Followers

Saturday, September 13, 2008

RPK bukan sepatutnya di'ISA'kan..tapi di'Al-Istitabah'kan....

'Al-Istitabah'...?? apa pulak benda alah ni..??ummi pun baru terdengar dan tahu tentang istilah ini...

meh kita pahami istilah ini sama2...

"dalam islam, apabila ada muslim yang menghina Islam; yang boleh muslim itu terkeluar dari Islam, maka dari pihak yang berwajib, perlu bertindak memanggil muslim tersebut dan diberi penerangan yang mendalam kepadanya tentang Islam. sesi penerangan itu, hendaklah dilakukan oleh mereka yang berkemahiran dengan Agama, dan mempunyai kebijaksanaan dalam menjawab. Tindakan itu dalam islam disebut sebagai ”al-istitabah”."


Istilah ini ummi dapat pada satu artikel yg komentarnya mempertikaikan kenapa orang ramai marah kenapa RPK di'ISA'kan sedangkan dia menghina Islam...bagi ummi,kita tak mengizinkan sesiapa saje menghina Islam walaupun dia dari satu perjuangan..tapi yg ummi pertikaikan kenapa perlu guna ISA untuk menghukum orang yg menghina Islam...ummi pun tak mengatakan apa yg RPK tulis dalam penulisan dia itu betol belaka...

Oleh itu..ummi setuju dengan pendapat blogger Al-Bakistani@Ustaz Wanji bagi menjawab kemushkilan itu..

wallahualam...


Ustaz Wanji, kita akui ada terdapat tindakan yang nampak berat sebelah tetapi kita perlu sedar bahawa artikel RPK dah banyak yang guris hati umat islam. Adakah anda sebagai ilmuan ahli agamawan tidak sensitiv sikit pun terhadap artikel RPK. Tindakan terhadap RPK sangat wajar supaya islam tidak dihina sesuka hati. Adakah anda redha dengan tulisan RPK. Mengapa agamawan PAS seperti anda tidak beri nasihat pada RPK.

Ini bukan kali pertama laman MT jadi medan hentam islam. Dah banyak rungutan orangramai. Apakah jika PR memerintah RPK tidak dikenakan tindakan walau dah hina islam.

Tindakan pilih bulu oleh umno memang tak patut tapi tindakan terhadap RPK memang wajar sangat.

setakat ingatan ambo,tak pernah tengok tulisan ustaz wanji yang tegur RPK atau tegur RPK dalam kuliahnya disurau
.



KOMEN AL-BAKISTANI;

Pertama;

Aku tidak pernah mengatakan tindakan Raja Petra itu benar, bahkan padaku, itu merupakan satu kesalahan. Lantaran itulah, aku mempersoalkan, mengapa tidak ISAkan Astora Jabat dan Mahathir? Dengan ini, secara ”mafhum”nya, aku telah menyatakan, tindakan Raja Petra itu adalah salah.

Padaku, antara UMNO dan Raja Petra, UMNO lebih patut dipersalahkan dalam hal ini. Kita amat bimbang dengan artikle-artikle Raja Petra yang dilihat menghentam Islam, tetapi pernah atau tidak kita persoalkan tentang sesatnya UMNO, yang bukan sekadar tudung yang dipertikai, bahkan Islam itu sendiri yang dipertikaikan.

Ya !! memang UMNO sudah diakui sesat, tetapi sedarkah kita, UMNO telah melahirkan manusia-manusia yang berani mempertikaikan Hadis nabi dan Islam, seperti Kasim Ahmad (khabarnya sudah bertaubat. Mudah-mudahan benar-benar dia bertaubat).

Pernahkah kita bertanya, mengapa mereka ini sesat? Apa tindakan kita untuk memahamkan mereka tentang islam?

Kedua;

Aku tidak hentam Raja Petra di surau dan masjid, sebab aku sendiri tidak berapa memahami tulisan Raja Petra, ekoran aku tidak berkemahiran berbahasa Inggeris. Bahkan, lamanweb kepunyaan Raja Petra bukanlah lamanweb bacaan harianku.

Aku mengetahui kandungan artikle Raja Petra itu, berdasarkan kepada jawapan balas Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman versi Bahasa Melayu yang baru diterbitkan dalam blog beliau.

Apabila aku membaca, aku terus menulis artikle ” UMNO/BN AKAN "ISA"KAN MUSUHNYA SAHAJA”. Aku menulis itu, bukan memfokuskan sangat kepada raja Petra, tetapi memfokuskan kepada kejahatan UMNO/BN. Lantaran itulah, aku meletakkan tajuk artikle sedemikian.

Ketiga;

Padaku, tindakan meng’ISA’Kan Raja Petra ekoran artiklenya yang mengandungi unsur penghinaan kepada Islam merupakan tindakan yang bercanggah dengan Islam.

