Followers

Monday, September 22, 2008

POLIS-BPR merekacipta Fitnah dan Tuduhan palsu? part 1

Artikel ni sedikit panjang...tapi untuk kefahaman terhadap dakyah media amno dan sekutu dgnnya..harap dibaca sampai habis...


sumber PerakExpress

Oleh: Reformis Muda

Kali ini saya akan menulis kembali bagaimana sejarah kerajaan Malaysia dan Jabatan Polis yang menjadi barua kepada Kerajaan yang Zalim. Mereka cipta bukti dan tuduhan, terbaru bagaimana Teresa Kok menjadi mangsa kepada hasil laporan Utusan dari hasil fitnah Khir Toyo dan bukan hasil penyiasatan, dan sebelum itu Exco Kerajaan Negeri Perak , manakala pada bulan Jun yang lalu dengan mereka cipta sekali lagi satu Konspirasi Liwat. Mereka tidak pernah serik. Polis di Bukit Aman bertindak amat jahat dan kejam. Mereka sangggup memberi alasan bodoh dan dangkal bagi memuaskan serakah pemimpin yang mahu mempertahankan kuasa. dan jangan lupa awal tahun ini semasa pilihanraya Polis , SPR dan Jabatan Peguam Negara mereka cipta berita palsu bersama Utusan yang mana tangkapan telah dibuat terhadap kumpulan yang cuba membuat huru hara semasa hari pengundian dengan membawa masuk ” dakwat hitam kekal”, dan akhirnya berita ini disahkan tidak wujud, tiada tangkapan? bagaimana Ketua Polis, spr dan Jab Peguam negara boleh membuat sidang media? padahal laporan polis pun tidak wujud! inilah bukti mereka bersedia pada bila bila masa mereka cipta tuduhan palsu!!

Pertamanya saya akan dedahkan bagaimana BPR telah mereka cipta tuduhan yang sengaja dirancang untuk menjatuhkan kerajaan pakatan. dan bahagian dua kita akan dedahkkan siapa Imran Abdullah yang memerangkap Exco Perak. Dia agen BPR Putrajaya yang menjadi barua kepada perancangan jahat tingkat 4 dan Hamzah Zainuddin? dan apa kaitan agen ini memerangkap Hakim Mahkamah Syariah Ipoh itu saya akan dedahkan dibahagian 2 pendedahan saya. Betul dia orang yang sama memerangkap Hakim Mahkamah Syariah. nantikan pendedahan ke 2 saya.

Artikel Saya Pertengahan Bulan Ogos

dibawah artikel pendedahan KONSPIraSI BPR!!

Berita terbaru suara Keadilan mengesahkan artikel saya pagi semalam bahawa penangkapan 2 Exco Keadilan adalah rancangan jahat bukan sahaja dari BPR Perak malah diatur dari ibu Pejabat Putrajaya bersama pemimpin Umno, sehinggakan Ketua Pengarah BPR yang muka Panjang dan akalnya pendek naik angin dalam sidang media hari ini,bila BPR dikaitkan dalam Konspirasi. cepat betul BPR rasa pedasnya. dan pendedahan saya semalam bukanlah yang pertama, tetapi pernah dalam satu artikel lain tahun lepas saya menulis artikel bertajuk “Mungkinkah Juga Pengarah BPR PERAK pun Barua UMNO?”. artikel ini disiarkan di Tranungkite pada 4.11.2007. Ok !! hari ini kita akan dedahkan satu persatu siapa disebalik permainan ini dan kita kenali personaliti mereka. Apakah benar personaliti Umno ada kaitan memerangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah pada tahun lepas? Modus Operandinya sama. dan sehingga kini kes tersebut masih senyap seribu bahasa.

Begitulah juga kisahnya kes melibat bekas ketua Polis Bahagian Siasatan jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuf yang diperangkap BPR sehingga sekarang ia hanya dijadikan alat untuk memerangkap orang. tidak ada pendakwan susulan. Bekas ketua BPR Dato’ Zulkifli pernah dilaporkan rasuah oleh Pengarah BPR Sabah Ramli Manan.Dan sehingga kini tiada tindakan.seperti juga laporan rasuah terhadap bekas ketua Hakim Negara sehingga kini senyap sunyi kes mereka dari perhatian BPR walaupun suruhanjaya sudah memutuskan mereka bersalah. dan Pengarah BPR sekarang ( muka panjang akal pendek)yang menggantikan Dato Zulkifli adalah orang kepercayaan untuk kerja kerja jahat dari Putrajaya.dan kini masih menjalankan kerja jahat di Putrajaya. ada yang mengatakan mungkinkah BPR sejahat Polis. jawapan saya mudah, ia lebih jahat dan hina kerana pernah dalam suatu ketika pegawai BPR menahan anak dan isteri seorang anggota Polis sebagai ugutan dalam kes Dato Ramli Yusuf, tindakan mereka betul betul mengaibkan. mereka juga pernah menahan seorang peguam yang mewakili Dato Ramli Yusuf pada hari esoknya adalah hari orang menyambut hari raya. dan lebih hina lagi bagaimana BPR Perak berkomplot dengan pemimpin UMNO dan tauke kelab malam memerangkap Hakim Tinggi Mahkamah Syariah Ipoh, dalam menjalan kerja jahat dari Putrajaya. Mereka beroperasi dari Putrajaya ala operasi Unit Cawangan Khas Bukit Aman. Mereka akan menjalankan agenda pemimpin Umno walaupun mereka tiada langsung bukti dan mereka hanya mereka reka bukti seperti mana yang dilakukan tuduhan liwat keatas Dato Seri Anwar. kini Konsiprasi mereka sudah bermula di Negeri Perak, tetapi siapa pula barua mereka di Perak?

SIAPA SHAMSIAH ABU BAKAR, PENGARAH BPR PERAK ?

Pengarah BPR Perak adalah wanita pertama menjawat jawatan Pengarah BPR Negeri, Namanya Shamsiah Bt Abu Bakar.dia dilantik sebagai Pengarah BPR Perak pada 2 Febuari 2007.Ibunya bernama Rahmah Mat Akit merupakan bekas ketua Wanita Umno Ulu kenas(Kuala Kangsar) yang memang sentiasa mengundi Rafidah setiap kali Pilihanraya. malah secara berterus terang dalam temu bualnya dengan Mingguan Malaysia pada 11 Febuari 2007, Shamsiah mengatakan Rafidah Aziz adalah Idolanya.mungkin pegawai BPR boleh mencari surat khabar pada tarikh berikut untuk mengetahui siapa sebenarnya Bos mereka. antara petikannya dalam temubual dengan wartawan Mingguan Malaysia dia mengatakan seperti berikut ” Saya bila tengok Rafidah berkempen dan bercakap saya selalu kata aku nak jadi macam dia. Saya tengok beliau berani kerana menyuarakan perkara benar dan tidak nampak kredibilitinya boleh dipersoalkan. Beliau adalah contoh terbaik bagi wanita.- MINGGUAN MALAYSIA 11FEB 2007″. Apakah boleh seorang Pengarah BPR menjadikan Rafidah sebagai Idola dan secara terang terangan mahu menjadi seperti rafidah? apakah sebagai pegawai tertinggi BPR dia tidak tahu bahawa sudah ada kes melibatkan Rafidah dalam hal Rasuah.dan saya boleh dedahkan bila bila masa 8 salinan dokumen BPR bertarikh 14 Mac 1995 yang dikategorikan sebagai sulit untuk tatapan Shamsiah Abu Bakar si Barua…. .apakah mahu Shamsiah melakukan tangkapan keatas Idolanya? kertas tuduhan itu ia berkaitan dengan peruntukan saham khas Bumiputera dua syarikat tersenarai Leader Universal Holdings Bhd (1,500,000 unit saham) dan First Allied Corporation Bhd (8,000,000 unit saham) kepada menantu Rafidah, Fazrin Azwar Md Nor

Dalam kes penahanan EXCO Perak ini keterlibatan Shamsiah nampak jelas apabila mengeluarkan kenyataan Palsu dan Fitnah berkenaan tangkapan dan satu kenyataan yang berbau Fitnah. Ini berdasarkan kepada kenyataan beliau yang mengatakan salah seorang Exco tersebut, Kapt (R) Mohd Osman Mohd Jailu di tangkap di sebuah hotel di bandar raya Ipoh bersama empat orang lain. Sedangkan menurut Setiausaha Perhubungan KeADILan Perak, Madzi Hasan yang juga seorang peguam Mohd Osman sebenarnya di tahan di Kluang Station Cafe, Bandar Ipoh Raya berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan bukannya di sebuah hotel. Madzi berkata lagi “Kenyataan Samsiah bercanggah dengan fakta dan beliau cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan penahanan dibuat di sebuah hotel bagi menguatkan teori rasuah seks yang telah beliau bersama Umno rancang” malah ketika tahanan itu dilakukan pada jam 6 petang Cafe yang terletak berhadapan Bagunan Kerajaan Negeri dipenuhi dengan Pelanggan. Mustahil perkara tersebut(Rasuah) dilakukan. Malah pertuduhan yang dibuat hari ini tidak lagi berkisar soal RM 100,000 tetapi hanya RM 5000. Konspirasi ini jelas seakan akan pertuduhan palsu yang dilakukan terhadap Anwar, iaitu satu pertuduhan yang penuh penipuan dan cacat cela.dan mereka masih menggunakan motif seks. Malah diberitakan seorang Pegawai Juruteknik PKNP terlibat dalam komplot ini? dan seorang pelakon BPR dari Putrajaya. dia dikatakan punca teori palsu projek Bandar Sri Iskandar yang bernilai 180juta direka cipta, malah yang lebih malang lagi andai betulpun projek ini wujud,projek yang dikatakan dikategorikan sebagai projek Mega, dan tidak mungkin diluluskan oleh seorang Exco dan Exco tersebutpun hanya memegang Portfolio Pertanian dan pelancongan.

Namun Shamsiah jangan buat buat lupa, kerana ada satu lagi kes menggunakan modus Operadis yang sama dibawah pentadbiran Pengarah ini. iaitu penangkapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak atas dakwaan Rasuah! penangkapannya mirip kepada penangkapan 2 Exco Perak. siapa Hakim tersebut?

SIAPA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH MENJADI MANGSA BPR?

Hakim tersebut adalah Hassan Basri Syafie, Hakim tersebut adalah Hakim yang telah memutuskan dalam penghakimannya supaya Hamzah Zainuddin Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat membayar bekas isteri pertamanya Nooraini sebanyak RM 11.2juta hasil perkongsian hidupnya setelah bercerai. Hakim tersebut telah lama menjalankan tugas dengan baik. malah dikalangan pegawai Jabatan Agama sudah lama mengenali personaliti Hakim tersebut sebagai tegas dan Bersih. selain Hakim Tinggi tersebut seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam juga diperangkap dengan cara yang sama, semuanya ada kaitan dendam pemimpin Umno dan mereka menjadi proksi tauke tauke kelab malam disekitar Ipoh. untuk lebih lanjut cerita soal serbuan termasuk melibatkan 2 adun Perak anda boleh membaca artikel yang ditulis pada 4.11.2007. kini hakim tersebut dikuarantin di bagunan SUK. Shamsiah dikatakan terlibat dalam Konspirasi melibatkan Hakim ini bersama pemimpin Umno, Kesilapan Shamsiah kerana mengulang Konspirasi yang sama seperti Konpirasi liwat2 , bila dia diulang maka nampaklah banyak cacat celanya. mungkin bila saya tulis keterlibatan Pengarah BPR Perak pada November 2007 ramai yang tidak percaya tetapi bila kes berulang ia menampakkan siapa dalangnya. Hamzah Zainudin memang menyimpan dendam kepada Hakim ini kerana memerintahkannya untuk membayar bekas isterinya sebanyak 11.2juta, jadi cuba anda nilai berapa pula hartanya sekarang.

Hamzah Zainudin dikatakan berdendam kepada Hakim tersebut.

Setelah Hakim tersebut ditangkap, beberapa minggu selepas itu, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah menolak penghakiman Hassan Basri diatas tuntutan 11.2juta. jadi siapa yang untung atas penangkapan Hakim Mahkamah Syariah Ipoh? tidakkah Hamzah Zainuddin? sudah tentu penghakiman Hassan Basri ditolak kerana pada ketika itu kredebiliti Hakim tersebut telah berjaya dipertikaikan diatas komplotnya bersama BPR. mudah betul, Komplotnya seakan sama dirasuah oleh seorang yang tidak dikenali. Mudah betul penyiasatan BPR Perak duit sebanyak RM 4ribu dikatakan dimasukkan ke dalam akaun Hakim tersebut atas sebab itu Hakim Mahkamah Syariah itu ditangkap dan dihina. mungkin anda boleh bezakan bagaimana pula layanan BPR(Baruan Pengamal rasuah) kepada Peguam mabuk VK Lingam, Eric Chia dan Bekas ketua Hakim Tun Ahmad Fairus, sehingga kini mereka tidak disentuh sedikitpun oleh BPR, sedangkan jelas bukti Video menunjukkan wujud salahguna kuasa dan aktiviiti Rasuah dikalangan mereka.

Hakim Makkamah Syariah Perak dihina, digari dan diseret ke Mahkamah Sivil hanya kerana wujud satu transaksi duit RM4ribu ke Akaunnya. apa susahnya untuk memasukkan duit kepada akaun seseorang.bayangkan seorang Hakim Mahkamah Syariah diperlakukan negitu oleh Komplot Umno dan BPR. mungkin tahun lepas anda masih ingat bagaimana isu Murtad & serangan keatas pekerja seks anak Melayu di kelab kelab malam giat dilakukan Jabatan Agama Islam Perak. atas sebab itu pemimpin Umno berkomplot untuk kenakan Hakim dan penguatkuasa Jabatan agama tersebut . yang sedihmya komplot itu dilakukan bersama tauke kelab malam. BPR sekali lagi menjadi alat untuk Konspirasi mereka, malah kerja mereka lebih mudah dengan perlantikan Shamsiah Abu Bakar pada 2fevuari 2007 sebagai Pengarah BPR( Barua Pengamal Rasuah) Perak.kali ini komplot dia adalah mengenakan Exco Perak bagi merampas Negeri Perak dengan cara yang kotor dan terdesak setelah kompromi mereka dengan Pas dan rundingan dengan dengan Adun lain gagal. dalam artikel saya pada 4.11.2007 ada menceritaka 2 adun yang ditangkap khalwat tetapi ditutup kesnya, antaranya termasuklah setiausaha MB Tajol Rosli sendiri yang bergelar Al-hafiz (palsu) kononnya.

SIAPA HAMZAH ZAINUDDIN ?

Hamzah pada tahun 1980 hanya kontraktor biasa. Hamzah pernah menjadi Ketua Umno Ipoh Barat dan kini Ahli Parlimen Larut dan menjawat jawatan dalam kabinet Paklah sebagai timbalan Menteri Perumahan.Dia juga bekas pengerusi Felcra Berhad iaitu satu agensi kerajaan dimana Hamzah banyak menggadaikan tanah tanah Flecra dan menekan peneroka. dia banyak menggunakan Felcra sebagai badan untuk mengayakan dirinya. malah dia terlibat dengan Annuar Musa dalam kes kehilangan 40juta wang rakyat miskin di Kelantan.

Pada 12.3.2004 Lim Kit Siang dalam sidang medianya pernah mengeluarkan satu kenyataan agar BPR membuat siasatan terhadap Hamzah kerana harta luar biasa yang dimilikinya,tetapi seperti biasa BPR tak mampu lakukan apa apa. dan kini BPR adalah rakan seperjuangan Hamzah dan Rafidah Aziz. Hamzah merupakan salah seorang saksi sewaktu perbicaraan Anwar yang dilibatkan dengan dakwaan cuba menggoda isteri barunya (isteri no. 2).Dalam perbicaraan tersebut, Hamzah telah mendedahkan rakaman perbualan antara isteri barunya dengan Anwar sebagai bukti. rumah Isteri keduanya itu dikatakan terletak di Meru Hight pada ketika itu.

Sebenarnya ,’suara’ Anwar dalam rakaman tersebut adalah suara ‘Yusof Chong’ pelawak terkenal yang pandai meniru suara orang-orang terkenal seperti Samy Vellu, Lim Keng Yaik, Mohammad Rahmat, Ling Leong Sik, dan ramai lagi. Beliau suatu ketika dulu mempunyai siaran rancangan diTV dimana beliau telah mempamerkan kepakarannya meniru suara orang terkenal dalam negara terutamanya para pemimpin politik.kebetulan semalam Malaysiakini menyiarkan artikel yang sama berkenaan skandal isteri keduanya. apakah ada kaitan Hamzah dengan penangkapan 2 Exco ketika pilihanraya kecil permatang pauh yang berjalan ketika ini. malah dia dan tajol rosli, bersama Ezam berusaha untuk mengembalikan Perak kepada Umno sebelum 31Ogos2008.kini Hamzah juga sedaya upaya mahu menghalang Anwar untuk menang di Permatang Pauh, segala pengalaman Jahat dan Fitnah diera Dr Mahathir dulu cuba diulang kembali agar Anwar gagal di Permatang Pauh. kebetulan artikel terkini mendedahkan kerja jahat Hamzah Zainuddin. lihat : http://malaysiakini.com/news/88240

Hamzah telah meninggalkan isteri pertamanya, Nooraini, seorang yang bersopan santun seperti mana wanita kampong yang biasa untuk berkahwin dengan isteri barunya yang kelihatan lebih bergaya, seseorang yang kononnya telah dapat menggoda Anwar. Antara kejayaan Hamzah ialah menjadi saudagar pengedar dadah yang diharamkan oleh Jabatan Vetirinar untuk ternakan babi dan ayam.Dan inilah cara bagaimana dia beroperasi.Hamzah menubuhkan sebuah syarikat diberi nama Medik & Kimia 2000 Sdn Bhd. Syarikat ini bertindak sebagai pengimpot tunggal secara resmi bagi Rhone Poulenc, sebuah syarikat yang ada kepentingan dengan kerajaan Perancis.Pengurus Besar Rhone Poulenc, James AW, mempunyai kepentingan dalam Medik dan Kimia 2000 dan bertindak sebagai ‘rakan tidur’

Medik & Kimia 2000 kemudiannya mengimport dadah untuk ladang terrnakan babi dan ayam dari Perancis.

Tetapi mengapa Rhone Poulenc perlu melantik Medik and Kimia 2000 sebagai pengimpot tunggalnya? Kenapa Rhone Poulenc tidak mampu mengimpot sendiri bahan-bahan tersebut?Kerana dadah tersebut tidak diluluskan oleh Jabatan Veterinar. jadi Hamzah ada lesen Besar untuk lepas dari pemeriksaan kerana dia adalah ahli Umno. ahli Umno ada lesen untuk buat apa sahaja tanpa halangan termasuk meletupkan seorang model dengan bom C4.mereka tak perlu disiasat, tak perlu ditahan , cukuplah dengan bersumpah ala Saiful. maka terlepaslah mereka atas segala rasuah komisen 500juta dan membunuh orang.

Tajol Rosli, Proksi Khairy (Ketua Pemuda Umno Perak), Hamzah & BPR Berkomplot

Tajol Rosli antara orang yang merestui segala Konspirasi dari pemimpin UMNO termasuk ketua pemudanya yang baik dengan Khairy. jadi soal arahan dari Putrajaya boleh dibereskan dengan mudah. kerana Khairy memegang kuasa disebalik PM Abdullah Badawi. Tajol Rosli bukan jenis orang yang pandai buat kerja kerja macam tu, kerana jahat Tajol Rosli hanya mengayakan sanak keluarganya di Pengakalan Hulu, hinggakan tanah yang sudah dianugerahkan Sultan untuk sekolah agama, diserahkan kepada tauke Balak yang juga kroni Tajol, begitu juga halnya dengan runtuhnya bagunan RM 4 juta diTasik Banding, Entah kenapa Pengarah BPR senyap sunyi sehingga tiada seorangpun dipertanggung jawabkan. Shamsiah.. Shamsiah.., semua cerita Rasuah Tajol kita akan dedahkan dalam artikel yang lain.Shamsiah juga sering kelihatan bertemu dengan pemimpin Umno di sekitar Ipoh. itu semua kita tunggu untuk didedahkan. yang penting kini jelaslah BPR menjadi (Badan Barua UMNO= Barua Pengamal Rasuah). Mereka akan lakukan apa sahaja demi jawatan dan pangkat. termasuklah ketua pengarahnya yang mukanya Panjang tetapi akal pendek.Mereka mengeluarkan kenyatan seperti mereka ketua cawangan Umno. Mereka mencipta bukti, mereka cipta Fitnah untuk memenuhi hasrat tauke mereka di Putrajaya, kalau BPR Perak boleh jadi barua Tauke kelab malam, inikan Tauke mereka di Putrajaya.

Saya Berharap agar semua jentera PKR ,PAS & DAP menyebar luaskan artikel ini kepada semua rakyat yang termakan dengan Media Umno, dan kalau boleh Fakskan ke pejabat BPR Perak tentang pendedahan ini, malah Fakskan bersama Dokumen Rasuah Rafidah Aziz dan terus membuat satu laporan kepada BPR agar Shamsiah dapat bertindak segera keatas Idolanya. Shamsiah juga mungkin harus bersedia menerima pembalasan seperti Musa Hassan dan Dr Qistina. cuma waktu yang dapat menentukan. Musa Hassan telah mendapat depositnya dari Tuhan. cuma dia menunggu saat penentuan. Ayuh semua jentera kita gerakkan kembali gerakan risalah..!! sedarkan rakyat atas komplot jahat mereka!!

Lawan Tetap Lawan

2 comments:

Anonymous said...

ARTIKEL DI ATAS TIDAK AKAN MEMADAMKAN TINDAKAN TIDAK BERMORAL AHLI PKR YANG BERSALAH...

SATU TAKTIK TIDAK BERJAYA KABURKAN KES RASUAH SEKS AHLI PKR DI PERAK YANG SANGAT JELAS DIAKUI BAHKAN DIIBARAT PULA SEPERTI SEDEKAH YANG TIDAK BOLEH DITOLAK..

ADAKAH TAWARAN PEREMPUAN PELACUR DIKIASKAN DENGAN SEDEKAH ?

AGAMA TAHAP GABAN/DEWA BARANGKALI ANAK BUAH ANWAR NI.

SKRG NAK TANYA, MCM MANA NI ? AHLI PKR MENGAKU TERIMA RASUAH SEKS...

LEPAS SEDAP DAPAT RASA ' ZINA ' TUP TUP KATA DIPERANGKAP PULA ?

SALAHKAN ORANG WALHAL DIA BOLEH TOLAK...

SIAP KIASKAN DENGAN SEDEKAH PULA. MANA BOLEH TOLAK SEDEKAH KATANYA..

NI LAH JENIS JAHIL SAMPAI PERINGKAT GABAN...

BODOH KE BENGONG NI ? SILA TANYA ANWAR IBRAHIM SELAKU PENASIHAT PKR...


SUSAH SEBENARNYA NAK BERSIH / TELUS NI...TAPI PELIKNYA TAK DENGAR AHLI PKR TU DIGANTUNG. ATAU DIPECAT.

MUNGKINKAH SELEPAS INI JIKA ADA AHLI MEREKA DITANGKAP MEREKA AKAN KATA RAMAI RAMAI SESUNGGUHNYA BPR JAHAT POLIS JAHAT SEMUA JAHAT DAN ' KAMI SEBENARNYA TELAH DIPERANGKAP ' ??


BACA BERITA NI :

Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

“Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

Rakannya, Zul Hassan yang merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada JAIP tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

Pada 25 Ogos lalu, Zul dan Ruslan yang merupakan Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) didakwa terlibat dalam skandal rasuah yang membabitkan seks manakala Fairul tidak didakwa.

Kes itu turut melibatkan dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa meminta dan menerima rasuah wang.

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.

Sementara itu, Zul yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini enggan memperincikan kandungan surat aduannya kepada JAIP itu.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.''

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Turut mengiringi mereka berdua ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias.


BERITA INI DIBAWA KHAS UNTUK ANDA OLEH :

PENULIS CYBER
http://beritamalaysiakini.wordpress.com

Anonymous said...

MB Nizar pun dh kena saman sb buat fitnah pasal ni.. Ummi pun nk ikut perangai tabur fitnah ke? Islam tk ajar umatnya mencaci n mencela apatah lagi memfitnah.. back to the basic, dlm Islam bkn sekadar ada hubungan dgn Allah, hbgn sesama manusia n makhluk pn kena jaga... itupun kalo ummi yg pengikut PAS ni faham.. sb ramai saudara saya pengikut PAS jg ttp tidaklah mereka berburuk sangka dan suka memfitnah, apa yg benar ttp benar dan yg salah ttp salah.. sb kita ni org ISlam dan pegangan kita tentulah pd Quran n hadis sahih.. bkn menjadi taksub kpd pemimpin sampai kita lupa dlm diam2 kita sebenarnya dh anggap pemimpim mcm tuhan

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil