ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.
Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.
Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.
Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.
Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.
Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.
Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!
Miang, gatal, merenyam, mengelenyor...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.
Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.
Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.
Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.
Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun... baca selanjutnya disini.
ummi..,
Kali ni saya buat entry yg tak bersangkut dgn politik..kenapa..?
tapi ada kebenarannya..lelaki akan ketara berubah bila menjangkau usia ini...ini berdasarkan pengalaman saya terhadap suami saya....apa dia..itu rahsialah..bak kata SITI..'biarlah rahsia'..hehehe..nasihat saya kepada para isteri..kena bersedia dan tahu macamana nak berhadapan dengan suami yg menjangkau usia matang ini..
semalm ada hamba Allah yang sedang diambang 'umur matang' seperti artikel di atas...mintak pandangan saya tentang hasratnya untuk menikah lagi satu..kuang..kuang..kuang..terkedu kepala hotak saya..tak penah lak saya dimintak pandangan bab ni...apa tak nya..soalan cepu emas kepada seorang wanita...walaupun saya tak menentang poligami...tapi saya tak suka poligami yang mengabaikan kebajikan anak2 dan isteri..kalau nak kena ikut cara Islam dgn sebenar2nya..bukan sekadar kerana nafsu..
hamba Allah ni mempunyai keluarga yg harmoni..isteri yg solehah dan anak2 yg baik akhlaknya...tapi jodoh pertemuan di tangan Allah..dia diseru untuk menikah lagi satu dengan seorang ibu tunggal yg baru dikenalinya dia dunia cyber ini pada sebulan yg lepas...
niat dia nak menikah saya tak larang..kerana dia mungkin layak...tapi niat dia nak beritahu isteri dan anak2 dia menikah lagi selepas dia selamat bernikah..itu buat saya tak senang hati...bagi saya ianya seperti mengkhianat isteri dan anak2nya..apa salahnya diberitahu..dia izin atau tak itu belakang kira..janji isteri dah tau niat anda..dari dia tau dari org lain..sakitnya pun lebih tau...itu pendapat sya..org lain saya tak tau la...
bagi saya..kalau nak menikah kerana Allah..kenalah ikut cara Islam juga...niat menikah pun kena betul..kena mintak restu orangtua dan keluarga..baru la ada keberkatan...
maaf la pada hamba Allah ni...kerana kisah anda saya jadikan entry..niat utk mintak pandangan ramai dan mngkin boleh menjadi panduan untuk anda...mungkin anda diluar sana ada sedikit nasihat atau pendapat yg boleh hamba Allah ni jadikan panduan persediaan utk melayar 2 bahtera..bolehla beri respon anda...saya ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan ilmu..
wallahualam...
Tuesday, October 14, 2008
Life begin at 40...apa pendapat anda..?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
translator..
by : BTF
Fakta Perak
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
2 comments:
fitrah kehidupan seseorang dgn seorang yang lain tidak sama. kalau ada yg sama itu cuma kebetulan sahaja. nasib setiap kita telah tertulis dan telah ditentukan olehNYA. Bukan semua lelaki pada peringkat umur 40 sahaja yang mau atau baru mula mengorak langkah membuka cawangan baru... ada juga yang membuka cawangan pada usia jauh lebih muda dari 40.... apa pun soal buka cawangan adalah jodoh pertemuan seseorang itu, malah ia bukanlah sesuatu yang ditegah di sisi agama islam. isteri juga perlu saling ingat mengingatkan sang suami sama ada tindakan yang hendak dibuat itu perlu dan wajar?. kalau mendapat keizinan dari isteri ditambah dengan kemampuan zahir batin, boleh berlaku adil dan menjurus kepada kebaikan apa pula nak dihairankan plak. apa pun jangan sampai berpoligami dijadikan sebagai jenayah perkahwinan.....
kalau saya silap tolong perbetulkan,
Yang paling menyedihkan apabila umur 40 pintu hati tertutup untuk menerima kebenaran.
Jadilah fanatik.extrimist,dll.....
Atas apa yang saya perhati,mengkaji,membuat rujukan.....
ternyata MAJORITI kearah itu.
Dalam kitab besar Ihya-Ulumiddin ada cerita ini dengan dalil dan nas.
Janganlah tertipu dengan fahaman Orientalis.
Logiknya,keadaan semasa tanahair menjurus kearah itu.
PS.
Post a Comment