Followers

Wednesday, September 10, 2008

Isu sebenar disebalik Pengajaran Matematik Sains dalam Bahasa Inggeris


sumber tranungkite
oleh abgraja

Dalam Utusan Malaysia hari ni(9hb Sept 2008) dilaporkan tentang calon UPSR tahun ni yg merupakan penanda aras keberkesanan program pengajaran matematik sains dalam bahasa inggeris. Isu ni telah ramai yg membincangkannya semenjak kali pertama ianya di bincangkan untuk dilaksanakan pada 5 tahun yg lepas. Saya benar2 sedih dengan langkah ini. Peggunaan Matematik Sains dalam bahasa inggeris idea sapelah agaknye yg karut ni.. atas dasar apalahhhh diorang pandai2 je buat dasar tanpa mengambil kira pendapat cerdik pandai yg terbanyak bukan cerdik pandai yg rasuah !!


PUTRAJAYA 9 Sept. – Seramai 518,616 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini akan menjadi penanda aras kepada kelangsungan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, mereka adalah kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu setelah PPSMI diperkenalkan pada 2003. - Utusan Malaysia online

Isu PPSMI ini sebenarnya ada rahsia yg tersembunyi yg ramai tak tahu. Kenapalah begitu beria kerajaan nak laksanakan pengajaran dua subjek ini dlm Bahasa Inggeris? Adakah untuk menyediakan para pelajar kita... generasi kita .. agar boleh bersaing diperingkat global dgn lebih baik lagi? Benarkah begitu? Adakah rakyat Jepun yg diajar fully bahasa Jepun tu ... bukan bahasa Inggeris tak boleh bersaing diperingkat Global? Bagaimana juga dgn bangsa Italy, Peranchis, German, Thailand, dan banyakkkk lagi negara2 maju lain yg terbukti amat maju yg tidak menggunakan bahasa inggerispun didalam sistem pendidikan mereka?

Saya masih ingat sewaktu saya transit kejap di Prague dulu tahun 2002... saya bercakap dlm Bahasa Inggeris tanya diorang restoren kat mana.. diorang wat derkkk je... tapi bila saya ckp dlm Bahasa Malaysia walaupun diorang tak paham tapi diorang beriya2 nak tolong. Betapa mereka bangga dgn bahasa ibunda mereka.

Sebenarnya pada pendapat saya kerajaan laksanakan PPSMI ni hanya lah satu tujuannya iaitu UNTUK JUAL LCD PROJECTOR DAN LAPTOP semata-mata. Pernah tak sesiapa semak nama pembekal yg mengaut keuntungan besar dlm 5 tahun ni melalui pembekalan sistem ICT ke sekolah2 seluruh Malaysia bagi membantu PPSMI ni? Berbilion ringgit habis kat situ. Itu aje tujuannya. Ceritanya begini.. Bermula pada tahun 1989 .. masa tu ekonomi Malaysia amat baik dan pada tahun 1992 kita antara yg terbaik di rantau ini. Pada masa tu kerajaan Malaysia menghantar ramai pelajar ke luar negara. Banyak twinning program yg dilancarkan seperti AAD (Amercican Associate Degree, International Bachalaurette, A-Level, Australian Matriculation dsbg.). Pelajar yg dapat SPM sederhanapun ada yg dapat offer program ni maka ramailah yg berpeluang ke luar negara.

Di tempat kursus persediaan ini antaranya ialah di MARA Community College Kuantan yg dahulunya dikenali sebagai Maktab Sains Mara, Kolej MARA Banting, PPP Shah Alam, Kolej MARA Seremban, Trolak dan banyak lagilah...di tempat2 inilah anak2 malaysia berkumpul untuk belajar bahasa asing dan buat persediaan untuk ke luar negara. Ramai gilerrr masa tu termasuklah Ally Iskandar dan Suami pelakon sitcom Puteri yg baru bercerai tu (Anak Ramli Ngah Talib).

Sebenarnya ada dua kategori pelajar yg dihantar ke luar negara pada masa tu. Pertama pelajar tajaan MARA, JPA dan Petronas. Yg ni yg cream. Yg ni power giler result SPM terutama tajaan Petronas dan JPA. Tapi ada satu lagi group tajaan FAMA (Father and Mother). Yang ni private student. Haaaaa... disinilah punca segalanya. Private student ni kebanyakkannya buat kurus degree in TESL atau Degree in English. Biasanya anak orang miskin takkan buat or apply degree in TESL or ENGLISH sebab bagi orang miskin nanti keluar nak kejer apa... tambahan pulak rata2 anak orang miskin tak berapa padai Bahasa Inggeris sebab datang dari kampung. Anak orang kaya ni lain... Bahasa Ingeris dah power dah.. mak bapakpun dh speaking dah dari kecik... Lagi satu anak2 orang kaya bukannya terror sangat Math, Fizik, Add Math dll subjek penting tu. So mcm mana nak buat engineering ke, Accounting ke or kursus2 kritikal lain?

Maka anak orang kaya nipun masukla ketempat2 persediaan ni dgn tajaan sendiri buat kursus Bed(TESL) atau BA(English)... lepas dapat result bagus di kursus persediaan ni mereka semua boleh apply loan MARA untuk further studies ke overseas...

Maka ramailah anak Malaysia pergi ke luar negara bermula pada tahun 1990 kalau taksilap sampailah ekonomi Malaysia merudum tahun 1998 kerajaan stop dah beberapa program dan limit jumlah pelajar yg dihantar ke luar negara.

Disinilah bermula segala masalah. Anak2 menteri, anak kroni, anak2 orang kaya yg buat degree in TESL dan degree in English ni bila balik M'sia diorang takkan nak jadi cikgu bahasa inggeris?? Eh... tak masuk akal langsung... so diorang pakai kabel mak bapak diorang apply PTD. So diorang lah yg jadi pegawai2 penggubal dasar kat kementerian-kementerian kerajaan tu. Apa lagi dioranglah yang cadangkan agar Math Sains diajar dlm Bahasa Inggeris... kononya agar anak Malaysia akan jadi lebih cekap berbahasa Inggeris dan boleh bersaing diperingkat global. Sakittnya hati Ya ALLAHHH... dan kerana cadangan diorang tulah maka beratus juta duit rakyat dihabiskan beli LCD Projector dan Laptop yg rata2 cikgu kitapun tak reti dan tak selesa nak guna.

Banyak IPT, cendikiawan, research telah dibuat, dibincangkan dan diterbitkan bahawa pengajaran Math Sains dlm Bahasa Inggeris ini tidak membantu meninkatkan pencapaian Bahasa Ingeris. Antaranya kajian yg dibuat di Universiti Malaya dan kajian oleh Prof. Dr. Jusoh dari UiTM. Negara Jepun, Italy, Peranchis , Jerman tak ajar dlm Bahasa Inggerispun jauh lebih maju... Malah pengajaran dlm bahasa Ingerislah puna anak Malaysia semakin lemah dlm pelajaran... yg paling teruk anak melayu laaahhhh...

Kalau iapun nak ajar dlm Bahasa Inggeris kenapa tak mulakan di MRSM dan SM Sains ke dulu... biar budak2 yg selected tu dulu yg jadi pengasas..lepas tu tengok and check keberkesanannya... Bila pembangkang dan masyarakat terutama cendikiawan dan ahli akademik yg genuine yg tidak rasuah marah dgn isu PPSMI ini maka setiap kali ujian UPSR ke PMR ke SPM ke soalan dipermudahkan. Kalau takpun cara marking dipermudahkan. Melihat skima pemarkahan peperiksaan setiap tahun aku sedih la... ada tu asalkan ada je satu perkataan tu dah dikira betul dah dapat markah. Begitu terdesaknya kerajaan nak tunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh follow la sistem PPSMI ni... hakikatnya rakyat Malaysia sendiri yg dibangangkan... kawan2 kat sekolah jenis kebangsaan cina kata diorang disekolah cina tak pernah patuh pada PPSMI.. diorang tetap ajar guna bahasa cina... sebab pelajar lebih mudah paham...

Akhirnya bila keputusan peperiksaan diumumkan memanglah menunjukkan yg subjek Math Sains tu semuanya ok.. dah soalan dipermudahkan... dan marking juga dipermudahkan... memanglaa result keseluruhan nampak gempak tapi sedar tak bahawa semua ni sandiwara yang akhirnya kena tanggung oleh kita semua rakyat Malaysia. Dahtu lama pulak tu kena menanggung...

Masa konvensyen kecemerlangan IPT di Sri Iskandar baru2 ni... ramai pensyarah IPT seluruh Malaysia bengang dengan PPSMI sebab yg masuk U nipun bukannya pandai sangat. Result SPM bagus tapi Y=mX + C pun tak tahu apa punya equation. Inilah jadinya bila kerajaan berniaga menggunakan rakyat. Inilah jadinya bila sesuatu itu dilakukan demi kepentingan politik dan bukan kepetingan agama, bangsa dan negara. Selepas 5 tahun barulah nak revise balik dan nak tengok balik keberkesanannya. Alaahhh... keberkesanan tu boleh dibuat... boleh direka... buat soalan senang... arangkan unit peperiksaa kementerian pendidikan buat soalan senang pastu marking juga senang. Contohnya soalan sains Rainbow consist of how many strips?? Buatlah sistem pemarkahan tu asalkan ada perkataan SEVEN je terus betul jawapannya tak kiralah seventy ke , seventeen ke... itulah hakikat yg terjadi semenjak PPSMI ni dilaksanakan.

Bila budak yg tak sepatutnya layak masuk IPT tiba2 dapat result bagus dan masuk IPT maka sistem IPT pulak bercelaru... sampailah masuk alam pekerjaan... habisss semuanya bercelaru... nanti akan keluarlah makin ramai engineer yg corrupt, doktor yg careless dsbg. Makin banyaklah jambatan yg runtuh... makin banykla tuala yg tertinggal dlm perut lepas pembedahan... semuanya gara2 satu tindakan yg bodoh!

DR. ABANGRAJA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oleh
sifuyus

Kalau berdasarkan usianya kini ialah 6 tahun.Berdasarkan usia itu Kementerian
Pelajaran menjadikan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dijadikan kayu pengukurnya


Kita sedia maklum semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 yang bermula dari tahun 2003 telah mempelajari kedua-dua subjek tersebut sepenuhnya dalam bahasa Inggeris sama ada buku teks mahupun soalan- soalan peperiksaan dan seharusnya pada tahun ini bentuk soalan yang diberi bagi kedua-dua mata pelajaran harusnya dalam satu bahasa sahaja iaitu bahasa Inggeris.


Apa yang menghairankan pada tahun ini format kekal dwi bahasa seperti tahun-tahun yang lepas, cuma yang membezakannya format lama diletakkan di sebelah dan format baru pula diletakkan atas bawah dan dibenarkan menjawab sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Sepatutnya
calon hanya boleh menjawab dalam bahasa Inggeris sahaja. Dari situ kita dapat melihat sama ada program tersebut gagal atau berjaya.

kebanyakan pelajar Melayu memang boleh mencapai A dalam mata pelajaran B.Inggeris tetapi apabila berkomunikasi nampak canggung. Begitu juga dalam Bahasa Melayu, kebanyakan pelajar Cina dan India boleh mencapai A dalam subjek bahasa Melayu tetapi apabila berkomunikasi keadaannya samalah seperti pelajar Melayu..

Apa yang penting ialah mewujudkan Bahasa komunikasi, bukan sahaja kepada subjek Bahasa Inggeris tetapi juga untuk Bahasa Melayu.Ini disebabkan majoriti pelajar di negara kita mahir dalam bidang penulisan tetapi lemah apabila berkomunikasi.

Jika gagal kita hentikan dan menerima hakikatnya.Selama ini pun tanpa penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik, negara kita masih mampu melahirkan golongan cerdik pandai.


ummi - Tahun ni anak buah ummi 3 orang yang menduduki peperiksaan UPSR ni...boleh dikatakan yg paling berdebar2 adalah guru2...kerana ianya menjadi kayu pengukur kepada keupayaan mereka sebagai pendidik...apatah lagi dalam 2 subjek ini...

ummi doakan kepada ibubapa yg anaknya menduduki peperiksaan UPSR tahun ini dan semua calon UPSR semoga tenang dan selamat berjaya...

6 comments:

Anonymous said...

Kenapalah begitu bodoh dan bangang pada mereka yang beriya-iya hendak melaksanakan program PPSMI ni. Apa kalau tak boleh berbahasa Inggeris kolot sangat ke? Bangang tak boleh diajar...

Anonymous said...

Kenapa manusia begitu celupar mengelar manusia yang lain itu bodoh/bahlul/bangang/bangap/bingung
padahal manusia itu juga ciptaan Allah swt Yang Maha Pencipta.
Sampai hati menghina ciptaan Allah swt. Muhasabah dan banyak bertaubat.

Aku suka belajar bahasa : Melayu, Inggeris, Arab , Peranchis, Parsi
Bila kita berada di Timur tahu bahasa Arab adalah bonus dan juga dapat belajar agama dengan lebih mudah. Jika dibarat tahu Inggeris juga satu bonus, mesti terima kenyataan mereka lebih maju maka untuk belajar mesti faham Inggeris.

Aku dari aliran Melayu, kadangkala aku memerontak kenapa aku tidak diajar bahasa Inggeris dan Arab dengan mendalam disekolah. susah nak faham sastera Inggeris dan Arab. dan sekarang masih belajar bahasa.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam,

batis batagar,

mereka melaksanakan program tu kerana nampak ada keuntungan disitu..bukan dari segi bahasa yg akan kuasai atau meningkatkan pencapaian anak2 kita tapi keuntungan utuk poket sendiri

CYL

betol tak baik kita menghina ciptaan Allah swt...tapi Allah tak suruh dan tak suka hambanya jadi bodoh kan...tapi kenapa manusia suka memperbodohkan diri..??

tak salah kita mempelajari banyak bahasa..tapi kenapa kerajaan guna pada subjek math dan sains..kenapa tak dibuat kelas bahasa sahaja yang tak membabitkan subjek lain...

tau betapa seksa ibubapa nak membantu anak2 dalam pelajaran di rumah..??bayangkan ibubapa yg diluar bandar (termasuk ummi sendiri)...kesian sebab tak pandai berbahasa inggeris bila anak2 tanya homework..kita terpaksa bukak kamus..kadang tu terpaksa suruh anak kita tanya org lain..apath lagi istilah2 dalam math dan sains dalam bahasa melayu pun kita tergagau2..inikan pulak bahasa asing...akibatnya anak2 kita jadi tak paham dengan subjek tu...boleh jawab soalan tapi tak paham soalan...

wallahualam

ronasina said...

bahasa menunjukkan bangsa- kalau b.melayu ditukar ke b.malaysia- org2 melayu di sempadan thai ckp bahasa apa? bahasa sempadan msia? tiada bahasa tiada bangsa

Anonymous said...

Belajar mmatematik dan sains dalam bahasa Inggeris, kenapa dijadikan isu.
Dasar manusia tidak sedarkan diri, fikiran sempit.
Katakan subjek sejarah dan geografi diajar dalam bahasa Inggeris , manusia sebegini akan mengadu kenapa subjek sejarah dan
geografi aje dalam bahasa Inggeris.

Manusia sebegini akan terus jadi katak selama-lamanya dan bangga dengan bahasa katak mereka, jika tiada usaha sendiri untuk menjengok keluar kealam luar yang lebih mencabar.

Kenapa Matematik dan Sains sahaja dalam diajar dalam Inggeris tidak keatas semua subject. Jawapan cukup mudah kerana sifat katak yang tebal dikalangan manusia dibumi malang ini.

Masih tidak mahu membuka minda, cuba tanya ahli akademik ( Yang bukan Kang kung) kenapa penting belajar Inggeris untuk matematik
& sains dan juga tanya soalan yang sama pada ahli politik (Melayu), jawapannya pasti berbeza maka fikirkanlah.

Jika Ummi juga macam katak, mohon maaf saya tersilap tempat. Ini bukan ruangan saya. Period.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

uikk cyl

baru tadi menegur kerana celupar menggelar manusia yg lain dgn kata2 yg kurang enak...kenapa anda pula yg melakukan perkara yg sama..menyamai manusia ciptaan Allah dengan binatang..??kan kurang sopan..

kenapa hanya memandang dari sudut kaca mata segolongan manusia saje..?kalau kita nak laksanakan sesuatu program kita kena pastikan semuanya dah bersedia..kenapa tidak dibuat kaji selidik dulu dan di praktikkan secara berperingkat2..seprti dalam artikel diatas...gred direndahkan semata2 utk memastikan pencapian utk subjek tu ok...bukankah ia merupakan penipuan..

ummi dulu sekolah cina ...semua subjek dalam bahasa cina..ko melayu ke ko india ke..semua sama rata..tiada istilah kesian...kalau nak lulus usaha lebih..kalau tak..merahlah report card ko...kalau kerajaan betul2 nak anak melayu hebat..jangan dimain2 gred permarkahan baru kita boleh perbaiki kelemahan..bukan tutup kelemahan..jadi sampai bila2 anak melayu tetap tahap zero..biasalah kalau mula2 tu keputusan mengecewakan..benda baru memang bnyk kelemahan..

kemudian kerajaan akan memansuhkan pulak program ni bila tak berjaya..nampak sgt kerajaan tak bersungguh2 dalam melaksankan program ni..sepatutnya dibaik pulih dimana ada kekurangan..di sinin yg rakyat banyak marah dengan kerajaan..macam hangat2 tahi ayam..

wallahualam

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil