Banner berukuran 12x4 kaki yang mengambil gambar panorama ketika hari penamaan calon (29hb. Mac, 2009) ini adalah hasil dari sumbangan berbagai pihak.... gambar panorama hari penamaan calon adalah sumbangan ibnibrahim... rekaan Dugong Darat dan sumbangan adalah dari pihak yang tidak mahu dikenali.
Pihak BlogNet hanya menerima panggilan dari pihak pencetak mengatakan bahawa bayaran kepada pihak pencetak telah dibuat dan kami hanya perlu menghantar design banner untuk dicetak... terima kasih kepada semua dan oleh kerana itu kami namakan banner ini sebagai "Banner Rakyat".
Kesemua banner ada 10 helai dalam 4 bahasa...Bahasa Melayu..Inggeris...Cina dan Tamil...semasa PRK ianya telah ditandatangani oleh beberapa orang pimpinan PR... Banner Rakyat telah dilancarkan dengan rasminya oleh Dato' Seri Ir Nizar dengan menandatangani salah satu dari Banner Rakyat. korang boleh tengok Banner Rakyat yang ditandatangani oleh Dato' Seri Ir Nizar yang telah digantung di Restoran Zamri...tapi la ni tak tau la masih ada atau sudah diambil balik oleh BlogNet untuk disimpan...ummi simpan satu banner yang ditandatangan oleh YB Nuruk Izzah...
3 comments:
cangih2
Tak kena gaya PRK dalam siri jelajah seluruh negara akan singgah kat Penanti sat.jom pakat heboh kat sana.Kalau SPR kata line clear….PRK kat Penanti biaqpilah One Alone in Malaysia kata dah boring PRK ni.Banyak fulus habis.wang besar wang besar tak ketahuan berapa kehabisannya.
Harapan tok lepas ni,siri jelajah PRK akan singgah di kawasan BN pulak.Lebih adventure dan mendebarkan.siap dengan lakonan pelagak ngeri lagi.
Ada kedengaran khabar angin Fairus nak join UMNO tapi tok tak berapa yakin.kalau dia nak masuk UMNO,tentu cara yang sama digunakan oleh tok wakil changkat jering dan behrang ditirunya.
Biarlah ia menjadi rahsia,cuma tok nak peringat sikit,kalau line clear kat Penanti,Bloggers jangan tunggu lagi.Kita mulakan kempen.Tok-tok wakil PR boleh buat siri ceramah sempena kemenangan di Bukit gantang dan Kuala Terengganu.Dah kira teori domino,satu persatu PRK dimenangi PR.UMNO-BN gigit jari dan tak kering gusi buat press statement nafikan kereputan kerajaan Persekutuanyang diperintahnya.
Tok bimbang akan berlaku serangan virus ultra kat bloggers PR seperti yang dialami Tranungkite.net.Anggaplah kita kura-kura tengah berlumba dengan arnab yang sombong.
Tok sempat jugak belek paper tentang negeri pasir dua butir.tok tak nak komen keputusan mahkamah tentang kuasa speaker.tok yakin bulan mei ini dun negeri akan bersidang.eloklah tok wakil perangatkan kembali kes dua tok wakil yang terlibat rasuah tu dan yang terbaru kes salahguna kuasa tok wakil changkat jering.
Menteri Pasola akan kehilangan 2 tok wakil bebas yang mesra UMNO.PR kena ikhtiarkan lagi 2 atau 3 orang lagi tok wakil UMNO agar boikot sidang DUN.Kalau dapat sepuluh budak hitam macam kat negeri Terengganu lagi bagus.senang kita nak bubarkan dun negeri pasir dua butir dan adakan pilihanraya.
Rakyat tengah memerhatikan kita.kali ni jangan ada calon tangkap muat.biar yang berkaliber.kelakuan menjolok mata tok wakil umno di Terengganu dan Perlis yang berperang sesama sendiri elok dijadikan panduan kepada kita semua untuk kuatkan lagi PR.
Manalah tahu.hilang negeri pasir dua butir,dapat pulak terengganu dan perlis.yabedabedoooooo.ayam tak patuk itik tak sudu.sambal belacan campur budu.najib diam terkedu
Salam ummi,
Sudi-sudikann ler ke blog mummy untuk menerima Bloggers'Friendship Award dari Mummy sebagai tanda pershabatan kita sebagai rakan bloggers dan untuk mengeratkan silatulrahim antara kita di alam maya!!
Post a Comment