Followers

Monday, May 18, 2009

BERITA PELIK....BN taknak bertanding di Penanti..!!

apa nak kita katakan ye..? kita nak rasa seronok ke...rasa terkilan ke..? rasa pelik ke..??
tapi yang pasti BN tak berani..oppsss bukan tak berani..cuma BN tak bersedia lagi untuk menghadapi pilihanraya kecil...selama ini baru inilah pertama kali BN berkelakuan begini..adakah ini tanda2 buang tebiat..?? selalu orang yang berkelakuan buang tebiat ni dah nak dekat...........ntah la..tak berani nak sebut

keputusan untuk tidak bertanding di PRK Penanti diumumkan oleh Pi Em 1 Malaysia Najib Tun Razak sebentar tadi selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno..

BN 'TAK BERSEDIA' ..!! betul ke ni... BN 'TAK BERSEDIA' ..tapi mengikut tilikkan Nujum Pak Belang...kalau BN bertanding depa takkan menang...tu pasai depa kata depa tak bersedia sebenarnya ikut bahasa sopan santunnya..BN 'TAK BERANI'.. titik..!!

wallahualam..

5 comments:

nil said...

Salam saudari,
Umno hanya akan bertanding jika dia menang, Tahniah untuk Najib. Najiblah pemimpin paling baik dan berhemah beri laluan pada PR, terutama PKR. Ini lah cara contoh terbaik seorang pemimpin. Hidup Najib, demi untuk keruntuhan Umno.

Mohd Sufian said...

Salam,

Hanya mampu tersenyum...

RM Reza said...

Betui ke ni takmo bertanding? Saya baru balik dari Penang tadi, Sabtu hari tu saya ada lalu depan Bangunan UMNO Permatang Pauh.. Fuh meriah sekali dengan bendera nya, banner sana sini, ceramah politik oleh ustaz .. (apa nama saya lupa, tk pemes sgt..haha) yang paling besh tengok banner TEKUN, untuk menarik orang wat pinjaman.. antara nya ada lah sorang kawan saya ni , kenalaks pak dia ada wat sket projek kambing area Penanti tu, nak try apply, dia kata pe kt saya tu? " Kawan aku ada pernah buat TEKUN nye loan, dia bayaq sekali je installment, pastu sampai skang tk bayaq dah, tkde kacau punya.. time camnie sure senang dapat.." haha.. ape nak kata..? aku senyum je la.. Duit rakyat tu digunakan.. Entahlah.. Nie pun saya rasa ada nanti yang tawar diri gak bertanding last minute ni samada gunakan BEBAS, Zahid Hamidi pun kata depa kt sana dh bersiap sedia, ayat je tue kt media takut kalah ar tue.. hahaha.. no komen la.. wakakaka.. Lupa nak habaq, 'kuarters' untuk Polis dah siap di bina dah kt pekan BM satu, lagi satu kt ape ntah nama tempat tue, fuh.. mcm ada expo, meriah..

Unknown said...

Selagi tak sampai tarikh penamat JANGAN PERCAYA. Mungkin alasan tak nak 'membazir duit rakyat'(sebab selama ni mmg membazir) akan digunakan untuk mengekalkan Kerajaan HARAM diperak tu..Dan juga jgn lupa akan perencanaan jahat mereka untuk melaga-lagakan antara PKR dan PAS di penanti tu..Media perdana mmg dah lama dok mainkan isu ni..So berhati-hati.

Dr. Zakir Ali Rajnish said...

-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[ Editor- Children’s Poem
& Adult’s Poem ]

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil