PULAU PINANG 8 Sept. - Gerakan Pulau Pinang membuat keputusan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang berkuat kuasa serta-merta berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbau perkauman.
UMNO Pulau Pinang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa perhubungan negeri.
Beliau berkata, ahli Gerakan berasa amat terkejut dan marah serta mengutuk tindakan dan tingkah laku Ahmad yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu.
Tsu Koon memberi tahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar jawatan kuasa perhubungan Gerakan Pulau Pinang di sini malam ini.
Sementara itu Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Liow Tiong Lai turut menegaskan bahawa MCA Pulau Pinang memutuskan hubungan dengan Ahmad dan tidak akan menyertai mana-mana aktiviti anjuran UMNO Bahagian Bukit Bendera sehingga isu tersebut diselesaikan.
Malah, katanya, MCA juga akan berbuat perkara sama kepada mana-mana UMNO bahagian lain di negeri ini yang turut bersekongkol dengan Ahmad.
''MCA berasa marah, tersinggung, kesal dan hampa dengan tingkah laku angkuh beliau yang enggan menarik balik kenyataan dan meminta maaf terhadap kata-katanya yang telah menyakitkan hati dan perasaan orang Cina di negara ini," katanya.
baca selanjutnya disini-->Utusan Malaysia
hang jangan sedih no....pintu PR sentiasa terbuka...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Demi martabat Melayu, ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berkata beliau tidak akan memohon maaf dan sanggup menghadapi risikonya.
Bercakap dalam sidang akhbar hari ini, beliau berkata, ini bukan soal parti tetapi adalah soal maruah dan martabat Melayu serta agama Islam.
"Kami bersyukur YAB Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) faham tentang isu tersebut dan ini boleh kita nilai sendiri dari kenyataan akhbar yang dibuat oleh beliau sebaik sahaja selesai mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang.
Beliau juga berterima kasih kepada badan perhubungan Umno negeri yang telah membuat keputusan melantik peguam bagi mengkaji dan seterusnya mengambil tindakan menyaman wartawan yang didakwa telah sengaja menjadikan isu tersebut begitu sensasi dan kontroversi.
Katanya, tindakan itu juga akan turut diambil terhadap akhbar Sin Chew Daily yang didakwanya sengaja menerbitkan laporan yang berbau perkauman.
baca selanjutnya disini -->Malaysiakini
ummi -" ini betol2 punya marah ni...??"
" betol,ini bukan cobaan..ini betol2..!!"
"COBAAN..."
kelakuan mengoyakkan gambar ni apa maksud cheq oii...hang pa tau ka...lepaih ni depa pulak main koyak gambar....hang betui2 cari gadoh ni mat oiii...hang nak tunjuk terrar ka..? patutnya hang tunjuk akhlak Islam tu baguih...Islam tak ajaq la benda2 camni..ni mana blajaq ni..sapa guru hang pa ni..aduhh laaa.....
la ni bulan Ramadhan bulan utk beribadah bukan cari marah orang...betui2 kalut la korang ni...!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Dikemas kini) PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau "sangat tidak gembira" dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail (gambar) hari ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya yang berbau perkauman berhubung masyarakat Cina di negara ini.
Pada sidang akhbar ringkas pada majlis berbuka puasa di Wisma Putra di sini, Abdullah berkata, kenyataan Ahmad itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
"Saya sangat tidak gembira dengan situasi ini... saya akan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini... semestinya," kata beliau dipetik Bernama.
Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kenyataan Ahmad pada sidang akhbar di bangunan Umno Pulau Pinang hari ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang di negara ini.
Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika berceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.
Sementara itu Abdullah enggan mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam blognya bahawa peristiwa 13 Mei akan kembali berulang sekiranya peralihan kuasa pucuk pimpinan negara tidak dilakukan dengan segera.
"Tak payahlah cerita pasal blog hari ini," tegasnya.
baca selanjutnya disini --> mStar
ummi - Pak Lah,"Budak2 ni....!! Tak dan aku nak lena depa dah bercerakau lak..."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Umno memerlukan pemimpin baru? Bekas Presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu kembali ke Umno?
Ia antara beberapa isu yang ditimbulkan oleg bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd. Khir Toyo dalam blognya hari ini.
"UMNO memerlukan pemimpin baru bagi memberi nafas baru kepada parti dan juga rakyat. Bagi saya antara pemimpin dan parti, parti perlu lebih penting. Namun sanggupkah kita di bawah ini bersama melakukan perubahan?" kata Dr. Khir.
Kata beliau, "suka atau tidak, saya berpandangan peralihan kuasa perlu disegerakan."
baca selanjutnya disini -->mStar
ummi - benar sungguh bagai dikata....peralihan kuasa mesti disegerakan dari Kerajaan BN kepada Kerajaan PR..
setuju semua...?? SETUJUUUUU.....!!
No comments:
Post a Comment