Followers

Monday, April 13, 2009

dimana salahnya bukan Islam baca petikan ayat Al-Quran..?

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

7 comments:

zz said...

Nga Kor Ming baca ayat al-quran utk berpolitik ke atau mempelajari islam..apsal Nga Kor Ming tak baca ayat utk negara islam? baru la dap tak menolak negara islam akan datang

perakmari said...

mula2 baca Al-Quran untuk berpolitik..lama2 baca Al-Quran untuk mendalami Islam...

kalau orang bukan Is;am tak boleh baca Al-Quran..bila umat Islam nak bertambah..??

semoga dia diberi hidayah..

Atuk Banjar Masin said...

Salahnya DAP gunakan untuk kepentingan politik sahaja.

Anonymous said...

Niat DAP yg menjadi isu. Mereka hanya menggunakan ayat al quran supaya orang menyokong mereka. Umno dan pas juga tak dibenar guna ayat quran jika tujuannya salah.

Anonymous said...

krisis ekonomi adalah tanggungjawab pemerintah negara,pemerintahlah yang sepatutnya sudah bersedia untuk menangani krisis ini,apa keupayaan yang ada pada Pakatan Rakyat, melainkan berusaha untuk mengambil alih pemerintahan supaya Pakatan Rakyat mempunyai kuasa mencari jalan untuk menangani krisis ekonomi negara ini

pelempangjepon said...

Salam ummi,

bagi menjawab persoalan berkenaan isu saudara YB Nga ini diharap dapat ke ruangan ini ^_^ lebih tepat dan padat

Hina Islam atau "Muslim"?

http://saifulislam.com/?p=5175

C4U said...

Bagi aku senang:

SEDAR TAK KORANG ERTI "KAFIR"?

KAFIR = INGKAR

Ada 3 jenis manusia sejak Nabi Adam a.s sampai sekarang:

1)BERIMAN
2)JAHILLIAH
3)KAFIR

Yang BERIMAN tak payah aku syarah panjang budak tadika KEMAS pun tau.

JAHILLIAH: Manusia / masyarakat sesuatu tempat yang TAK PERNAH SAMPAI KEPADA MEREKA nur agama ISLAM @ agama HANIF @ agama TAUHID yang menEsakan ALLAH s.w.t. Rujuk balik masyarakat Mekah sebelum & semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

KAFIR: Manusia / masyarakat sesuatu tempat yang TELAH SAMPAI SYARIAT ALLAH KEPADA MEREKA MELALUI NABI2 & RASUL2 TETAPI MASIH MENOLAK BULAT-BULAT KEBENARAN. Lihat kaum Nabi Musa a.s & sebahagian masyarakat Arab Jahilliah daripada kaum Kafir Quraisy yang tetap menentang Baginda s.a.w hatta kebenaran TELAH dibentangkan di depan mata mereka.

Jadi, aku berpendapat, dakwah Islam di bumi Malaysia ni telah KORUP sejak sekian lama dek wujudnya ulama seperti HARUS SANA SINI! Korang pikirla, macam mana non muslim nak jinak dengan Islam selagi dorang dichop sebagai "KAFIR"? Sedangkan pengkelasan yang tepat bagi mereka ialah "masyarakat JAHIL"!

"Masyarakat Jahil" WAJIB kita beri pedoman, BUKAN kita sisihkan awal2 lagi dengan 1001 dogma yang menjauhkan dorang dari Islam! Cuba korang suruh panggil korang "woi KAFIR", apa perasaan korang, mesti down takpun rasa nak terajang muka member korang?!

Tutup cerita, aku TERAMAT SETUJU bahawa UMNO lah KAFIR sebab INGKAR TERHADAP ARAHAN ALLAH MENDAULATKAN ISLAM & MENGAMBIL HUKUM KUFUR LORD REID DALAM MENTADBIR NEGARA!!

Ada orang UMNO / "ustad" UMNO tak puas hati dengan statement aku? Aku ucapkan kepada korang yang "KAFIR":

PEGI MAMPOSSSS!!!!!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil