagi..kisah orang yang kat atas biar orang atas yang uruskan..kita sapa nak bising2 bukan depa dapat dengar korang menceceh pun..penat la macamni asik lepas geram kat kedai kopi aja...

pi jaga pengundi2 tempat masing2..pasai depa yang akan bagi kemenangan kat PAS/PR masa pilihanraya nanti..

kalau keadaan macam ini berterusan..JANGAN MIMPI NAK TAWAN MALAYSIA...duk la hangpa di tahap ini..diantara anjing yang menyalak bukit dan orang yang guna cangkul nak runtuhkan bukit..mana yang akan dapat ratakan bukit..jangan buat kerja sia-sia..

nak jaga tepi kain orang boleh...tapi jangan sampai masuk dalam kain orang...takut2 kain sendiri berlobang kita tak perasan..!!


Tahniah kepada penyumbang2 kehancuran PR..
Takbirr...!!


komen

8 comments:

Anonymous said...

Saudarii,,

Aku pun penyokong PKR..yg org duk marah lani sebab PAS tak ikut cakap rakyat..yg PKR pulak duk terhegeh..kalu saudari nak tau aku kritik DSAI lagi banyak dari aku kritik Najib ..sebab aku sayang DSAI dan PKR..ni beza org PAKATAN dengan BN..kalu pemimpin depa wat salah..org PR tak duk diam sampai depa sedaqq!!kalu aku org umno..mampui pi la najib nak amik duit ka..zahid hamidi nak perguna askar ka..sebab dah memang seg aku tak amik pot sebab duit masyuk..org pr lain...jangan la kene kritik sikit dah mengelabah..kalu tak nak penyokong kritik..bagaitau kat pemimpiun perbetui balik saf tu..jgn duk ngaga tak dak paedah..
lagi satu yg DSAI ni pun..parti dia haru biru..bole lagi ada masa duk pi oversea...bak wat apa..tumpu la dulu dalam malaysia..esok dah perintah msia..lantak la nak pi kutub utara pun!!!!

SHAH said...

assalamualaikum
dah mcm2 berlaku sekrang ini, makin terserlah segala kecurangan. apa lagi, mantapkan pertahanan kalau tak BN akan kuasai semua.

Anonymous said...

Anon 10.37. Setuju. Asyik keluar negara apa ke halnya, batang hidung pun belum tentu nampak kecuali time nak PRK. Kalau nak jadi businessman atau pensyarah jemputan kepada perkara yg tidak ada kena mengena dengan raykat Msia baik, lupakan hasrat nak jadi PM kerana ada orang lain lebih layak jd PM kalau setiap permasalah cuci tangan dan berdiam diri asyik bagi org lain tolong settlekan malah kes mahkamah masih di-delaykan ini membuat kita menjadi was was serta curiga. Mau tak mau pemimpin yg ada kesungguhan bekerja jadi juak. muak serta patah hati jadi lebih baik keluar jadi bebas. Kalau kita asyik menyalah atau menghina serta mengutuk BE-END pun tak guna kerja serta kebajkan rakyat berjalan mcm biasa, rakyat dpt manafaat, tapi pemimpin kita kalau asyik nak jadikan setiap perbuatan sebagai isu hingga naik migrain kepala berfikir END UP rakyat pula naik meluat serta was was dengan pemimpin kita kerana kerja serta kebajikan rakyat kawasan tak jalan, kerana pemimpin asyik lena dibuai mimpi kawasan tak de progress mcm tu jugak 2 tahun tak berubah dari mula sampai sekarang asyik nak selak kain org balasan dari Yg Maha Esa, makin jelas ternampak walaupun kecil tak seserius. Ambik contoh terdekat Kedah, alhamdulilah PAS cukup tenang dan tak de masalah kerana majoriti PAS lebih tinggi...org melayu berkuasa dan flexibel give and take. Bangsa asing malu alah nak buat tak baik sekurang kurangnya berfikir 2 kali. Melayu kena bersatu. Fikirkan kalau Cina dari mana mana parti bersatu, maka musnahlah org melayu islam kerana kuasa bangsa itu amat teguh dan chances mereka mereka bersatu amat nyata demi survival dan bangsa mereka pada mereka wang, perkejaan serta bisness adalah paling utama dan amat penting bg mereka.

Anonymous said...

PKR - Parti Kencing Rakyat ...Satu2 penipuan nya terselak dan terkoyak .

Allah maha berkuasa ..Dok fitnah umno itu , ini ..

skrg baru tau bahawa PKR adalah Parti Kencing Rakyat yang sentiasa menabur fitnah .

bak kata saiful ..YANG HAK PASTI BERDIRI , YANG BATIL PASTI TUMBANG ...

ALLAHUAKBARRRRRRRRRRRRRR ...

GOMO said...

Gomo telah terima satu transkrip rakaman perbualan antara Menteri Besar Selangor Khalid dan Anwar Ibrahim pada hari di mana Adun Pelabuhan Klang keluar PKR. Ini adalah transkrip rakaman perbualan itu: http://www.papagomo.com/2009/11/gempar-transkrip-rakaman-antara-anwar.html

det said...

Kepada penyokong Hasan Ali di Selangor, kamu semua tak perlulah meletakan harapan yang tinggi menggunung yang Hasan Ali akan di maafkan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat, keputusan untuk memecat Hasan Ali telah pun dibuat tetapi secara rasminya akan diberitahu kepada rakyat selepas sahaja Jawatankuasa itu bersidang, kompom Hasan Ali akan di singkirkan itu maklumat dari bilik kebal PAS Pusat, tak tau la pulak kalau Tuan Ibrahim terbaca tulisan det ni dia akan ubah keputusan nanti.

http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/11/gugur-talak-3-sekiranya-lompat-parti.html

ponco hijau said...

Jangan harap DSAI boleh jadi PM, Hj Hadi, Lim KS boleh terima ke? semua tgh mimpi yang sama...

Takbir.. AllahUakbar.

Putra Al-Maliki said...

perdebatan semakin hangat nampanye.. hehe..

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil