Followers

Friday, September 12, 2008

Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew dalam 12 jam


Click to Edit or Share

sumber mSTAR

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi.

Turut ditahan hari ini ialah pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukti Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang bulan lalu.

Sebentar tadi, Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ditahan

Tan ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam pukul 8.30 malam tadi.

Jurucakap Sin Chew ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan dia ditahan di bawah ISA tetapi enggan mengulas lanjut.

Turut mengesahkan penahanan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ia merupakan penahanan kali kedua Raja Petra di bawah ISA dalam tempoh tujuh tahun.

Penahanan Raja Petra juga disahkan oleh isterinya, Marina Lee Abdullah. Kenyataan polis yang dikeluarkan malam ini juga mengesahkan perkara tersebut.

Raja Petra ditahan di rumahnya di Sungai Buloh, di bawah Seksyen 731 Akta ISA, yang membolehkan seseorang itu dikenakan tahanan maksimum 60 hari.

"Kira-kira pukul 1.10 tengah hari tadi, seramai 10 anggota polis datang ke rumah kami dan membawa dia (Raja Petra) keluar pada pukul 1.50 tengah hari.

"Mereka juga membawa bersama beberapa dokumen dari rumah kami," kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.

Bagaimanapun mereka tidak memaklumkan ke mana Raja Petra dibawa, kata Marina.

"Sampai sekarang saya tiada maklumat tentang di mana Raja Petra ditahan,": katanya sambil menambah bahawa beliau akan menghubungi peguamnya esok.

Tambahnya, polis turut merampas beberapa pita dan sebuah komputer dari bilik suaminya.

Kata Marina, pihaknya akan memfailkan permohonan habeas corpus untuk membebaskan Raja Petra, Isnin ini.

Sebelum ini, Raja Petra pernah ditahan menikut ISA pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kemunting, Taiping.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Hamid Albar yang dihubungi mStar Online berkata tindakan tersebut diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

"Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya, namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman," katanya.

Semalam, kerajaan menarik balik sekatan terhadap mana-mana laman web termasuk Malaysia Today berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.

Shaziman berkata, langkah itu diputuskan oleh Kabinet semalam bertujuan untuk terus menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet atau lawan web sebagai saluran penyebaran maklumat.

Raja Petra, 58, mengundang kemarahan umat Islam berikutan ulasan artikelnya bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" yang menggunakan ayatayat yang menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW) untuk artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophets' yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today.

Laporan polis telah dibuat oleh beberapa pertubuhan Islam antaranya Jabatan Kemajuan Islam malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengenai perkara tersebut.

Raja Petra juga kini berhadapan dengan beberapa kes mahkamah. .


ummi -

kalau Raja Petra di'ISA'kan kerana menghina Islam...apa pulak kes Teresa Kok dan wartawan Sin Chew...

si Ahmad asal lak leh lepas....? yang mencetuskan isu perkauman tak di'ISA'kan...yang lain pulak yang kena..

Pak Lah tido tak sudah2 lagi ke...!! sedap dibobok dek jin ke....atau nak ditidokan selama-lamanya...

"INI TIDAK ADILLL...!!" (geram dah ni..)

7 comments:

hang tuah said...

ASSALAMMUALIKUM UMI....
BERTENANG UMI...APER YANG MARAH SANGAT...UMI TIDAK RELA RPK YG TERANG-TERANG MENGHINA UMAT ISLAM DI DALAM BULAN RAMADAN YANG MULIA INI...UMI MARAH TERESA DIISAKAN KERANA MEMAINKAN PERASAAN ORG MELAYU DENGAN MEMANSUHKAN TULISAN JAWI DITANDA NAMA JALAN....UMI MARAHKAN WARTAWAN DIISAKAN KERANA MEMUTAR BELITKAN UCAPAN AHMAD ARI TU...APER UMI RELA JIKA ESOK ANAK-ANAKN KITA (ATAU SAYA YG MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM)TIDAK TAHU BACA TULISAN JAWI,BOLEH MEMPERSENDAKAN AGAMA ISLAM SESUKA HATI,BOLEH MENULIS APER SAJA YG DIAORG SUKA DALAM SURAT KHABAR WAIMA TERANG-TERANG BENDA TU FITNAH...INGAT UMI KITA YG MENETUKAN MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA...FIKIR CARA RASIONAL JANGAN KIRA KITA JER..KIRA JUGA MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA.

YANG BAIK DANATNG DARINYA YG BURUK ADA LAH KEKHALIFAN HAMBA...MOHON MAAF....

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam hang tuah...

ummi marah ketidakadilan...

kalau setakat teresa kok hanya ingin memansuhkan tulisan jawi pada papan tanda..apa pulak peranan UMNO/BN dalam memansuhkan tulisan/pelajaran jawi semasa Tan Sri Khir Johari sebagai menteri pendidikan dulu..??

kenapa baru sekarang rasa begitu..kenapa SAR ditindas kalau betol2 sygkan Islam..sayangkan anak bangsa kita...?dah 50 thn UMNO/BN memerintah ..kenapa sekarang baru nak pertikaikan apa yg org bukan melayu buat pada bangsa dan agama kita...kenapa tak didaulatkan selama UMNO/BN memegang kuasa...?

kenapa tak pandang anak bangsa kita sekarang..akhlak dorang macamana...ugama dorang macamana..yang akan datang kita tak nampak lagi...yg sekarang di depan mata kita...

apa komen Hang Tuah dengan remaja kita sekarang..??anda boleh berbangga ke..??isu jenayah...dadah..mat rempit..bohsia..sex bebas dah ngalahkan barat...itu hasil dari pemerintahan siapa..??

kalau nak ungkit banyak lagi..tapi kalau kes dorang bertiga ni..kenapa perlu ISA..bicarakan la secara adil..kalau salah kita hukum...kalau tak bebaskan..kenapa perlu pilih kasih..??

wallahualam..

Anonymous said...

saya sokong statement ummi.. ahmad boleh lepas, padahal dia yg pegang mancis.. tido la lagi pak lah..

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Saya dapat merasakan hati Ummi ini, Umi bukan merahkan mereka di tangkap, akan tetapi Ummi marahkan cara mereka di tahan dan di sumbat di bawah undang-undang yang tidak ber ETIKA, rakyat Malaysia telah bertamadun, tetapi mengapa undang-undanya tidak bertamadun?

Di dalam negara kita ada berbagai-bagai mahkamah keadilan, keadilan yang bagaimana dan untuk siapa? Adakah keadilan itu untuk orang yang tertentu sahaja dan bukan untuk orang yang kita musuhi dan kita benci?

Rakyat di Malaysia! bulehkan kita ketawa kerana ada di antara rakyatnya di tahan tanpa bicara sudah menunjukkan negara dan pemerintah kita sudah berlaku adil?

Rakyat Malaysia! adakah kita sudah menjadi bangsa yang bertamadun dan berakhlak yang mulia? semua ini perlu di fikirkan dengan adil dan bertamadun, adalah tersangat malang bagi pemimpin di negara ini, satu masa kita bercakap tentang keadilan dan di waktu yang sama kita melakukan kezaliman sesama manusia, bukankah manusia ini berasal dari keturunan Adam?

Sebab itu saya berkata "Tangkap dan bicarakan mereka jika mereka melakukan sesuatu yang melanggar batas sempadan undang-undang, kita tentu tidak rela apabila mereka melakukan kesalahan, tetapi hendaklah adil, bukankah Allah menyatakan di dalam Al quran supaya kamu bersikap adil, dan apabila kamu melakukan sesuatu maka hendaklah kamu jangan sampai melampaui batas

Anonymous said...

Salam Kak Ummi,

Ini yg org panggil LAW OF JUNGLE..

Main tangkap sesuka hati...TANPA BICARA kat court...

Nak bicara kat court,skang pon rmi org dok pertikaikan institusi kehakiman psl kes Lingam CORRECT CORRECT CORRECT...

Sedara hang tuah.

La ni,hang kene jwb soalan akak ummi kite...

Tgk la sendiri,menteri kite yg MELAYU pon sama gak, malah lagi awal dari ape yg Teresa Kok wat...

Nak pertahankan tulisan Jawi, tapi la ni, ade kuar lagi ke paper tulisan Jawi???

Setakat nak bagi generasi akan dtg tau tulisan jawi, pi la htr anak2 gi sekolah ren agama atau sek agama rakyat...

Jgn dok agungkan sgt sek kebangsaan tue...

Berapa percent sgt dpt belaja bab agama kat situ banding ngan sek ren agama atau sek agama rakyat??

Berbalik kpd Kak Ummi,

Saya pon tak setuju ngan beberapa statement RPK dlm MT...

Dia ni semberono je bile tulis lagi2 psl bab agama...

hang tuah said...

SALAM UMI...MAAF SAYA NI ORG SEMEKIN TAK ADER PC SENDIRI KAT RUMAH(((OPSSS SILAP RUMAH PON TAK ADER TIDO PON KAT OFFICE JER))...

OK UMI TANYA SALAH SIAPA JAWI DI MANSUHKAN...BUKANKAH INI PERMINTAAN KAUM IBU BAPA YANG MERASAKNA PELAJARAN JAWI TIDAK RELEVAN LAGI...SAYA SEMPAT BELAJA JAWI SAMPAI DARJAH 3 AJE..SIAPA IBU BAPA TU BUKAKAH MEREKA IBU BAPA KITA MENGAPA NAK SALAH KAN KERAJAAN...SALAHKAN LA IBU DAN BAPA KITA(JGN WAT KANG JADI ANAK DERHAKA LAK)....

SELAMA 50+ TAHUN BN PERINTAH PERNAH KER UMI DENGAR KERAAJAAN NAK HAPUSKAN TULISAN JAWI DIPAPAN TANDA JLN...ADA KER BN ANTAR PETISYEN UNTUK SUPAYA AZAN TIDAK BERKUMANDANG KUAT...

PASAL SAR PULAK APER YG KERAJAAN TAK TOLONG...CUBA UMI BAGI TAHU SAYA MCM MANA NAK TOLONG LEBIH2 KANG PUAK LAIN LAK TUNTUT YG BUKAN2..MAKA KERJAAN PUTUSKAN KITA GUNA WANG DARI JABATAN AGAMA NEGERI MASING2(MAKSUD NYA ZAKAT LA TU) JD PUAK LAIN TAK PERLU MINTAK YG BUKAN PADA KERAJAAN.KLAAU NAK GAK MINTA PADA PERSATUAN DEPA SENDIRI...

MASA SAYA DULU SAR TIADA...MAKA LEPAS SEK USTAZ SAYA (TN.HAJI HABIB) ADA BUAT STAY BACK UNTUK AJAR KAMI DENGAN LEBIH MENDALAM TENTANG AGAMA...BALIK SAYA TERUS SINGGAH MENGAJI NGAN USTAZAH ZAIMAH (RUMAH DEKAT MASJID RASAH)...ITU CARA KAMI DULU2...KENAPA SEKARANG TAK NAK GUNA CARA TU LAGI..ANAK BALIK SEK PAGI..REHAT 1 JAM DAH KENA PERGI SEK PETANG LAK..BILA MASA DIAORANG NAK BERIADAH...KENA KAJI BALIK BENDA TU...SAYA TAK BERAPA SETUJU TU..BEBAN BAGI BUDAK2...APER KATA KITA SENDIRI AJAR DIAORG SEDIKIT DEMI SEDIKIT TENTANG AGAMA,SOLAT JEMAAH DIRUMAH MISALNYA.....

UMI...
KALAU BENDA DIATAS DAPAT DI LAKUKAN SAYA RASA BUDAYA ANAK MUDA SEKARANG NI (YG UMI SEBUT) BOLEH DIHAPUSKAN DI ULANG DIHAPUSKAN DENGAN SYARAT KITA SEBAGAI IBU BAPA SENDIRI MENJADI PENGAWAS KEPADA AKTIVITI MEREKA DI LUAR...

KITA ADA LAH CERMIN SIAPA YANG BERADA DI SEKITAR KITA

YANG BAIK DATANG DARINYA YG BURUK ADA LAH KEKHALIFAN HAMBA...MOHON MAAF....

hang tuah said...

SALAM MASTER YODA.....

MASTER YOD NI MESTI JENIS BELI S/KABAR NGAN UNCEL NAIK MOTOR LALU DEPAN UMAH TAK PON KAT KEDAI MACA NI SEBAB TU TAK JUMPA LAGI SURAT KABAR UTSAN MELAYU...ARWAH TOK BAK SAYA TIAP2 MESTI BELI UTUSAN MELAYU KAT PEKAN SEGAMAT..DIA AJAR KAMI BACA JAWI...ALAHAMDULILLAH

SAYA NAK TANYA ANDA DULU ANDA BERSEKOLAH DIMANA...SAYA BERSEKOLAH DI SEK.KEB.DATO BANDAR RASAH...SEK MENENGAH DI SEK.TINGGI DATO UNDANG MUSA AL-HAJ...SO APER PASAL LAK SAYA NAK MALU DENGAN SEK KEB...APER SEK KEB NI UNTUK ORG SEMEKIN MACAM SAYA NI JER KER...MUNGKIN SEDARA SAYA NI ORG BERADA SO BOLEH LER ANTA ANAK G SEK JENIS KEBANGSAAN YG YURAN DI MAHAL...SAYA TAK MAMPU..SO SEKOLAH JER LA KAT SEK SUBSIDI...

BAB BELAJA AGAMA KAT SEK TU KENA PAHAM2 JER LA KAN CIKGU TU PON BUKAN SEMUA ADA SEMANGAT MCM CIKGU DULU2...SEKARANG NI CIKGU PON DAH PANDAI DEMAN.....TAPI MASA SAYA DULU ALHAMDULILLAH LER SEBAB DAPAT USTAZ YG SANGGUP BERKORBAN(TERIMA KASIH UNTUK USTAZ HJ.HABIB)

wallahualam..YANG BAIK DATANG DARINYA YG BURUK ADA LAH KEKHALIFAN HAMBA...MOHON MAAF....

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil