Followers

Monday, March 16, 2009

afundi umno merosot...

Situasi Menjelang PRK 2 Bukit 1 Batang Ai
(undian sms NTV7)

1.Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Isa Abdul Samad, UMNO adalah parti demokratik sejak ia ditubuhkan dan mendaulatkan rakyat serta keadilan sosial dengan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Setuju : 5% Tidak Setuju : 95%

2. Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat, cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak ialah dengan mengadakan pilihanraya demi kepuasan rakyat.

Setuju : 98% Tidak Setuju : 2%

3. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah perlaksanaan PPSMI didalangi pihak pembangkang berdasarkan demontrasi jalanan dan mengaitkan institusi istana serta mencemarkan imej masjid.

Setuju : 5% Tidak Setuju : 95%

4.Sidang dun bawah pokok....

97 % mengatakan sah....3 % tidak sah

5. Zambry anggap plak demokrasi sebagai penghinaan kepada sultan perak...

92 % Tidak setuju.... 8 % setuju....


Setujukah anda dengan langkah Majlis Bandaraya Ipoh
memusnahkan Plak Pokok Demokrasi di Ipoh, Perak?

Setuju = 4%

Tidak Setuju = 96%

kalau tengok peratusan undian orang ramai...boleh bungkus umno ni...tinggal lagi umno selamat kerana umno pegang kuasa di Malaysia ni...itu pun dah kacau bilau..dah nyawa2 ikan..kain kapan dah disediakan...keranda dah siap...kuburan dah berkorek...tinggal tunggu jenazah aje...pak imam pun dah ready nak bacakan talkin...disana sini dah kedengaran orang membaca surah Yassin...

Innalillahi wainnalillahirojiu'n..

1 comment:

Anonymous said...

Mereka bercakap dari dalam rumah,sebab itu mereka tetap mendewakan yang mereka lah pembela bangsa dan ugama,namun apa yang rakyat dapat lihat dari luar rumah,mereka lah party yang telah berakar umbi dengan perlakuan rasuah,dan berbagai bentuk salah guna kuasa,dan pada zaman mereka memerintah lah seorang wanita yang sedang mengandung di bom dengan C4...itulah bentuk demokrasi yang mereka pertunjukan pada dunia.Rakyat bukan buta mata untuk melihat semua ini.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil