KUANTAN, 11 Sept (Hrkh) � Dewan Pemuda PAS Pahang menyifatkan tindakan displin yang dikenakan Umno terhadap ketua Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail mengesahkan parti itu mengamalkan undang-undang berbeza terhadap rakyat.
Ketuanya Suhaimi Md Saad berkata, jika pembangkang bercakap senada dengan Ahmad, sudah tentu kerajaan akan mendakwa dibawah Akta Hasutan atau ISA dan sebagainya tetapi kerana Ahmad ahli Umno, kerajaan Umno hanya mengenakan tindakan displin parti sahaja.
"Perkara ini sudah diperhatikan rakyat jelata seluruhnya kerana kesalahan Ahmad bukan kesalahan kecil bahkan boleh dikena tindakan dibawah pencegahan seperti Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun PAS tidak menyetujuinya," ujar beliau.
Suhaimi mempertikaikan tindakan displin yang lemah dikenakan terhadap Ahmad ini kerana sepatutnya bukan Ahmad seorang yang dikenakan tindakan itu tetapi termasuk juga individu yang menurut, mengoyak dan memijak gambar Dr Koh Tsu Kun itu kerana mereka juga membuat provokasi perkauman.
Tambahnya, tindakan juga sepatutnya dikenakan kepada stesyen televisyen kerana menyiarkan video kejadian itu yang jelas telah mengapi-apikan isu berkenaan.
Bagi PAS, apa yang berlaku membuktikan rapuhnya semangat setiakawan dalam Barisan Nasional �BN.
Ahmad digantung tiga tahun-Malaysiakini
Semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan Ahmad Ismail digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti Umno selama tiga tahun.
Menurut Suhaimi, menggantung keahlian Ahmad tidak akan menyelesaikan masalah kerana ia membolehkan beliau terus menyerang pemimpin Gerakan yang dimusuhinya selepas ini dengan lebih bebas kerana tidak terikat lagi dengan displin Umno walaupun dia adalah Umno.
Ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang membangkitkan isu perkauman, Abdullah berkata tindakan mungkin diambil melalui undang-undang.
Perdana menteri juga ditanya sama ada kerajaan akan mengguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang berbuat demikian.
Menurut Abdullah, kerajaan akan berbuat demikian sekiranya ia perlu dan tindakan itu difikirkan wajar.
Ditanya sama ada tindakan menggunakan ISA itu melanggarkan kebebasan bersuara, perdana menteri berkata tidak wujud kebebasan tanpa sekatan.
Menurutnya, undang-undang mesti dihormati dan "kita tidak boleh buat apa sahaja atas nama kebebasan."
Abdullah juga berkata, Ahmad mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan MT itu.
ummi- amboi..amboi laa...manja sungguh si Ahmad tu ye...kalau org2 PR buat silap sikit ISA..tak buat silap pun ISA....tak mengancam negara pon ISA...citt..tak boleh rayu2 lagi
''INI...TIDAK ADILLLL...''(3 Abdul nye stail)...Abdul PR dapat ISA....Abdul Ahmad dapat gantung 3 tahun boleh rayu lagi....
takpa...kita tunggu ' namblas doploh '...sapa yang kenaaaa...
4 comments:
tau sebab apa Pak Lah susah nak handle kes perkauman ni..sebab kat Umno kepala Batas ada seorang ahli bukan Melayu..pompuan..camana boleh masuk mno? nama dia Jin
muahahaha...itu Jin manyak specel ooo..
jin pakai toncet
hahahaha...
Post a Comment