Followers

Thursday, October 16, 2008

SetPol MB Perak didakwa salahguna kuasa..

IPOH 16 Okt. — Dua laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dibuat terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki atas dakwaan salah guna kuasa.

Laporan pertama dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin di ibu pejabat BPR Perak di sini manakala laporan kedua dibuat oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman di pejabat BPR di Teluk Intan.

Zainol Padzi yang juga Ketua Pemuda Umno Perak dalam laporannya mendakwa Misbahul Munir mengeluarkan surat arahan meminta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus.


SetPol MB Perak menjawab..,

Misbahul Munir menyifatkan dua laporan BPR itu sebagai gimik politik oleh pihak yang ingin menonjolkan diri semasa musim persidangan perwakilan bahagian Umno sekarang.

"Seperti yang berlaku di masa lain, saya telah mengeluarkan surat memohon Pengarah JPS untuk memberikan kerja-kerja terbabit terus kepada JKKK ataupun melalui LPP kepada JKKK...tidak timbul soal mengarahkan kerana saya hanya memohon dan keputusan muktamad adalah ditangan Pengarah JPS, Datuk Ir Abdul Razak Dahalan," katanya.

Misbahul Munir berkata beliau sedia disiasat dan dipanggil BPR berhubung dakwaan berkenaan kerana ia adalah tugasan yang dilakukan dalam bidang kuasanya sebagai Setiausaha Politik.


ummi..,

inilah asam garam kerajaan PR bila amno jadi pembangkang..buat tuduhan rasuah banyak2.... berani kerana benar ustaz..depa dah takde keja nak buat...dorang nak kerajaan PR buat keja stail dorang,cara lama..mana boleh,cara PR buat keja dengan amno tak sama la..amno kenalah terima hakikat..

Lawan tetap lawan..

3 comments:

Anonymous said...

.......

manusia manusia.......
tetap sama.......
siapapun dia.......

ntah bila baru muncul pemimpin yang tidak bertopengkan 'ketidaktelusan' ini.......

para pimpinan PR kena lebih banyak muhasabah....... minta mereka buat koreksi cepat-cepat.......

saya percaya, kakak pun kekadang terfikir begitu.......

.......
salam

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam ryu-watanabe

manusia dibezakan dengan tahap keimanannya..tapi saya yakin dengan Ustaz Misbahul Munir ini kerana saya dah kenal dia lama dan dia merupakan YDP kawasan saya..

wallahualam..

mangchikla said...

JKKKP. Depa "Persekutuan" , hangpa mintak la ke Pesekutuan. Staet bagi la kat state, btoi dak? toksh dok jawap la ...muakaakkaak

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil