Pak lah...ISA tak boleh gunakan ke untuk dema2 ni..??
kalo orang PR laju benor mike bukakkan pintu ISA tu ye...
kalo orang mike...mike buat tak nampak aje rumah ISA tu ye...
ooo Pak Lah...si Ahmad tu tengah menghasut..hasutan dia tu boleh cetuskan huru hara...
ISA tu kan tempat orang yang mengacam keamanan negara dengan hasutan...
ate...idok ke boleh bebenor dia tu di humbankan ke dalam tu...?
"ISA, Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu daripada tiga undang-undang utama di negara ini yang membolehkan penahanan tanpa bicara. Memandangkan kuasa penangkapan dan penahanan yang begitu luas dan sewenang-wenangnya itu, di antara tiga undang-undang ini, ISA adalah undang-undang yang paling digeruni dan dibenci di negara ini.
ISA juga dilihat sebagai instrumen dan perkakas yang digunakan oleh pihak yang berkuasa untuk menindas dan menyeksa mereka yang menentang dasar-dasar kerajaan. Kepada pihak yang menguatkuasakan ISA, khususnya polis Cawangan Khas, atau Special Branch (SB), mereka dengan penuh angkuh mengatakan bahawa kalau tiada ISA sudah lama negara ini hancur!"
kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal , "Perkauman merupakan isu yang paling dikhuatiri pasukan keselamatan kerana ia boleh mencetuskan huru-hara. Ia ancaman terhadap keselamatan,"
Kak Pidah pulak cakap jangan bangkitkan soal latar belakang asal usul mana-mana kaum dan kesetiaan mereka...pasey orang melayu pun bukan orang asli kat Malaysia ni...
Timbalan Ketua Polis pulak kata....dorang dah bersiap sedia dengan apa2 kemungkinan dan dema bersedia untuk bekerja siang dan malam, (tanpa mengira) hujan atau panas, tanpa makanan dan minuman untuk menangani ancaman-ancaman sedemikian..
tengok tu Pak Lah....kalau mike taknak negara ni huru hara dan nyusahkan orang ramai...humbankan aje dema2 tu dalam ISA...
ada jugak orang tak setuju masukkan dema dalam tu..tapi bagi keme bior dema rasa macamana kawan2 keme yg dah kena masuk dalam tu..baru le deme tau seronok ke idak dok dalam tu..pastu gerenti dema pun sokong kalo kita mintak ISA dihapuskan...ini deme tak penah rasa tu pasai dema rasa ISA tu releven...bak kata orang dulu2,'tak kenal maka tak cinta' hehehe...
soalannya sekarang...berani ke Pak Lah nak nyumbatkan orang dia dalam ISA tu...??keme ada jugak dengor Pak Lah kasi lampu ijo kat Pekida untuk buat huru hara...iye ke yob...apa ke pekdah yg mike dapat..? atau mike dalam ketakutan yang amats pasey 916 (bukan emas 916 tau)....?
udah2 le Pak Lah turun le mike dari bangku PM tu...keme nengok mike tak boleh nak handle negara ni...mike kuat sangat tidonye..masih lagi kata kerajaan mike kukuh lagi...halloooo,ngigau ke Pak Lah ni..atau udah nyanyuk macam Tun...
tapi ummi suke bebenor dan nasihat sorang yob ni kat komen blog bdak topeng_perak...dia ngabokan,
" zainal abidin bin abu bakar said...Assalamu'alaikum para sahabat pendukung dan penyokong PAKATAN RAKYAT.. (Salam sejahtera kepada Non-Muslim).
Saya dengan rasa rendah hati menyeru kepada semua pencinta keamanan dan keadilan agar bersama2 mengelakkan diri dari mengeluarkan apa jua kenyataan atau melakukan tindakan bersendirian mahu pun berkumpulan berhubung isu terkini yg sedang rancak dimainkan oleh ameno be end. mereka sebenarnya sedang terkapai-kapai kelemasan dalam usaha menyelamatkan kekuasaan kerajaan sediada yg amat terdesak dan nazak itu.
Saya mencadangkan agar kita sekali lagi melakukan PROTES besar2an seperti PROTES kita di Kelana Jaya tempohari. Tetapi PROTES kali ini adalah PROTES SENYAP tanpa sebarang poster, tiada sebarang tanda pada T-shirt / pakaian, tiada kenyataan balas provokasi dari kalangan kita. Biar mereka tahu dan sedar diri bhw RAKYAT Malaysia sudah matang dan isu 13 Mei itu sudah lapung dan usang ditelan zaman yg hanya tinggal di arkib negara shj. Usah pedulikan Mat Tempe dr Sg. Panjang S'gor tu, biarkan shj Tun Mamak Penang perasan Melayu tu, abaikan shj tindakan si Ahmad Ismail mengoyak gambar Dr Koh Tsu Koon tu...! Buat2 dengar shj ler kenyataan IGP dan General ATM tu....(mereka perlu ingat bhw mereka berkhidmat untuk RAJA dan NEGARA, bukan berkhidmat untuk pemimpin ameno be end... ada akal letak kat lutut).
Kita hanya perlu SENYAP, SENYAP DAN SENYAP sehingga mereka sendiri terus GILA dengan cara mereka itu.
TIADA PKR TIADA PAKATAN RAKYAT
TIADA PAS TIADA PAKATAN RAKYAT
TIADA DAP TIADA PAKATAN RAKYAT
BERSAMA MENGGEMBELING TENAGA DAN IDEA KE ARAH MALAYSIA BARU!
KAMI ARUS PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA!
p/s: teringat cerita sepupu saya berpangkat Major (bertugas di MINDEF) tentang 'The Stupid General'... dari apa yg diceritakannya itu, saya amat yakin bhw sebilangan besar anggota dan pegawai ATM dalam lingkungan umur 33 - 50 thn tidak lupa dgn The Stupid General itu.... Che Det dah lupa kaa!?
wallahualam...tepuk dada tanye ler iman memasing ye...
3 comments:
paklah akan guna ISA jugak untuk pertahan kuasa!
tengok kartun terbaru dlm blog saya
ni yang tak sabor nunggu ni..
Post a Comment