Saturday, October 18, 2008
'alif mim nun wau...sarkis'..
suasana pemilihan amno ni ummi tak berapa minat nak ulas...macam serabut aje..
ada dalam filem p.ramlee amno ni disamakan dengan 'sarkis'..kata Sudin 'alif mim nun wau..sarkis' ....ummi pinjam ayat dia aje..
ye la.. mana la tak macam sarkis..dari mula Pak Lah menundakan tarikh pemilihan amno dan tidak akan pertahankan jawatannya...ramai la yg pasang angan2...dan masing2 nak ambil tempat penting dalam MT amno..sampai yg dah tak laku pun masih lagi mengharapkan ada kerusi kosong di MT utk dorang...baca sini..yang kena suruh undur diri pun ada jugak..baca lak kat sini.
ada yang mula2 dengan gah nya nak tanding jawatan kedua penting kat MT amno..last2 undur lak setapak cam dah kena jentik tinger ..baca sini..cehh bikin malu orang kampung aje...
Pemuda MCA macam dah jauh hati dan kecik hati dgn amno ni...tapi selalunya mesti membabitkan Khairy si mulut celupar tu sampai suruh dia juga di'ISA'kan..dah tu siap kena boooo lagi budak Khairy ni...apa nak dikatakan..awk tu cakap besor semedang..tapi ok la..kan seronok ada org kasi perhatian kat awk tu..hehehe
MCA juga minta kedudukan dominan Umno dalam Barisan Nasional dikaji semula...siap mintak tambah lagi satu jawatan timbalan pengerusi BN...
itu dengan kompenan BN...apa lak cite dalam amno sendiri...haru biru..kecoh..begedahamat sampai terpaksa panggil polis masa mesyuarat berlangsung...dan ada yg siap ugut2 nak letak jawatan pasai tak pueh hati..baca sini
walau apa2 pun kita tunggu dan lihat pada pemilihan amno bulan Mac nanti...jgn sampai ada yg baling2 kusi dah ler...ummi paham sikit2 aje pasal pemilihan MT amno ni...kalau ada yg tersilap ke..terlebih kata ke..harap maaf ler..pasal tak minat sgt pasal pemilihan MT amno ni..rasanya banyak lagi hal lain yg lebih utama yg patut di kupaskan dari isu pemilihan ni..
belum sampai bulan Mac dah ada yg baling kusi...yang menggemparkan oleh wanita amno plak tu...ngeh..ngeh..ngeh..hebat sungguh pemilihan kali ni..
mari kita lihat..sapa yang kena plak lepas ni...!!
apa2 hal kita TUNGGUUUU.....!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
translator..
by : BTF
Fakta Perak
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
No comments:
Post a Comment