“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” [al-Nahl 16: 90]
Apabila Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis daripada DAP dan beragama Kristian memetik firman Allah daripada al-Quran di atas untuk memberitahu hadirin tentang kedudukan KEADILAN dan BERLAKU IHSAN dari perspektif al-Quran, apakah ini suatu penghinaan terhadap Islam?
Nga Kor Ming salah menyebutnya? Betulkanlah sebutannya.
Bukankah kita kaya dengan guru tajwid di sana sini?
Betul sangatkah sebutan-sebutan ayat al-Quran oleh perwakilan-perwakilan parti yang Melayu dan Muslim itu? Betul sangatkah ucapan Datin-datin dan Puan Sri semasa menyebut ayat al-Quran dalam ucapan-ucapan perasmian mereka? Sepatutnya salah sebutan itu diiringi oleh usaha membetulkan sebutan, bukannya berbondong ke Balai Polis membuat laporan!
Sikap inilah yang menghairankan saya.
Terlalu defensif.
Masjid dikurung, Quran dibendung, yang lulus untuk kegunaan non Muslim hanyalah rumah-rumah terbuka pada hari perayaan Islam! Kemudian layakkah kita tertanya-tanya tentang punca Islam menjadi mandul di negara kita?
Sila tanggalkan kasut anda di sini, dan ketahuilah di sini juga kawasan pencuri kasut! Banyak betul benda pelik di masjid-masjid kita
HINA ISLAM ATAU MUSLIM?
Soalan tadi belum berjawab. Apakah ketika seorang Ahli Parlimen beragama Kristian memetik ayat al-Quran tentang ADIL dan IHSAN sebagai asas seruannya untuk semua Muslim dan non-Muslim menolak KEZALIMAN, adalah suatu penghinaan terhadap Islam?
Saya yakin, jawapannya mudah.
Ia bukan penghinaan terhadap Islam.
Ia adalah PENGHINAAN terhadap MUSLIM. Iaitu Muslim yang mengaku Islam tetapi tidak beramal dengan Islam. Muslim yang sensitif dengan salah baca al-Quran, tetapi tidak sensitif dengan pembekuan al-Quran dari asas pemerintahan.
Nga Kor Ming ‘memang patut didakwa’.
Tetapi bukan dengan dakwaan menghina Islam.
Sebaliknya Nga Kor Ming patut didakwa kerana menghina ‘Muslim’. Muslim yang bermain-main dengan Islam. Permainan yang menjadi punca terhinanya Muslim itu sendiri, siang dan malam.
“… Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian al-Kitab dan mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari Qiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” [al-Baqarah 2: 85]
Jangan sampai Muslim di Malaysia jadi seperti kaum Abbasiyyin di Baghdad pada tahun 1253. Setelah nasihat-nasihat ulama’ Muslim tidak diendahkan, dan lekanya mereka dengan maksiat, akhirnya Hulagu Khan yang kafir itu ber’tazkirah’ di pintu kota Baghdad bersama bala tenteranya, “Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan!”
Tatkala Muslim ditempelak oleh seorang kafir tentang agamanya sendiri, itulah saat-saat kehancuran mereka. Mahukah kamu beringat-ingat?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
10 comments:
SALAM UMMI...
MASAALAHNYA ADAKAH SI CINA KRISTIAN INI IKHLAS DALAM MENYAMPAIKAN FIRMAN ALL DARI
AL-QURAN INI???
DALAM POLITIK???
ADUH...SANGGUP MEMMAINKAN AGAMA BAGI MERAIH UNDI....
SEBUSUK-BUSUK UMNO TIDAK PERNAH BERTINDAK DI LUAR BATASAN.
salammm bang GOMO
SOAL IKHLAS GOMO BOLEH TAHU KE????
TEPUK DADA TANYA HATI BRO....
SOAL IKHLAS ALLAH S.W.T SAJA YANG TAU..
KENAPA HAPRAK TAHAP KARAT SANGAT UNTUK BERCAKAP TENTANG AJARAN ALLAH???
KENAPA DIA BERCAKAP DALAM CERAMAH POLITIK???-UNTUK HAPRAK SEDAR MAKSUD SURAH TERSEBUT LAAA....
LASTLY,KALAU DAH TAHU UMENOOO TU BUSUK,APA TUNGGU LAGI????NAK JADI BANGKAI KER???
wahai bangsa melayu ku.. bersatukah.. sejarah sudah membuktikan kita adalah bangsa yang mudah tertipu. jangalah tertipu lagi sekali. berikutkan satu komen daripada website yang menarik perhatian saya. walaupun agak lantang.. tapi bila difikirkan, tidak kurang betulnya. fikir fikirkanlah. bila menyokong mesti ada batasan juga. tidak kiralah jika kita anti kerajaan ke atau pro kerajaan.
"itulah korang semua tak tahu. mca, dap semua tu bawah satu naungan cpm. Chinese Party Of Malaysia. Sedangkan bangsa cina pun memperjuangkan bangsa sendiri. Ape ape pun mereka akan sepakat sesama sendiri. Tak heranlah kalau BN jatuh sebab petualangnya mca jugak. Kalau kafir kafir jugak.Mampus mana setia tak setia.. sape menang dan meng-offer perut die kasi kenyang je lah dia sokong. Baru bakul guni die boleh isi dengan emas. Korang ingat kalau PR tu jadi kerajaan boleh jadik Islamic state ke?. haram tak dapat. Kalau bawah BN islam agama rasmi. Bumiputera orang asal. Kalau bawah PR. Takde sape bumiputerea. Tak ada agama yang agama rasmi. Pastu baru lah penyokong PAS terasa.. aih, tertipu aku rupanya selama ni. Orang Melayu yang menyokong PR pulak terduduk bile anak cucu diorang tak dapat masuk universiti. Jadik operator atau tukang sapu jalanan je lah. Kata tak ada duit nak bayar tuition.. macam orang cina kan majority berduit tiap tiap hari dapat mak bapak bayar tuition. Siap ada computer programme untuk ajar version 3D lagi. Atas nama kesamarataan, sape score dia lah yang punya. Lu miskin gua apa kisah. Sapa suruh lu miskin. Nasib engkau lah keturunan nenek moyang kau dulu petani. Nenek moyang aku lombong bijih timah. Nasib engko lah kau kena tipu dengan British sampai kena jajah, dapat nenek moyang aku carik makan kat negara engko yang penuh dengan orang orang bodoh tak sedar diri macam engko. Dah memang nasib engko kena jajah kat negara sendiri. Dah engko bodoh sangat senang makan tipu helah gua sapa suruh."
Kalau betul kita hendak berdakwah, berdakwahlah kepada saudara seislam dahulu sebelum berdakwah kepada saudara kita yang bukan islam tetapi dalam masa yang sama memusuhi saudara seislam kita. Kalau ikhlas kita hendak berdakwah, kita tak memerlukan party politik untuk menyebarkan dakwah kita.
Cina Kristian DAP tu memang tak salah kerana dia semangnya kafir harbi, dan tempatnya di neraka jahanan kecuali jika di beriman dan memeluk Islam, fasih macamnan pun dia membaca Alquran dia tetap Kafir harbi. dan tempatnya di neraka jahanam. Yang menjadi masalahnya ialah orang Islam yang tidak merasa apa-apa apabila orang kafir menggunakan Al quran untuk berpolitik bukan untuk mencari kebenaran Alquran.
Janganlah mengata orang hina kerana kita perasan kita yang mulia. Setiap orang ada hak menganut mana-mana agama. Tunjukkan bukti sains sekiranya orang kafir tempatnya di neraka.
cantik statement gomo? umno xpnah bertindak di luar batasan. hehehe. Gomo ni memang buta sejarah ka apa?
mungkin time mahathir membuat ucapan menghina Sunnah Rasulullah s.a.w tu (janggut) dia x lahir lagi kot? mungkin jugak dia baru blaja bercakap bila mahataik ckp Islam tu tiada apa melainkan anutan sahaja. dan mungkin jugak dia baru balaja menulis masa mahataik menghina hukum hudud masa perhimpunan agung umno dulu. nak bukti? pi tanya RTM kalau diorg simpan lg rakaman ucapan ni. tu pun kalau diorg simpan la.
heh."SEBUSUK-BUSUK UMNO TIDAK PERNAH BERTINDAK DI LUAR BATASAN." ye la tu
Orang Kafir sememangnya tempatnya di Neraka jahanam kecuali orang kafir yang gila atau yang tak pernah di sampaikan dakwah Islam kepadanya. Agama adalah kepercayaan dan tak perlu bukti sains untuk itu, kalau tak percaya tanyalah orang PAS atau Ustaz Nik Aziz.
Undi PAS boleh masuk Syurga apa. sebab tu cina kat PERAK undi PAS boleh masuk syurga !!!!! PAS
Bagi aku senang:
SEDAR TAK KORANG ERTI "KAFIR"?
KAFIR = INGKAR
Ada 3 jenis manusia sejak Nabi Adam a.s sampai sekarang:
1)BERIMAN
2)JAHILLIAH
3)KAFIR
Yang BERIMAN tak payah aku syarah panjang budak tadika KEMAS pun tau.
JAHILLIAH: Manusia / masyarakat sesuatu tempat yang TAK PERNAH SAMPAI KEPADA MEREKA nur agama ISLAM @ agama HANIF @ agama TAUHID yang menEsakan ALLAH s.w.t. Rujuk balik masyarakat Mekah sebelum & semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
KAFIR: Manusia / masyarakat sesuatu tempat yang TELAH SAMPAI SYARIAT ALLAH KEPADA MEREKA MELALUI NABI2 & RASUL2 TETAPI MASIH MENOLAK BULAT-BULAT KEBENARAN. Lihat kaum Nabi Musa a.s & sebahagian masyarakat Arab Jahilliah daripada kaum Kafir Quraisy yang tetap menentang Baginda s.a.w hatta kebenaran TELAH dibentangkan di depan mata mereka.
Jadi, aku berpendapat, dakwah Islam di bumi Malaysia ni telah KORUP sejak sekian lama dek wujudnya ulama seperti HARUS SANA SINI! Korang pikirla, macam mana non muslim nak jinak dengan Islam selagi dorang dichop sebagai "KAFIR"? Sedangkan pengkelasan yang tepat bagi mereka ialah "masyarakat JAHIL"!
"Masyarakat Jahil" WAJIB kita beri pedoman, BUKAN kita sisihkan awal2 lagi dengan 1001 dogma yang menjauhkan dorang dari Islam! Cuba korang suruh panggil korang "woi KAFIR", apa perasaan korang, mesti down takpun rasa nak terajang muka member korang?!
Tutup cerita, aku TERAMAT SETUJU bahawa UMNO lah KAFIR sebab INGKAR TERHADAP ARAHAN ALLAH MENDAULATKAN ISLAM & MENGAMBIL HUKUM KUFUR LORD REID DALAM MENTADBIR NEGARA!!
Ada orang UMNO / "ustad" UMNO tak puas hati dengan statement aku? Aku ucapkan kepada korang yang "KAFIR":
PEGI MAMPOSSSS!!!!!
Orang yang tiada syahadah tidaklah benar dia tidak diterima walaupun doa air mata darah sekalipun,,Hafalah quran 114 surahpun..\inggat rahsia agam jangan dibuka pada yang bukan islam sebelum dia islam
sebab itulah bacaan iqra` dari nabi muhammad saw selepas syahadah
dari manusia kemanusia itu tak salah tapi dari membela yang bukan islam adalah bermasaalah
Post a Comment