Followers

Thursday, October 29, 2009

Kerajaan Perpaduan..dah campak ke Laut China Selatan...


KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi
 
ummi..
 
Dengan keluarnya kenyataan ini..kita berharap isu UG bukan lagi menjadi kudis kepada PAS..sekiranya terkeluar lagi cerita pasal UG ini maka ianya adalah dari mulut2 busuk musuh PAS..walaupun dari dalam PAS/PR sendiri..dia adalah musuh PAS...titik...
 
PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

  
Alhamdulillah disini kita lihat bagaimana PAS menangani isu2 yang melanda dengan bermesyuarah..tidak hanya mendengar khabar angin untuk menjatuhkan satu2 hukum dan tanpa mengaibkan mana2 pihak..akhlak berjamaah yang dituntut Islam yang selama ini PAS bawa untuk melahirkan pemimpin yang diredhai Allah dan dihormati sesama makhluk..
 

7 comments:

Pak Oncu said...

salam UmmiAnni,,,,,, enam tolak enam,,,,,,, masaalah yg sama akan timbul,, let we wait i see !!!!!!!!!

Anonymous said...

Salam.

Masih ada ramai ahli2/penyokong2 PAS/PR yang tak puas hati dgn keputusan yg dibuat. Ada yg mengaku ahli PAS, tapi terang2 memperlekehkan keputusan yg diumumkan oleh TGHH - walhal keputusan tersebut adalah keputusan jemaah, keputusan JK Pusat PAS! Maknanya mereka tak setuju (dan menentang?) keputusan yg di buat oleh semua ahli JK Pusat PAS termasuk pemimipin2 spt Mahfuz OMar, Dr Zulkifli Ahmad, DS Nizar, Salahuddin Ayub, juga TGNA yg hadir...
Kalau gitu dgn keputusan siapa patut kita terima?
Kadang2 saya terfikir, blogger2 yg mengaku ahli PAS, memblog dgn tanggungjawab sbg ahli PAS yg prihatin, atau memblog ikut kehendak & perasaan hatinya kerana bolg alam maya ini kan bebas, sapa2 saja boleh mengeluarkan pendapatnya (tanpa rasa tanggungjawab akan akibat drpd tulisannya!?).

Wallahu 'alam.

SS, Semenyih.

Anonymous said...

1. Ini menunjukkan de facto leader sebenar PAS

2. PAS mengamalkan kepimpinan yang bersifat autokratik.

3. Ramai pemimpin PAS yang berpotensi tetapi menentang UG akan diketepikan secara berperingkat menjelang PRU13. Mereka tidak akan terpilih menjadi calon.

4. PAS akan beransur-ansur menyertai BN bermula pada tahun 2010. Proses ini akan selesai menjelang 2011. Selepas 2011, PAS ialah komponen BN terbaru.

MC_Shaharul said...

udah le yop,xdenye pas nk menyertai bn tue...xyah nk bg pecah belah la eh dgn komen2 ko tue..walaupn ade jgk yg aku x stuju dgn sesetengah pemimpin pas nie dlm bertindak,tp aku yakin pas x mngkin akan menyertai parti yg mengkhianati agama,bangsa n negara tue..klu ada pn pemimpin2 pas yg nk join sila tglkn parti Islam nie..

Anonymous said...

MC_Shaharul, tahun 2009 PAS belum masuk BN. Tetapi tunggu tahun 2010/2011. Ini kerana masih ramai golongan anti UG memimpin di semua peringkat. Apabila pemimpin anti UG berjaya disisihkan dari kepimpinan di semua peringkat, maka usaha PAS masuk BN akan menjadi kenyataan. Usaha ini sedang berlangsung dan semakin mencapai sasaran.

PAPA GOMO said...

Nak tak nak, Hasan ali ke Kelantan minta bantuan Husam Musa. Husam kaya ?? Husam tidak kaya bai. Tetapi Husam dikenali sebagai pemimpin PAS yang banyak berkawan dengan rakan-rakan korporat yang simpati dengan PAS....WOW....HUSSAM TAK KAYA TAPI BAGI RM200 RIBU??? DUIT SAPA??? http://www.papagomo.com/2009/10/terkini-hasan-ali-hutang-hussam-musa.html

ponco hijau said...

Tahniah TGHH kerana buat keputusan yang baik untuk masa depan orang Melayu, tambah kuatlah pelukan LKS dgn Bro Nuar.. Ah.. apa ada dgn perpaduan baik buang kat laut bersama matalamat menujudkan negara Islam,,,
Takbir...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil