Followers

Thursday, September 11, 2008

apa sudahnya PPSMI ..?

KUALA LUMPUR 11 Sept. — Kementerian Pelajaran akan mengadakan dua lagi siri persidangan meja bulat mengenai hala tuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum menyerahkan keputusan penilaian itu kepada kerajaan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata persidangan akan diadakan pada 19 Sept yang melibatkan guru sekolah rendah dan menengah serta pegawai kementerian dan jabatan Pelajaran.

Ia merupakan persidangan kali ketiga.

Persidangan seterusnya akan diadakan pada Oktober yang melibatkan ahli politik, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 22 kertas kajian dan pemantauan telah dibentangkan di dalam dua persidangan meja bulat sebelum ini.

“Siri pertama persidangan pada Julai lepas telah merumuskan strategi pelaksanaan PPSMI pada masa akan datang perlu dimantapkan, khususnya bagi peringkat sekolah rendah di luar bandar dan pedalaman.

“Ada juga cadangan untuk penambahbaikan dari segi kompetensi guru, kemudahan prasarana dan perluasan program sokongan,” kata Alimuddin.

Beliau berkata persidangan meja bulat kedua pada Ogos pula merumuskan tiga pandangan berbeza di kalangan peserta terlibat termasuk wakil badan bukan kerajaan, pemimpin komuniti, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan wakil badan profesional.

“Pendapat pertama meminta supaya dasar ini diteruskan dengan memantapkan strategi pelaksanaannya. Pandangan kedua menyarankan agar PPSMI hanya dilaksanakan di peringkat lebih tinggi sama ada di sekolah menengah atau Tahap 2 sekolah rendah.

“Pandangan ketiga pula mencadangkan supaya dasar ini dihentikan dan berpatah balik kepada pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata kementerian turut menerima pandangan daripada pelbagai pihak termasuk melalui media, surat dan e-mel yang lebih separuh daripadanya menyarankan supaya dasar PPSMI diteruskan.

“Kementerian juga akan turut mengkaji keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 serta dapatan beberapa kajian yang masih terus dijalankan ketika ini,” katanya.

Alimuddin berkata semua pandangan, hasil kajian, analisis keputusan peperiksaan serta laporan pemantauan akan membantu Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam membuat keputusan mengenai hala tuju PPSMI.

sumber Utusan


ummi

setuju pada pendapat yg pertama dan kedua...bagi ummi tahap 1 biarkan dengan bahasa melayu kerana peringkat ini lebih baik diperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris yg asas dan mudah sebelum beralih kepada bahasa sains dan matematik...

di tahap 2 murid2 dah boleh diperkenalkan bahasa sains dan matematik dalm bahasa Inggeris sebab tahap ini kanak2 pun dah matang sikit dalam pemikiran...

ummi berharap sgt ppsmi tidak dilaksankan sekerat jalan...buatlah dengan sungguh2..rakyat pun dapat manafaatnya dan tak merasa ianya hanya untuk kepentingan/keuntungan sesetengah golongan sahaja...bantuan di luar bandar hendaklah diberi keutamaan kerana kemudahan untuk pelajar luar bandar sgt terhad..

jangan menganiaya anak2 kita...

wallahualam

2 comments:

Ticer Syah said...

salamz ummi
saya juga agree dgn pendapat ummi. saya selaku trainer utk cikgu2 science dan maths ni nampak banyak kelemahan pada cikgu2 sc dan m3 sendiri.
sebenarnya mereka ni diberi elaun sebanyak 5-10% dari gaji mereka utk memantapkan penguasaan BI mereka. Cikgu2 BI pulak diberi elaun yg sama utk membantu dan mengadakan kelas Buddy Support System di sekolah.
Hasilnya bagi guru yang berfikiran positif -- maka positif la jadinya
Masalah timbul bila guru2 itu sendiri enggan utk memantapkan penguasaan bahasa.
Lihat saja macam kami--kump guru BI. buat kelas setiap minggu utk beri chance pada guru2 Sc n M3 utk memantapkan BI. tapi yg hadir cuma berapa kerat sahaja.. Ada sekali tu cuma 2 orang saja hadir.
Kelas tu percuma pulak tu. So.. macam mana ye nak buat
Mmg rugi kalau kita hentikan PPSMI sbb budak dah biasa dalam BI. Saya pasti yg bising bkan budak2 tu.. tp cikgu2 yg tak nak kembangkan diri. Trust me.. I knew them... :) Hari ni soalan Science dlm BI. Most of the pupils jawab dlm BI. Bangganya tengok perkembangan mereka. Berjaya juga jawab dlm BI w/pun skola kampung.
Ada juga kesan positif.
For me.. kalau dok tengok hat negatif.. memang la dpt yg negatif.
kan ummi kan :)

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam

Go!Malaysian
ummi seuju..dalam suasana UMNO/BN sekarang yg goyah mereka memerlukan suatu agenda utk membuat rakyat bersimpati dan menganggap mereka masih relevan...

mama cute,

ni la masalahnya kalau guru2 tak amanah dan ikhlas pada tnggungjawab yg diberi...kekadang heran jugak...kenapa bila diberi kemudahan utk kebaikan sering diambil mudah...cuba kalau kelas tu berbayar..rasanya mesti penuh kelas tu...

PPSMI boleh berjaya sekiranya perlaksannanya telus dan jgn hanya hangat2 taik ayam...mangsanya adalah anak2 kita...

wallahualam

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil