Assalamualaikum
Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.
Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.
Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.
Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.
Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.
Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.
Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
2. 5,000 ekar di Bruas
3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.
Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!
Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.
Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).
9 comments:
1. Semua catatan sila kemukakan bukti yang kukuh. tanpa bukti, saya menganggap saudara telah menyebarkan fitnah.
2. Baru 11 bulan memerintah 3000 ekar telah lesap ke tangan Cina utk milik kekal, bayangkan jika 50 tahun memerintah.
Haloo..irish barua UMNO. Kalau nak bukti pegilah sendiri tempat2 yang DS Nizar katakan tu. Siasat sendiri baru puas hati. Bodoh punya orang UMNO.
jawapan dia:
163636.36363636363636363636363636 ekar
50 thn perintah byk ni la kot?
hahaha...apa la irsh yg tu pun maleh nak kira
SALAM...APA CERITA PASAL TANAH???
CERITA LAH PASAL KES GAMBAR BOGEL ELI!!
DENGAR SEMBANG KEDAI KOPI GAMBAR TU ELI DENGAN LELAKI MELAYU!!!
ERRRR HARAP PIHAK BLOGGER PAKATAN RAKYAT DAPAT MENCUNGKIL ISU BOGEL INI.
SAYA YAKIN PIHAK BLOGGER PAKATAN RAKYAT AMAT TELUS DALAM MENCARI KEBENARAN KES BOGEL INI!!!
SALAM....
gmbr bogel ke gmbr dia tgh tidur?
bloggers PR takde masa nak selak kain orang aihh...lagi berpekdah tumpukan pada hal Perak dan pilihanraya...
nampak gayanya UMNO/BN macam nak kalihkan perhatian dari kes rampas Perak ke kes tido si amoi tu...
gomo..dulu bukan ke gomo nak tau sangat pasal isu tanah kat Perak ni..asal sibuk pasal isu separuh bogel si amoi tu..?? gomo suka selak kain orang ekk..tak baik tau dosa...nanti orang selak kain gomo lak...masa tu jangan marah ekk..nanti kena jual...
hehehe
SALAM UMMI....
EM SILAKAN SAPA-SAPA NAK SELAK KAIN GOMO..
GOMO TAK KESAH....
PELIK LIHAT BLOGGER PAKATAN SEMUANYA TIDAK MENGELUARKAN ISU GAMBAR BOGEL ELI TU SEKARANG.
MULA-MULA TU PEH BUKAN MAIN DOK SALAHKAN BN DAN UMNO. KATA KERJA KONSPIRASI LAH..INI LAH...LA NI???
KAN DAH KENA SENDIRI.
TU LAH GOMO DAH PESAN JANGAN FITNAH!!!
ERRR GOMO ADA KELUARKAN POST AKAN BLOGGER PAKATAN RAKYAT YANG FITNAH NI...SILAKAN KOMEN YE UMMI.
SALAM...
salam gomo..
bloggers PR taknak tambah dosa nak tayang kangkang orang...dah BPN tayang cukup la..orang boleh tengok..cuma untuk meletakkan gambar kangkang orang kat blog PR ni rasa macam mencemarkan rumah sendiri lak...lain la BPN bab yang sensor ni memang suke sangat ye...hehe
walau apapun alasan yg BPN kata..ianya tetap konspirasi UMNO/BN...ye la bukan senang nak dapat tayang kangkang org kan..kalau mintak saje2 mana leh dapat melainkan orang tu dapat habuan besar ye tak..selalu yg suka bermain dengan duit ni sape ye..??
apa pulak komen tentang moral anak2 menteri ye..yang gambarnye dah merata seantero dunia...macam anak Nazri..anak Najib..berpeluk dengan pempuan bukan muhrim..pegang tin minuman keras..oppss bakal ketua pemuda UMNO Khairy tu apa lak yang nak dijelaskan ye..??komen sikit gomo..
MORAL...MORAL....AHLAK....
MASAALAHNYE NAZRI , KHAIRY DAN NAJIB NI MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM PULAK TU...MALAH DEPA NI JUGA PEMIMPIN NEGARA...(ummi pijam ayat gomo ye..hehehe)
komen sikit..!!
Haha..betul2..sesiapa yg ada jawatan dlm senarai tu sila letak jawatan!
Ish2..suke bebeno tgk gambar bogel..
Tak kisah plak tu diselak2..takde maruah ke? Ops..lupe.."mereka" dah biasa dah dgn semua2 ni..
Udah2 le tu buat dose..
Post a Comment