Followers

Sunday, April 12, 2009

public hearing hari terakhir

Sidang pendengaran awam yang diadakan oleh kerajaan Negeri Selangor benar-benar membuka mata dan fikiran sesiapa sahaja yang mendengar dan membaca akan segala penyelewengan yang boleh dilakukan oleh mereka yang memegang kuasa.

Dalam hal yang berlaku di Selangor, ianya mendedahkan bagaimana Khir Toyo yang menjadi Menteri Besar ketika itu dari tempoh tahun 2000-2008 telah menggunakan jutaan ringgit wang kerajaan negeri melalui anak syarikat negeri Selangor untuk meraikan dirinya dan keluarganya.
Pada masa yang sama ahli pengurusan syarikat juga turut merasa menumpang nikmatnya atas nama 'lawatan kerja atau lawatan teknikal'. Kemudiannya di dalam laporan tahunan letakkan saja selonggok sejumlah wang ke bahagian sumbangan tahunan BALKIS, atau pun sumbangan kewangan Amal Balkis. Senang bukan????
Untuk makluman juga Datin Khairiah telah diarahkan untuk bercuti selama sebulan bersama dengan Pengurus Kewangan PNSB lantaran penyiasatan yang sedang dilakukan berikutan pembelian unit apartment di Arab Saudi..Baca juga di sini mengenai pendedahan yang lebih menakutkan...keluar wang RM25 juta instead of RM8 juta yang diluluskan...semuanya semasa Khir Toyo menjadi Pengerusi PNSB dan Datin Khairiah sebagai CEOnya...Datin Khairiah mengakui dirinya sebagai akrab dengan Zaharah Kechik. Perbelanjaan yang banyak dibelanjakan ketika Datin Khairiah menjadi CEO...
Ikuti sesi soal jawab antara JK SELCAT dan CEO PNSB Datin Khairiah Abu Hassan. sambungan dari entry yang di bawah.
Dibawah adalah soal jawab untuk lawatan teknikal ke Jakarta bagi melawat perusahaan Batik di sana bagi direalisasikan di Selangor.
Soalan dari YB Saari: "Atas kedudukan apakah Khir Toyo di dalam lawatan tersebut, Menteri Besar ataupun Pengerusi PNSB?"
Datin Khairiah: "Pengerusi PNSB"
Soalan : " Adakah menjadi kelayakan membawa isteri jika libatkan Pengerusi?"
Datin Khairiah : "Boleh bawa isteri"
Soalan : "Ada procedure atau tidak tentang kelayakan siapa boleh ikut"
Datin Khairiah: "Tidak ada"
Soalan : "Jadi apakah ikut budibicara, boleh bawa anak2 dan pembantu rumah"
D.K : "tak pasti setakat mana"
YB Teng : "Apakah hasil dari lawatan tersebut"
D.K : "dah buat perancangan, sudah ada tanah untuk buat galeri tetapi terpaksa dibatalkan"

Susulan dari lawatan teknikal ke Morocco melalui London dari 17 hingga 24 Disember 2004. Lawatan ini jga singgah di Disneyland di PAris.

Perbelanjaan yang terlibat ialah sebanyak RM916,000.00 untuk dua lawatan.

diambil dari Malysiakini.

Lawatan pertama ialah kumpulan pasukan peninjau bagi meninjau tempat yang akan dilawati. Kos yang terlibat ialah RM366,000.00. Untuk ini YB Teng membuat komen "ini bukan lawatan masuk hutan yang mesti dihantar pasukan peninjau dulu untuk lihat selamat atau tidak..."

Kos untuk delegasi yang kedua pula ialah RM416,000.00. Rombongan ini juga telah singgah selama 4 hari di Dubai dan membelanjakan lagi sejumlah wang di sana. Bila ditanya kenapa singgah di Dubai, Datin Khairiah menjawab "transit" dan disambut dengan gelak ketawa dari semua yang hadir...transit sampai 4 hari!!!!.....

Sekali lagi Datin K memberi sebab lawatan ialah lawatan teknikal untuk melihat dan mempelajari tentang senibina bangunan di sana. Datin Khairiah turut serta dalam lawatan tersebut. Dia mengaku dirinya sebagai seorang Perancang Bandar bila ditanya jika lawatan teknikal mesti ada orang yang berkaitan yang turut serta seperti arkitek dan lain-lain.

Soalan : "Apakah tindakan susulan dari lawatan teknikal tersebut"

D.K : "ada dibincangkan tapi tak terlaksana"

Lawatan terkini dan mungkin yang terakhir ialah ke Honolulu dan Orlando Disneyland pada 23/12/07 hingga 1/1/2008. Rombongan ini diikuti bersama 6 orang Lembaga Pengurusan PNSB termasuk Datin Khairiah, Datin Paduka Norhayati Onn, Tn Haji Radin Mokhtar, Mohd Yusof Joned, Norizan Abu Bakar (HR) dan Pengurus Projek. Turut serta 3 orang anak-anak Menteri Besar serta seorang pembantu dan seorang anak Datin Khairiah.

Penginapan mereka di sana ialah di Walt Disney Dolphin Hotel. Penginapan untuk Khir Toyo, isteri dan anak-anak ialah di Suite Room dengan tiket penerbangan 1st Class.

Datin Khairiah menegaskan yang PNSB tidak membayar kos perjalanan anak-anak Khir Toyo walaupun tidak ada buktinya.

Kos penerbangan untuk Khir Toyo dan isteri ialah sebanyak RM 48,000.00 dan penginapan suite room RM110,000.00

Walaupun alasan mereka ke sana adalah lawatan teknikal untuk memahami konsep pembinaan Disneyland Orlando dan Disneyland Honolulu, namun mereka lansung tidak bertemu dan bermesyuarat dengan ahli pengurusan di kedua-dua Disneyland tersebut. Sebaliknya setiba mereka di sana mereka dijemput mesra oleh Kakitangan Tourism Selangor Sdn Bhd dan memasuki ke Disneyland dengan membeli tiket dan menggunakan khidmat Tour Guide sama seperti situasi orang yang pergi bercuti dan melancong.

Rombongan ini turut melawat Miami Beach dimana YB Azmin memberi komen "bahaya tu". Mereka juga melawat Kennedy Space Center, juga ke Pearl Harbour, China Town, Dinner Cruise dan Island Tour.

Alasan ke Disneyland ialah dengan harapan untuk membuat satu theme park di Bagan Lalang. Bila ditanya sudah adakah tapak tersebut dan berapa luas tanahnya, Datin Khairiah menjawap "sudah ada di Sepang Gold Coast dengan keluasan tanah 20 ekar"

YB Teng kata "kecil saja, kenapa susah-susah nak ke disneyland, pergi saja ke Genting Highland".

Datin Khairiah menyebut untuk setiap perjalanan Khir Toyo yang menetapkan tarikhnya yang kesemuanya trip ke Disneyland bertepatan dengan tarikh cuti sekolah dan peak season.

Satu lagi pendedahan ialah di dalam lawatan tersebut mereka juga telah membawa sejumlah USD30,000.00 yang menurut Datin Khairiah ianya dipegang oleh Pegawai Human Resource Puan Norizan Abu Bakar (beliau turut serta dalam sidang SELCAT duduk di sebelah Datin Khairiah).

Wang tersebut ialah untuk kegunaan perjalanan dan makan, walaupun pada hakikatnya seperti yang telah dibentangkan sudahpun termasuk dalam kos 'ground arrangement' mereka.

Pendedahan lain ialah mengenai perbelanjaan ke Hong Kong dan Tokyo pada tahun 2006 dengan perbelanjaan sebanyak RM88,388.00.

Bila ditanya Datin Khairiah menjawab lawatan kerja, bila ditanya berulang kali akhirnya Datin Khairiah terpaksa akur dengan menjawab "no specific program"...bermakna cuma lawatan leisure ke Disneyland dan shopping2 lagi.

Namun YB Haniza menarik perhatian Datin Khairiah tentang laporan kewangan tahunan PNSB, di mana letaknya jumlah tersebut. Datin Khairiah menjawab "tidak tahu" dia tidak terlibat.

YB Haniza bertanyakan adakah diletakkan jumlah yang dibelanjakan ke Hong Kong dan Tokyo di ruangan "sumbangan kewangan program2 amal BALKIS", kerana jumlah nya sama.

Akhirnya YB Teng berkata " Adakah Datin telah memberikan keterangan yang palsu untuk fakta diatas atau PNSB menganggap lawatan suka-suka ke Hong Kong sebagai program amal BALKIS?"

Datin menjawab "program amal BALKIS".

Maka Siasatan Awam yang dijalankan oleh SELCAT berakhir setakat ini sahaja. Laporannya akan dikeluarkan oleh JK SELCAT.

Ooooppss...ada satu lagi pendedahan yang juga melibatkan MAIS...didedahkan sendiri oleh CEO PNSB ini, lawatan untuk menyaksikan Moto Show di China sambil menemani DYMM Tuanku Sultan sebanyak RM88,000.00. Ikut jadual yang disertakan hanya breakfast, lunch, dinner and GOLF...

...juga beberapa kesilapan dalam pengeluaran bayaran untuk invoice perjalanan dan lawatan yang melibatkan jumlah sebanyak RM600,000.00 untuk invoice yang didapati pada awal tahun 2008 tetapi dibayar pada penghujung tahun 2008...nota di invoice bertulis "please arrange payment-21/12/08"

....issh... apakah akaun PNSB ini diaudit...banyak sangat silapnya.....

Berakhirlah sebuah episod kehidupan penuh dengan kemewahan atas wang rakyat yang dilalui oleh Khir Toyo dan isteri beserta beberapa orang lagi....juga pembayaran membuta tuli tanpa usul periksa dan soal siasat oleh anak syarikat kerajaan Negeri...jika dicampur kesemuanya entah berapa banyakkah yang telah dibelanjakan oleh mereka....sedangkan rakyat ada yang hanya mampu kais pagi makan pagi sahaja....Khir Toyo masih mahu mendabik dada kerana dia rasa dia masih selamat berada di bawah payung UMNO dan Barisan Nasional.

sumber UmmuAsiah

6 comments:

Anonymous said...

memang celaka depa nie, perabihkan duit rakyat sewenang2nyer, buat enjoy, woi mangkuk celaka, org lain nak makan susah, sakit tak der duit nak masuk hospital, korang bazirkan duit rakyat cam gitu jerk, no wonder syarikat kerajaan lingkup semuanya di kebanyakkan negeri di malaysia nie, pemimpin babiiiii

Anonymous said...

tahniah kepada pengkhianat ugama Islam, kerana orang totok spt andalah maka Islam kalah di bukit gantang...esok bolehlah ummni dan anak ummi berbogel, pakai skirt pendek-pendek macam di Singapura sbb klu nak dapat kerja lepas ni kena pakai skirt pendek. dan ada nama macam Cina..ini pengalaman saya sendiri bila kena interview dgn syrkt Singapura tahu! Elok Dr Olok Olok juga buka sahaja tudung tu, tak guna pakai tudung klu masih nak menangkan Nizar..apa prinsip perjuangan anda dalam PAS?

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

tanpa nama 17:52..lain kali tolong buh nama penat mak pak hang kasi nama hang taknak guna..

ummi nak tanya la beberapa soalan...zaman sekarang ni takde ke anak dara melayu yang pakai skirt pendek2..?yang tak ada dara pun dah berlambak...yang berani tayang body pun dah banyak tersidai tepi2 jalan..apakah ini didalam pemerintahan PR..? adakah ianya berlaku hanya kerana memenangkan Nizar...?apa hak anda nak suruh org yang bertudung bukak tudung..?

kalau nak buat tuduhan biar la cerdik sikit...nampak sangat IQ cetek...maaf la kalau terasa..kalau boleh tolong jawab soalan ummi tu ye..

Anonymous said...

Islam ape yang kalah kat Bukit Gantang tu weh? Islam had-hari? Pakai tudung ikut musim. Nak keroje bukak tudung. Anak sedara teman jadi akauntan kat Ireland. Lepeh 2 tahun naik pangkat (Dia biasiswa FAMA = Father Mother ye. Bukan duit UMNO). Idak pulok deme suruh dia bukak tudung. Ireland tu negara kapior tau dak? Teman kenal ade beberapa orang lagi anak2 Melayu yang keroje kat sana. Semuanya tertib bertudung. Orang kapior omputih pun faham hak orang Islam. Orang UMNO je yang suka2 buat "Islam" sendiri. Mike yang bodoh, nak marah pulok sebab UMNO dah kecundang kat Bukit Gantang.

Anonymous said...

Mesti la kita nak totok Islam.tanpa nama nak totok apa lagi...

Ikemen said...

salam akak ummi, si tanpanama 17:52 tu takde akai, senang je..

bodoh, sebab..
1) Islam tak kalah di Bukit Gantang.
(1X bodoh)
2) menggalakkan maksiat ".esok bolehlah ummni dan anak ummi berbogel, pakai skirt pendek-pendek macam di Singapura sbb klu nak dapat kerja lepas ni kena pakai skirt pendek. dan ada nama macam Cina..ini pengalaman saya sendiri bila kena interview dgn syrkt Singapura tahu! Elok Dr Olok Olok juga buka sahaja tudung tu"
(1X bodoh)
sy nak bg pendapat sikit,
1)apa kata kak ummi minta blogger2 lain pastekan sesi public hearing ni kat blog depa.
2)bleh x tlg send laporan public hearing ni kat blog khir toyo?
3)tlg cadangkan laporan public hearing ni dibukukan.saya nak beli.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil