Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.
Dalam tempoh yang sama, harga diesel pula telah mengalami penurunan 38 sen berbanding RM2.58 sen seliter ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata peniaga wajar menurunkan harga barang keperluan selaras dengan penurunan harga minyak semalam. Perdana Menteri berkata peniaga sepatutnya menurunkan harga barangan keperluan secara sukarela tanpa menunggu kerajaan bertindak. "Itu adalah tanggungjawab sosial mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Program Semangat Merdeka 2008 dan perasmian Akademi Kenegaraan di Biro Tata Negara di Jalan Bellamy di sini.
ummi - alahai Pak Lah..mau ke dema ni turunkan harga secara sukarela..? kalau naik memang dema boleh buat secara sukarela...kalau nak dema turun secara sukarela,ntah bila lagi la tu...rakyat dah penat dengan permainan turun naik ni...
bukankah kuasa ditanagn kerajaan untuk memastikan harga barang diturunkan..peniaga ni kalau tak diarahkan..dorang buat dono je la...harap kerajaan bertindak tegas dalam hal ni..dan harap dapat disegerakan..kerana jasa baik Pak Lah akan dikenang sampai bila2...
'bapak borek anak rintik'...peniaga2 ni seperti anak yg mengikut jejak bapaknya...dulu kerajaan naikkan minyak tak hengat dunia...pastu nak turunkan harga minyak macam Hj.Bakhil nak keluarkan duit derma..terketar2 tangan....para peniaga pun camtu la jugak..masa naikkan harga laju aje..masa nak turun masing2 duk diam...nak salahkan siapa..PAK LAH JUGAAKKK..!!
No comments:
Post a Comment