Followers

Tuesday, February 17, 2009

berhati2 kepada semua YB2...anda sedang diperhatikan....

http://frinodoc.files.wordpress.com/2007/03/14.jpg

Malaysiakini melaporkan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam tadi berkaitan gambar-gambarnya yang sedang tidur berbogel yang kini tersebar di internet dan MMS. Difahamkan foto-foto yang dirakam di atas sofa rumahnya itu diambil tanpa kebenarannya itu kemungkinan diambil oleh seorang bekas teman lelakinya.

Bagai mengantuk disorong bantal, Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bingkas mendesak Elizabeth meletak jawatan EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Ini (tidur berbogel) adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan," katanya kepada Malaysiakini.

Sama ada perbuatan Elizabeth tidur telanjang itu boleh digambarkan sebagai tidak bermoral bergantung kepada beberapa keadaan:

i) Adakah kelakuan seseorang itu di dalam rumahnya sendiri - makan, mandi, tidur, buang air besar dan buang air kecil dianggap tidak bermoral jika gambarnya di dalam keadaan sedemikian berjaya diambil oleh rakannya, musuhnya atau paparazzi yang khas diupah untuk tujuan memalukannya? Elizabeth dalam hal ini difahamkan diambil gambar ketika sedang tidur berseorangan di atas sofa rumahnya sendiri oleh bekas teman lelakinya.

Jika tidur dalam keadaan telanjang itu tidak bermoral, jika esok tersiar gambar Datuk Seri Najib sedang mandi telanjang di dalam kediamannya sendiri, wajarkah Khir Toyo menyatakan perbuatan Dato' Seri Najib itu sebagai tidak bermoral dan dengan itu Najib patut letak jawatan? Atau jika ada orang yang berjaya mengambil gambar Khir Toyo yang sedang buang air kecil separuh telanjang di dalam rumahnya, adakah perbuatan itu juga boleh dianggap sebagai tidak bermoral dan dengan itu beliau patut meletak jawatan sebagai ADUN dan Ketua Pembangkang Selangor? Atau bagaimana jika gambar seorang menteri sedang berjimak dengan isterinya yang sah disebarkan oleh paparazzi, adakah perbuatan yang sah disisi agama itu juga boleh dianggap tidak bermoral dan dengan itu menteri itu patut meletak jawatan? Jika semua benda yang kita lakukan didunia ini - tidur, mandi, buang air dan berjimak dengan pasangan yang sah disisi agama dan undang-undang dianggap sebagai tidak bermoral, maka ramailah wakil rakyat yang patut meletak jawatan kerana kehidupannya yang dianggap tidak bermoral.

ii) Dalam Islam, terdapat adab tidur, antaranya dianjurkan tidur dengan pakaian yang menutup badan. Tetapi Elizabeth bukannya penganut Islam dan kita tidak tahu sama ada dalam agamanya tidur telanjang itu diharamkan. Jika beliau tidur berseorangan dalam rumahnya dan tidur telanjang itu tidak diharamkan oleh agamanya, apa masalahnya hingga beliau perlu meletakkan jawatan? Lainlah jika Elizabeth itu Islam, tentu pandangan kita lain sedikit...

iii) Membandingkan kes Elizabeth dengan kes Dr Chua Soi Lek seperti yang diketengahkan oleh Khir adalah tidak masuk akal kerana natijah di antara dua kes ini berbeza, seperti beza antara langit dan bumi. Dr Chua sudah berkahwin, ada keluarga dan beliau melakukan sex dengan seseorang yang bukan isterinya yang sah. Elizabeth pula diambil gambar ketika dalam tidur dan beliau tidak menyedari gambarnya diambil. Mengambil gambar orang yang sedang tidur telanjang memang boleh menjatuhkan moral mangsa yang gambarnya diambil itu, tetapi bolehkah perbuatan yang sewaktu dengannya seperti mandi telanjang dan buang air kecil bertelanjang atau separuh telanjang di dalam bilik yang bertutup boleh juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak bermoral? Lainlah jika ada gambar Elizabeth sedang tidur dengan Dr Chua, Dr Khir Toyo atau Dato Seri Najib di sebelahnya, ia memang sah satu perbuatan yang tidak bermoral dan haram di sisi agama kita !

Beberapa minggu lepas wakil rakyat PAS, yang juga EXCO kerajaan negeri, Dr Halimah Ali telah didakwa oleh sebuah blog ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang. Walaupun pemilik blog itu kemudiannya telah meminta maaf kerana menyiarkan berita palsu itu, namun ramai yang tertanya-tanya ketika itu, siapa pula yang akan 'kena' selepas ini? Dan hari ini kita telah tahu siapa yang telah 'terkena' - Elizabeth.

Kepada YB-YB PR dan BN, mereka harus berhati-hati ketika sedang tidur, mandi atau buang air kecil. Jangan tidur telanjang, mandi telanjang atau buang air kecil telanjang atau separuh telanjang dan berjimak telanjang atau separuh telanjang dengan pasangan anda yang sah, takut nanti anda mangsa seterusnya.......

sumber pendikar gunung kriang

komen

5 comments:

GOMO said...

SALAM UMMI...
MASALAHNYA....
Difahamkan foto-foto yang dirakam di atas sofa rumahnya itu diambil tanpa kebenarannya itu kemungkinan diambil oleh seorang bekas teman lelakinya.

MACAM MANA DI KATAKAN TAMPA KEBENARAN????
TEMAN LELAKINYA AMBIL DI KATAKAN FOTO TAMPA KEBENARAN???

KALAU TAMPA KEBENARAN BAGAIMANA DENGAN TELANJANG BULAT DALAM PELBAGAI POSISI???

YE KE GAMBAR TU ELIZABETH TIDOR???
SETAHU SAYA GAMBAR TU DI AMBIL BUKAN SEMASA ELIZABETH TIDOR!!!

MORAL...MORAL....
LETAK JAWATAN!!!!

MuhD NoR AzyM said...

Salam..
Perasan tak semalam (16 Feb 09) ada keluar berita kat TV3 pendapat penduduk Bukit Lanjan? kelakar plak ak dgr.. Haha. Pertama kali pendapat "penduduk" disiarkan di media.

Gomo, persoalan je yg banyak ni..fakta mana? Dah tgk ke gambar tu?

Media Berat Sebelah.

GOMO: TANPA bukan TAMPA

Anonymous said...

Salam Ummi,

X bleh nak komen sbb x tgk gambar tu. Ada cara nak dpt gambar tu.. Ialah Undi Di Pensiangan dah nak dekat. Utk tatapan semua pengundi manalah tau menarik perhatian khasnya pengundi muda.

PKR barang baik punya

jenabnab said...

ramai artis melayu islam pakai baju separuh bogel , keluar tv dan majalah, pemuda pemudi islam yg buat maksiat dan minum arak berlambak2 ..tak ada pulak puak2 UMNO ni nak bising2 soal moral....yenadeii..kalau nak cerita soal moral, tengok cermin dulu...

gomol said...

gomo,

awak tengok ke gambar tu?. awak juga tak bermoral. tengok aurat orang

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil