Followers

Tuesday, October 27, 2009

Tragedi Program Perkhemahan 1 Malaysia...nak salahkan siapa..??

Al-fatihah buat yang terkorban...diharap kepada keluarga mangsa sabar dengan ujian Allah...
 

Program Perkhemahan 1 Malaysia murid-murid tahun 6 seluruh sekolah-sekolah di Lembah Kinta bermula dengan tragedi buruk. Program yang baru bermula petang semalam di di SK Kuala Dipang di kejutkan apabila jambatan gantung yang menghubungkan antara SK Kuala Dipang dengan tapak perkhemahan di seberang Sg. Kampar tiba-tiba runtuh kerana tidak mampu menanggung sejumlah pelajar yang agak ramai.

Pelajar-pelajar berpusu-pusu untuk makan malam di SK. Kuala Dipang setelah selesai acara yang diadakan di tapak perkheman. Bilangan pelajar yang melalui jambatan gantung terlalu ramai sehingga jambatan tersebut runtuh. Jumlah yang sebenar dihanyutkan sungai yang deras tidak pasti, tetapi menurut laporan polis 22 orang pelajar disyaki hanyut dan dikhuatiri lemas.

Seawal pagi tadi, saya bersama Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Husein, Bendahari PAS negeri, Hj Abdul Rahim bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat berita tersebut. Sukarelawan Yayasan Amal yang turut membantu mencari mangsa lemas menyambut ketibaan kami. Mereka sejak kejadian berlaku telah pun berada di situ dan bertugas secara bergilir-gilir. Khemah Unit Amal didirikan berhampiran tempat mencari mangsa. Semasa kunjungan ke tempat kejadian seorang mangsa yang mati lemas telah ditemui.

Kami sempat diberi taklimat dan maklumat ringkas oleh beberapa orang guru yang terlibat dalam program tersebut, antara yang sempat memberi maklumat juga Penghulu Gopeng. Secara ringkas dapat disimpulkan ia berpunca dari jambatan gantung yang dibina secara tergesa-gesa (katanya tak sampai sebulan siap), jambatan yang dibina tidak menepati struktur binaan yang kukuh, saya lihat sendiri bagaimana tiang jambatan gantung di sebelah SK. Kuala Dipang boleh terbongkar dan tercabut, filing binaan tidak kukuh, hanya beberapa meter sahaja tiang di tanam kemudian di simen begitu sahaja.

Sesiapa pun melihat walaupun bukan kontraktor atau mengetahui asas-asas berkaitan binaan, pun boleh pertikai binaan tersebut. Kita tidak bermaksud menuding jari kepada sesiapa, tapi apa yang kita mahu persoal berdasarkan maklumat yang diperolehi mengapa program yang melibat pelajar yang ramai (peserta hampir 300 orang) fasilitator yang dilantik cuba 11 orang sahaja, mengapa ketika kejadian berlaku kebanyakan guru berada di SK Kuala Dipang, hanya beberapa orang sahaja yang berada di tapak perkhemahan, bagaimana pula murid-murid yang begitu ramai dibiarkan berpusu-pusu menuju ke jambatan tanpa diawasi atau meniti jambatan secara berkumpulan, jambatan gantung yang dibina pula adakah sudah diperiksa dan diluluskan sebelum digunakan, dibina pula secara tergesa-gesa, dan banyak lagi.............

Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Perak wajar bertanggungjawab di atas insiden tersebut. Jabatan tersebut merupakan penganjur kepada program tersebut yang bukan sahaja diadakan di SK. Kuala Dipang bahkan di seluruh Perak atas nama Perkhemahan 1 Malaysia. Difahamkan program seumpama itu diadakan bertujuan menghabiskan peruntukan hampir 6 juta yang mesti dihabiskan pada tahun ini juga. Antara program yang bertujuan menghabiskan peruntukan tersebut ialah menganjurkan perkhemahan seumpama ini.

Akibatnya semua dibuat dan dibina dengan tergesa-gesa, jambatan gantung dibina dengan tergesa-gesa, yang penting bagi mereka siap dan boleh digunakan dalam tempoh terdekat, lalu jambatan tersebut dibina dengan tidak mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Jambatan itu pula selepas siap terus sahaja digunakan oleh sejumlah pelajar yang ramai. Saya percaya sekiranya jambatan tersebut diperiksa dengan teliti aspek-aspek binaannya sudah pasti tidak akan diluluskan untuk digunakan.

PAS Perak ingin melahirkan rasa simpati terhadap keluarga-keluarga mangsa yang terlibat. Semuga mereka bersabar menghadapi ujian ini.

Kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran ini, diharap insiden yang berlaku memberi kesedaran untuk masa akan datang mesti berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan terlebih dahulu.











 
sumber misbahulmunir

10 comments:

WakJ Zoner said...

Salahkan Umno..
Salahkan Takdir...

Habis cerita..tak perlu buat posting panjang2, semata hendak mencari salah siapa.

dulukini said...

ppoyo mamat Bn nie

Anonymous said...

AL fatihah??? ada orang islam mati ker???

Komando Amal said...

UMMI..mayat pertama dijumpai ahli UNIT AMAL awal pagi tadi.Tapiiiii..Bomba dapat nama.Ana bersama team Unit Amal sejak pagi tadi.Buat team Unit Amal teruskan usaha murni anda tanpa mengharap balasan.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam ulatdankulat..

anda makan cili ka..?

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

makhluk takde nama..

mangsa yg hilang ada 22 orang termasuk orang islam..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

Tahniah Umit Amal..walaupun dunia dihebahkan bomba yang hebat ..tetapi orang nampak siapa yang berjasa..

semoga Allah memberi kemudahan untuk Unit Amal terus berkhidmat..jasamu akan dikenang sampai bila2..

takbir..!!

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

anggaplah ape yang dh berlaku nie sebagai takdir ilahi.. tak gune menuding jari salahkan sesape.. benda dah pun berlaku.. nak buat macam mane...

Anonymous said...

Salam...

Baca berita tak....

22 hilang menda nyer...

Cuba baca berita...

Orang PAS tak suka baca berita kot... percaya mati matian HARAKAH jer...

Anonymous said...

dan apabila rasuah bermaharajalela rakyat tak berdosa menjadi mangsa...

perlukah kerajaan yang macam ni dipertahankan lagi????

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil