Followers

Wednesday, February 18, 2009

gempaq lagi menggempaqkan....

kalau MSK ada berita hot..hot..hot...Perisik Rakyat dengan berita pecah tanah..ummi ada berita gempakk...

cerita dan sumber lebih kurang sama la..berita yang dikhabarkan..tak kira la angin sepoi2 bahasa halus ka..bahasa kasar ka...tapi memang boleh buat UMNO/BN hangit wa cakap lu...

  1. MB haram Zambry dan exco2nya telah dijatuh hukum gantung...bukan gantung sampai mati..tapi gantung untuk menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan..dan exconya 12 bulan..ate dah jadi macam gini apa lagi nak tunggu..bubar je DUN senang cite...
  2. cerita yang satu ni masih belum disahkan lagi..tapi dah bertiup kencang dah sampai tahap angin puting beliung...apa dia..? ADUN Bota dan Jelapang letak jawatan...dan akan menyusul ADUN Behrang dan Changkat Jering ....ini disebabkan kerana tekanan hidup..bukan pasal kesempitan hidup..tapi tekanan perasaan so sebelum jadi sakit jiwa depa terpaksa melepaskan jawatan...ni hangpa jangan la percaya bulat2..pasai belum konpom...ingat ianya hanya berita angin puting beliung..tapi kalau ianya menjadi kenyataan..hangpa agak apa akan berlaku...DUN Perak akan dibubar....!!
  3. lagu satu cerita hangat...panas membara..satu delegasi UMNO telah menemui Raja Nazrin dan memohon supaya DUN Perak dibubarkan. dulu depa tak nak bubar DUN, la ni depa pula yang minta bubar DUN... Ni la UMNO yang tak tetap pendirian.... kan senang kalau dari awal dulu bubar DUN.
berita no 2 dan 3 masih dalam katogeri kabor angin..mintak sapa2 yang boleh konpomkan dengan kadar segera...tapi nasihat pada UMNO/BN jangan le mike susah hati..kalau berlaku pilihanraya mike boleh menang lagi...tapi tak jamin la berape kerusi...

Takbirr..!!!

8 comments:

Anonymous said...

UmmiAnni,
Nampaknya UMNO bertambah gawat lagi kerana terpaksa menghadapi masaalah pemilihan dalam dalam parti, pilihanraya beberapa bukit...dan kini MB hitam tidak dibenarkan hadir dalam persidangan.

Disebabkan kebodohan Zahid Hamidi dan kuncu-kuncunya kini Najib Razak terpaksa menanggong derita !

EQUILIBRIUM said...

mungkin ini mainan dalaman amno utk mengencingkan najib kot muahahaha

Anonymous said...

jaga jaga hari tu pun macam ni juga.
mula ok lepas tu umno swing.Haru kita dibuatnya.

azreen said...

hahaha..

no 1- macam cte mr bean la pulak si sivakumar..

no 2 & 3..khabar angin ke fitnah? konon2 perang saraf la ni..hahahaha

Anonymous said...

ala apa nak kecoh2.. dari zaman reformasi anuar, kata janji bukti berkotak2 sampai sekarang haram jadah satu pun tak kelua2 lol :D..

aku yg ikut2 sama reformasi dulu pun jadila budak bodoh ikut2 cakap pak nuar, cit..

la nia sejak kelua penjara sampai sekarang janji dia satu haram jadah pun tak boleh caya.. semua hampas.. apa punya org la.. nak kena tipu lagi ke.. hiss tak nak aku.. cukupla satu kali tipu.. dua kali tipu.. 2x5 je dgn semua politikus2 lain..

lebih baik tutup mulut, kurnag sikit dosa, cari duit buat anak bini, mak ayah, adik beradik, lagi banyak pahla..

kau org berjuang la kasi hancur melayu, islam... org kapiak tak de la pulak nampak lebih2 macam ko org.. lol , depa cakap2 pun poket penuh.. hangpa kecoh2 poket abuk ada la..

cit buang masa aja..

PAPA GOMO said...

SALAM UMMI.
MACAM MANA LAH SPEAKER TU BOLEH JATUHKAN HUKUMAN GANTUNG MB ZAMBRI DAN EXCONYA???

BILA INI TERJADI BERMAKNA PIHAK PAKATAN TELAH MENGIKTIRAF MB ZAMBRI SEBAGAI MB PERAK YANG SAH. DAN EXCONYA JUGA ADALAH EXCO PERAK YANG SAH.

EM.....SENDIRI DAH TERKENA NI UMMI...

muraisenja said...

salam ummi.... mmg hot ni.... geng2 gerombolan lagi la hot... dok dalam bilik aircond pun masih hot lagi la gamaknye...hehehehe
aku suka sgt ummi.... tu la org dh kata
buat baik berpada2
buat jahat jgn sekali
siakap senohong gelama ikan duri
yng suka cakap bohong tula menteri

EQUILIBRIUM said...

gomo,

apa mike meparpu ni muahahaha

zambri kena gantung takde kena mengena dgn ke"sah"an mb dia tu muahahaha

awat la hang ni main tulih ja

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil