"Kezaliman kerajaan BN terserlah, Johor mencatatkan sejarah terbaru apabila sebuah perkampungan Melayu telah dirobohkan. Turut hadir menyaksikan operasi perobohan tersebut ialah Ketua Penerangan DPPNJ, Sdr. Hamid Jamah dan Sdr.Zaaba Ibrahim (Exco DPPNJ) untuk bersama dengan rakyat melihat sendiri kedurjanaan UMNO terhadap rakyat Johor. Menurut lapuran setibanya di sana, Sdr Syed Osman Syed Abdullah @ Arab (Exco DPPNJ) telahpun ditangkap dan ditahan di Balai Polis Johor Jaya. Sementara itu turut hadir dilokasi ialah Sdr.Hasan Karim (Presiden PRM & Peguam penduduk Plentong) Sdr.Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS Johor) Sdr.Zabidi (Timbalan Ketua AMK Johor) Haji Kamaldin (YDP Kota Tinggi) Sdr.Rahim (YDP Pasir Gudang), Sdr Syamsul (Exco DPPNJ) dan beberapa pimpinan PAS, PKR & NGO yang lain.
Seramai 28 orang telah ditangkap termasuklah Sdr.Arab yang cukup terkehadapan dalam isu ini. Kami tidak dibenarkan untuk bertemu dengan mereka yang ditahan kerana proses siasatan sedang dijalankan. Harus diingat peristiwa Kampung Berembang. Kemuncak daripada kezaliman ini telah menjatuhkan BN di Selangor/WP dalam pilihanraya umum yang lalu. Kampung Plentong Tengah akan menjadi bukti betapa zalimnya pemerintah UMNO/BN dan UMNO/BN juga akan ditumbangkan di Johor kerana kezaliman yang mereka lakukan. Sumber: Khairul Faizi "
ummi..,
Tahniah kepada kerajaan Johor dan juga kerajaan yg memegang prinsip membela 'ketuanan melayu'...
apa yang korang susah hati...amno akan membela nasib orang2 melayu..tak caya..tengok la sendiri...tu bukan perkampungan orang melayu...tu perkampungan pendatang haram kot...korang salah pandang la tu..amno takkan sanggup buat lagu tu kat orang2 melayu...depa pembela orang2 melayu...pembela ketuanan melayu...!!
citt porraaahhhhh..!!
Demo Penduduk Kg Baru Plentong Tengah
4 comments:
Innalillahiwainnailaihirajon......
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembai.
Itu lah yg.harus kita ucapkan bila di timpa musibah.
Jangan salah siapa lagi...
Salahkan diri sendiri,
Yang baik dari Allah ,yg.buruk dari kita.
Dulu awal awal lagi,berpuluh puluh tahun orang berdakwah,tarbiyah,bersyarah,berceramah.
Jangan Undi UMNO(BN).
Jangan bagi kekuasaan Mutlak pada mereka.
Tapi dgn angkuh,bangga,mereka tidak memperdulikan,malah ada yg.sanggop bersekongkol menghina,mencerca.
Bila ini semuer berlaku kemana pemimpin yg.di aggongkan,mana pemimpin yang di puja.,ato dgn mudah kemana Zakrsi?kemana Hamid Albar,kemana Hishamudin?
kemana Khalid Nordin,kemana Mahyudin,kemana Sahril? ,kemana???????
Mereka tak ikut menanggis,mereka tidak akan ikuti perkembangan kepayahan kesusahan kita.
Mereka enak makan di Hotel,mereka enak bersama kluge.
Yg.datang menampakan simpati ada lah mereka yg.di hina dan di cerca.
Itu pon buat semantara saja ,akan ada yg.ingat.
Bila smuer sudah reda,dan pilihanraya hampir tiba,muka muka yg tengelam di waktu kesusahan anda,muncul dgn tawaran duit bersama beras sekampit sekilo gula.
Waktu itu yang sama sama menanggis sama sama dianggap saudara itu,di lupa.
Undi tetap pada Die,wajah kesayangan yg.sering keluar di TV,akhbar,dan smuer Media, dgn Seloggan,Ketuanan Melayu,Dan Agama di pertahankan , UMNO membela rakyat jelata,.
Dan kembali mereka menang.
Jangan marahkan kata kata saya,kerana kami Genarasi muda telah mempelajari sejarah,itu lah kesilapan yg.di ulang ulang ole rakyat Johor lebe 50 tahun lama nya.
Salam simpati kami berserta doa kesejahteraan semuer.
tak salah kalau kita katakan puak2 ni dari golongan yg Madey sebut2kan...'melayu mudah lupa'..ataupun 'cepat nyanyuk'..
Baca nie dulu......
Kronologi peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah:
1985 Penduduk meneroka tanah.
Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.
1986 KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat Mosbert.
1987 Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.
1989 Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.
1990 Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh ‘orang tengah’.
1991 Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.
1993 Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.
1993 Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.
1993 Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.
1993 Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.
1994 Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimula.
1994 Penduduk ‘menghilangkan’ RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.
1995 TNB membekalkan elektrik ke KBPT.
1996 Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana rasa nilai pampasan tidak setimpal.
1997 Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.
1997 Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.
1997 Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).
1998 Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.
1999 Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.
2000 Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.
2000 Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.
2002 Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.
2007 Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
2008 Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.
2008 Oktober : Hakim telah memberi surat kepada peguam yang menyatakan beliau cuti dan akan memulakan sebutan kes pada 29 Oktober 2008.Bukit Lenang Development tidak menghirau surat daripada hakim dan menetapkan pengusiran secara paksa pada 16 Oktober 2008 dengan alasan ingin merobohkan rumah-rumah yang telah kosong.
2008 Oktober 16: Penduduk Kg Baru Plentong Tengah mula berhinpun secara aman seawal 8 pagi. Pihak berkuasa telah membuat sekatan di jalan masuk utama kampong dan cuba berbincang dengan wakil penduduk. Peguam yang mewakili penduduk kampung tiba dan membantah perobohan rumah berlaku kerana sikap Bukit Lenang Development yang tidak menghormati perintah mahkamah supaya menunggu sehingga tarikh sebutan kes. Bailif Bukit Lenang Dev. Menyatakan yang beliau mendapat perintah daripada mahkamah tanpa notis bertulis untuk masuk ke kampung dan melaksanakan perobohan. Kekecohan berlaku dimana Pihak Berkuasa (FRU & PDRM) memaksa penduduk untuk bersurai. Penduduk enggan bersurai dan kekerasan telah digunakan oleh Pihak Berkuasa untuk menyuraikan penduduk. Pihak berkuasa masuk ke kampung untuk mengiringi jentera-jentera perobohan untuk melaksanakan perobohan rumah-rumah yang tidak berpenghuni lebih kurang 11.45 pagi.
la tak habih lagi...cop sambung sikit.
kat indraputra80 baik la kita buat kajian dulu sebelum kutuk terus. tak baik. cam yang paste tadi tu KNJ ada bagi pampasan kat dia orang berdasarkan kerugian asal mereka.
Tuk Ghani pun bagi tanag kat Bukit Dagang. Tak jauh sangat la kot. Tapi depa degil gak nak tanah orang gak dengan alasan depa dah kuar duit. Yang jadi masalah pemaju atau tuan tanah tak terima duit.
Yang pilu nya ada puak lain sapu duit. Benggali singh lak tu. Dia tak cukup duit nak semayang dan beli kain balut kepala baru dia kebas duit depa ni.
Siaaannnnn plak. Tapi nak buat camna kan nasib.........yang depa mula mula pegi serabuit tanah orang tu pun kira salah gak la tu.
Ni kalu Zaid Inrahim pun takleh buat apa ni Gorbind Singh depa tak mau pakai takut kena lesap lagi.
Nak kata apa tah..... haaa.... salah siapa??
Tanya lah diri sendiri kot. Dari Allah kita datang kepada NYA lah kita kembai?
Post a Comment