Sebab itu, aku amat menyokong kenyataan Mufti Perlis, Dr MAZA atas cadangan beliau agar pihak JAKIM tidak terus melaporkan kepada Polis, tetapi hendaklah diadakan sesi dialog dengan Raja Petra sendiri.

Dalam Islam, seseorang yang hendak dihukum, diwajibkan kepada kita mendakwa terlebih dahulu, dan diberi peluang kepada orang yang didakwa bahawa dia mempertahankan dirinya.

Lantaran itu, dalam islam, apabila ada muslim yang menghina Islam; yang boleh muslim itu terkeluar dari Islam, maka dari pihak yang berwajib, perlu bertindak memanggil muslim tersebut dan diberi penerangan yang mendalam kepadanya tentang Islam. sesi penerangan itu, hendaklah dilakukan oleh mereka yang berkemahiran dengan Agama, dan mempunyai kebijaksanaan dalam menjawab. Tindakan itu dalam islam disebut sebagai ”al-istitabah”.

Persoalannya, adakah pihak yang berkuasa melakukan demikian? Jawapannya, sudah pasti tidak. Bahkan mereka bertindak menyalahi islam, iaitu terus meng’ISA”kan Raja Petra tanpa berlakunya proses ”Al-Istitabah” itu.

Dalam kes ini, siapakah yang telah memburukkan Islam itu sendiri???

PENUTUP

Aku ada membaca sebuah buku tulisan Kassim Ahmad yang bertajuk ”mencari jalan pulang : daripada Sosialisme kepada Islam”. Setelah membacanya, aku dapat rasakan, apa sebenarnya yang dikehendaki oleh Kasim Ahmad.

Padaku, Kasim Ahmad, Raja Petra, Hishamuddin Rais dan sebagainya, merupakan manusia yang mempunyai kehendak yang sama.

Ekoran itulah, Aku tidak pernah menganggap Raja Petra sebagai musuh, bahkan Kasim Ahmad, Hishamuddin Rais dan sebagainya. Padaku, mereka ini adalah manusia yang memberontak. Mereka ingin memahami islam, tetapi tidak berjaya diterangkan mereka secara adil dan kebijaksanaan.

Keadaan ini amat berbeza dengan UMNO, yang mereka ini sesat lantaran kedegilan mereka terhadap Islam, walaupun mereka sudah memahami Islam.

Berikutan itu, aku menanam cita-cita untuk berjumpa dengan manusia seperti Kasim Ahmad, Hishamuddin Rais dan Raja Petra. Tujuanku adalah untuk berbual-bual dengan mereka, untuk mengetahui tentang apa sebenar yang mereka mahu.

Memang mereka bertindak kadangkala luar batasan, tetapi sedarkah kita, mereka bertindak itu disebabkan kesalahan kita juga.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 september 2008 * 2:11 Pagi.



2 comments:

Anonymous said...

itu yg menjadi masalah besar sekarang...RPK dah berapa kali dibawa berjumpa dengan ustaz2 setiap kali dia dipanggil...tp die tetap keras kepala siap tulis dan kutuk lg hasil pertemuan dengan ustaz2 tu...saya dah mengikuti tulisan RPK sejak dulu lg dan saya setuju cara die mendedahkan penyelewengan dalam kerajaan..tapi bab agama sepatutnya die serahkan pada yg arif..pada yang berhak..Al-Quran bukan nya boleh ditafsir dengan membaca sahaja...kalau Ummi tak yakin dengan saya baca komen2 pada artikel die tentang agama bagaimana non-Muslim bg pandangan mereka tentang Islam..dan die biarkan saja sesi Muslim-bashing pada komen2 tu...saya terpaksa bersetuju dengan tindakan ISA demi maruah agama kita..RPK dah disaman berkali2 dah dibawa ke balai polis berkali2 tp die masih berdegil...jd terpaksa tindakan diambil..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam kuliah,

terima kasih sudi singgah dan memberi pendapat...ummi setuju juga dengan pendapat kuliah tetapi apakah kesudahannya nanti..?adakah dia akan insaf kalau di'ISA'kan..?

kita perlu sedarkan dia akan kesilapan pendirian dia terhadap Islam...jadi kalau kita tak bicarakan dia dan bongkar kesalahan dia..dia tetap akan merasa apa yg dia buat betol...macamana dia nak paham Islam kalau kita tak pahamkan dia..?

sedangkan Nabi Muhammad saw bertahun2 berdakwah..dihina..dikeji..diejek..dituduh yg bukan2...tapi baginda tak mudah berputus asa...takkan para ugamawan kita cepat sgt mengaku kalah..kenapa tak singkap sejarah baginda berdakwah utk berhadapan dengan manusia2 seperti RPK dan yg sewaktu dgnnya..?/

itu pendapat ummi...wallahualam

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil