Followers

Thursday, October 16, 2008

harimau mengganas di kampus...!!

Siberian Tiger by pixelstate.


'



Harimau Maut' mengganas pada kempen pilihan raya kampus (PRK) bagi sesi 2008/2009....

'Harimau Maut' ni ada bau2 bacang dengan 'Harimau Menaip' ke..?? wahh..nampak gayanya puak2 ghimau dah menunjukkan belangnya..tapi Tok Ghimau Menaip tak la seganeh dan sesamseng 'Ghimau Maut' ni..

Depa ni dikatakan telah bertindak mengganggu calon dan penyokong pro mahasiswa ketika sedang menjalankan tugas mereka sewaktu kempen PRK.

"Mereka ini (Ghimau Maut) telah bertindak mencabut dan menyembur cat merah ke poster-poster calon promahasiswa serta mengugut dengan tujuan untuk menakut-nakutkan kami,"Wakilnya, Mohd. Lukman Al Hakim Low Abdullah berkata..

Isu 'Harimau Maut' itu merupakan salah satu daripada sembilan tuntutan mahasiswa yang tercatat dalam Memorandum Terbuka Berhubung Tuntutan Terhadap Pilihan Raya Kampus 2008 kepada Naib Canselor UPM, Dato' Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, baru-baru ini.

ish..ishh..ishh..tau la ghimau ni raja di rimba..apasal boleh terlepas di pusat pengajian tinggi ni..Tok Ghimau Menaip..kasi jeling2 sikit kat depa2 ni...jentik sikit tinger depa..dak pun halau gi masuk utan balik..

sudah la kedudukan universiti negara kita takde tempat di mata dunia..apakah ini salah satu penyebabnya..?

7 comments:

kulatlapok said...

salam ummi...

Itu hari aku ada teklik satu post cite "Harimau dengan buah salaknya". Ni cite harimau juga.. memang Harimau lambang kemegahan negara.....

deMahdali said...

bagi warga UPM, menatang ne memang hampeh betol..ske buat kaco...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam mr.kulat..,

betol la tu Harimau lambang kemegahan negara..tapi jgn jadi lambang kebencian negara disebabkan mereka2 yg hampeh ni..pakai la kanggaroo..cipan ke..ular sawa ke..sian tok ghimau..hehehe

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam Demahdali..,

apa patut warga kampus buat pada menatang hampeh ni...?tangkap dan humban dia balik ke hutan..atau jadikan depa ni replika..?

Harimau-Menaip said...

Patutlah terbatuk-batuk sahaja 2-3 hari ni..

Ada cerita paneh pasal den rupo e..

deMahdali said...

mungkin kite bule hanr mereka ke zoo melaka....mane tau kot2 bule dapat gelaran dato'...:p

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

hahaha...Dato' Ghimau Maut ekk...lagi mengganas la depa..

tak boleh..tak boleh...!!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil