bila bloggersnetwork buat tabung untuk bloggers...ada pula kata macam dibawah ni...
- Panglima Perang Cyber said...
Tak ada duit lepas Nizar jatuh ke ?
Moga dimurahkan rezeki.
Cuma kalau buat kerja tak baik seperti cerita keburukan dan fitnah orang tentu jadi tak murah rezeki.
Sebab Pemberi Rezeki marah !!!!
Tandanya ? ramai orang marah !!!
Nak dakwah Islam jangan buat orang marah.
Kena pujuk dengan lembut.
Nabi diperingatkan agar jangan bersikap keras dengan orang kafir quraisy.
Apatah lagi dengan orang Islam...
pandangan 5 sen saya...
kata2 seperti ini pernah ku dengar..tetapi di mana ya...?? oohhh..semasa menunggu pc dar DS Nizar untuk mengumumkan keputusan sultan pada hari rampasan kuasa berlaku..lokasi di residensi MB...cakap2 daripada wartawan2 arus perdana..ooppsss silap wartawan arus BN...
pasal apa depa cakap camtu..masa tu hanya team bloggersnetwork saja yg diberi masuk ke residensi...wartawan2 semua pakat kena tunggu kat luar pagar...bila dah dibagi kebenaran masuk depa pakat pandang kami macam musuh..siap jeling2...pastu cakap "lepas ni habis kerajaan PR habis la depa.." halooo u allz..u allz...kita orang tumbang ka tak tumbang ka...kami tetap begini..setiap yg kami buat dan kemana saja semua keluar duit poket sendiri dan dari poket suami kami...takde yg datang dari poket kerajaan PR...
bila seorang wartawan dari Sinar Harian mai tanya.."lepas ni sape yg akan bayar gaji u all..? "..ummi kata 'kami sendirian berhad..kami blogger sukerela bukan kerajaan PR punya dan tidak dibayar gaji..'dia balas " aikk..zaman sekarang pun masih ada yg sukarela ye..susah nak cari org yg sanggup buat kerja sukarela ni.." dalam hati ummi kata..dalam PR ramai aje yang buat kerja sukarela ni..lagi2 warga PAS semua kerja kerana Allah Ta'ala..dalam umno/bn mana nak jumpa macam warga PR ni..bn dah macam kat KL..gerak sikit hulur duit..jalan sikit hulur duit...PR semua pakat hulur2 lagi untuk jemaah ada la...
kat bawah ni adalah jawapan ciberboron kepada kekeliruan PPC terhadap bloggernetwork...
Keliru #1
Panglima perang cyber (PPC) menganggap orang PR termasuk bloggers ada banyak duit waktu PR berkuasa di Perak. Bila kuasa hilang maka duit pun hilang juga. Sebenarnya inilah aqidah politik UMNO. Ada kuasa - ada duit. Tak ada kuasa - tak ada duit. UMNO memang menggunakan kuasa untuk buat duit. Yang berebut-rebut jawatan dari cawangan sampai ke pusat tu, tak ada lain matlamatnya melainkan duitlah jua. Dek kerana budaya politik UMNO begitu, maka mereka menganggap orang parti lain pun sama.
Aku tahu kisah MSK. Waktu nak bentuk bloggersnetwork@perak hari tu, MSK sekadar ada kemahuan dan semangat. Duit habuk pun tarak. Kos konvensyen teh tarik kat kluang cafe tu ialah rm600. MSK bagi deposit rm300. Ketika program dah berjalan, baki dalam poket MSK hanya ada rm150. Kalau tak ada yang tolong top-up sebelum teh tarik habis dihirup, MSK mungkin kena cuci pinggan kat dapur kluang cafe selama dua minggu. Tapi, alhadulillah beberapa bloggers yang hadir bersalam dengan MSK dengan tangan berisi. Tiba-tiba Pak Karamu huloq rm600 untuk kos penuh teh tarik kluang cafe. Amin!
Sejak November hingga Januari, J-pemaya bermesyuarat dua minggu sekali di Ipoh. Pernah juga dua kali mesyuarat dalam seminggu kerana nak bereskan beberapa persediaan program untuk kerajaan. Bloggers bukan kakitangan kerajaan. Bukan juga dapat kontrak untuk buat program kerajaan. Senang cerita, tak dapat duit pun! Bloggers tampil atas rasa tanggungjawab untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dah membuktikan penunaian misi dan visi rakyat. Antara keutamaan waktu itu ialah nak membantu 2 exco yang nampak macam mati pucuk menguruskan portfolio masing-masing iaitu Jamaludin dan Osman.
PPC memang keliru!
Keliru #2
Bloggers UMNO sentiasa naik angin bila perangai buruk dan jenayah UMNO didedahkan oleh bloggers Pakatan Rakyat. Bagi mereka keburukan itu tak patut didedahkan. Pembongkaran itu dikatakan hanya fitnah. Semuanya fitnah.
Inilah masalahnya apabila kewarasan dikawal oleh emosi, ego dan nafsu. Bila dah begitu, hilanglah waras. Yang tinggal hanyalah emosi, ego dan nafsu keUMNOan selama-lamanya.
PPC marah pada tembakan dan ulasan bloggers Pakatan rakyat yang menggambarkan betapa buruknya UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Aik! tak perasan ke tulisan bloggers UMNO tentang Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya? Yahudi, boneka, babi, aljuburi, lahanat, celaka, beruk, monyet, pundek, gadai hak melayu, pengkhianat agama, penderhaka dan seribu satu macam lagi. Perkataan-perkataan ini adalah wirid dan zikir bloggers UMNO setiap hari.
Bloggers PR cerita keburukan UMNO - Tuhan marah!
Bloggers UMNO babikan dan yahudikan PR - Tuhan tak marah ke?
Alamak! apa standard punya kepala hotak macam ni?
Keliru #3
Basically aku sokong perbincangan tentang kaedah dan pendekatan dakwah. PPC pun concerned juga hal ini nampaknya. Nak berdakwah, kenalah pujuk dengan lembut. Jangan buat orang marah. Jangan bersikap keras. Nak dakwah kafir Quraish pun mesti lemah lembut, apatah lagi nak dakwah orang Islam. Demikian madah ustaz PPC. Ewahhhhhh!
Pujuk, lembut dan sikap tidak keras cara UMNO ialah dengan gunakan ISA, OSA, AUKU, Akta Polis dan Akta Hasutan. Sesekali gunakan FRU yang sopan santun lagi lemah gemalai. Ucapan pemimpin dan lain-lain jurucakap UMNO termasuk TV, radio dan akhbar memang tinggi budi bahasa dan tak pernah menyebabkan sesiapa pun marah. Ewahhhhhh!
Yang sebenornye, teman kesian bebenor pada bloggers upahan UMNO yang bergentayangan di langit Malaysia ni. Confused makam tinggi! Siang malam dia maki kita, tak apa. Sekali sekala kita balas dengan maki juga, tak boleh. Apa barang punya IQ?
Kalau nak tau, method dan approach dakwah Nabi ada pelbagai. Ada secara sembunyi, ada yang terang-terangan. Ada pujuk, ada warning. Ada puji, ada cerca. Ada ketikanya memaafkan, ada waktunya membalas serangan. Ada secara direct, ada pula secara indirect.
Ada ayat Al-Quran yang memerintahkan kelembutan cara dakwah macam yang PPC faham sikit-sikit tu. Tapi tolong pelajari ayat itu sampai habis. 'Ibrah daripada ayat itu datang secara 'mafhum mukhalafah'. Ayat itu bermaksud (terjemahannya), "Sekiranya kamu bersikap kasar dan keras hati, nescaya mereka (yang diseru itu) akan lari daripadamu". Tolong faham baik-baik. Allah tidak perintahkan secara direct tentang cara yang lembut dan tidak kasar itu. Ia memang diperintahkan, tetapi secara indirect. Ada beza antara yang direct dan yang indirect. Tapi ruang ini tak cukup untuk membincangkannya secara detail. PPC kena rajin sikit pegi mengaji.
Ada ayat Al-Quran yang memerintahkan supaya bersikap keras terhadap kafir dan munafiq. Ayat itu bermaksud (terjemahannya), "Perangilah orang kafir dan orang munafiq itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka ...".
Macam mana pulak ni? Satu ayat suruh lembut. Satu ayat lagi suruh keras. Kedua-duanya ayat Quran. Mustahil ayat Quran itu bercanggah antara satu dengan yang lain. Maknanya, lembut pun disuruh, keras pun disuruh. Lembut ada tempatnya. Keras ada tempatnya. Lembut bertempat. Keras bertempat.
Duhai PPC & the gang yang aku sayangi, please jangan dedahkan kebodohan diri sendiri. Kalau tak bercakap (menulis), orang belum tahu sama ada PPC & the gang reti ke tak reti. Bila bercakap (menulis), confirmed ... tak reti!
makanya kalau puak2 bn rasa heran kenapa tabung bloggers ni diwujudkan...ini lah hakikatnya kami bukan diupah tapi rela dan rasa bertanggungjawab untuk membantu kerajaan PR menyatakan kebenaran yang berlaku..bloggersnetwork punya misi adalah membantu kerajaan PR menangkis tohmahan yg dilemparkan pada PR..tapi dalam masa yg sama kalau PR buat salah pun kena bantai jugak..pasal kami bukan diupah maka bebas untuk mengkritik untuk kebaikkan..bukan untuk menjatuhkan..tapi kalau hat yg macam katak tu memang kena pancung habis la..sapa suruh buat hal...
ummi yakin yang dok berkokok kata kami menfitnah dan memburukkan BN kerana apa yg ditulis adalah dengan fakta..tapi kalau blogger BN fakta ntah ke mana dok merapu aje...lagipun kalau kisah Perak hangpa nak buat cerita sedangkan hangpa duk tang mana..? bila tanya duk mana..KL..citt duk luar Perak mai nak buruk2kan Perak..pirraahhh
4 comments:
SALAM UMMI
SEMEMANGNYA DAH ADA BUKTI YANG BLOGGER PAKATAN NI ADALAH BLOGGER UPAHAN ANWAR AL-JUBURI. JANGAN NAK BERSELINDUNG LAGI DENGAN HAL INI.
FITNAH TAK PERNAH PUTUS-PUTUS PUAK LU ORANG NI.
BILA AJAK BERDEBAT TAKUT.
MELARIKAN DIRI.
SOALAN YANG DI AJUKAN TIDAK DAPAT DIJAWAP.
HAPRAK LAH LU ORANG NI SEMUA PUAK PEMBANGKANG.
LU ORANG CAKAP SAHAJA BILA DAN DI MANA UNTUK KITA BERDEBAT DALAM MASAALAH RAKYAT.
KAMI DI BPN SEDIA DAN TERIMA PERDEBATAN INI.
JANGAN MENYALAK TAK TENTU PASAL SAHAJA.
APA ANWAR AL-JUBURI DAH SEMAKIN PANAS SEKARANG DAN KAU ORANG PULA YANG DAPAT TEKANAN????
salam gomo
awatnya hangat hati ni...nak berdebat tu boleh..tapi takat berdebat dengan fakta takde buang karan jek...bila kena tang batang hidung dok maki hamun orang..apa kes..kan buang masa jek..
ni sapa yang tgh menyalak ni...kami ka..BPN...kami tak kacau hangpa pun..pasai apa terasa..tadi makan cili ka..??
ala ummi puak BPN nama aje gah tapi haprak..hampeh takdak isi..macam tong kosong bunyi aja kuat tapi kosong...cakap depa nada serupa aja..nada orang bodoh piang..akai kosong..
aku tanya hang satu soklan budak darjah 4..
Gobind deo kena gantung setahun..zambry kena gantung 18 bulan... sama2 kena gantung..jadi pasai apa zambry kata keputusan speaker tak sah..?? kan dua2 kes speaker yg jatuhkan hukum..?
jawab BPN...
Perakmali....soalan awat tu tak bijak laa..(Stupid Question) :
There is no such things as stupid question, only sutpid person who put that question.
Post a Comment