Followers

Monday, March 16, 2009

Prof Aziz Bari menyanggah Rais Yatim..



PERLEMBAGAAN adalah satu dokumen istimewa yang tidak harus dibaca seperti dokumen undang-undang biasa. Demikian ditegaskan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas huraian Menteri Luar, Dato Seri Utama Rais Yatim, mengenai krisis di Perak Rabu lalu.

“Memang kita semua tahu bahawa peruntukan di bawah Perkara 16(2)(a) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak itu sama, patah demi patah, dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Bahkan peruntukan itu sama dengan negeri-negeri lain termasuk yang tidak mempunyai raja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Dan sebenarnya idea yang sama juga ada dalam peruntukan-peruntukan yang berkaitan di Australia dan India serta kebanyakan negara Komanwel yang kesemuanya mengkanunkan konvensyen yang berasal dan berkembang di United Kingdom,” jelas profesor undang-undang perlembagaan itu ketika diminta memberi komen.

Bagaimanapun, kata Aziz lagi, peruntukan itu tidak harus ditafsir secara harfiah atau literal kerana ia akan menimbulkan masalah.

“Rais seolah-olah membaca peruntukan tersebut seperti membaca peruntukan dalam statut atau akta biasa. Atau macam membaca perjanjian jual beli rumah (S & P agreement). Ini tidak wajar walaupun tidaklah salah,” ujarnya.

Aziz berkata Umno memaki hamun raja selepas mereka kalah di Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990 dan menuduh istana menjadi punca kekalahan mereka. selepas itu mereka cuba meminda peruntukan berkenaan.

Katanya “Mereka malah cuba hendak meminda peruntukan berkenaan dengan mewajibkan Raja-Raja mematuhi nasihat. Bagaimanapun mereka membatalkan rancangan itu apabila mereka menyedari bahawa pindaan sebegitu tidak boleh dilakukan kerana raja hanya berkewajipan menerima nasihat dari seorang yang telah dilantik menjadi menteri besar. Kalau belum dilantik apa hak Umno untuk memberi nasihat?”

Aziz menjelaskan meskipun perlembagaan menyebut ungkapan budibicara ia tidak bermaksud bahawa raja boleh melantik secara sesuka hati.

“Sebenarnya apa yang dikatakan budibicara itu hanya wujud atau timbul tatkala ada keraguan atau hung parliament. Tetapi ini amat jarang berlaku. Dalam keadaan biasa raja perlu melantik orang yang mendapat sokongan majoriti dalam dewan. Sebab itulah selama ini Presiden UMNO semacam automatik menjadi Perdana Menteri. Ini kerana ia mendapat sokongan ahli parlimen UMNO dan parti-parti komponen lain. Begitu juga di peringkat negeri di mana Perdana Menteri.

– meskipun tidak ada hak di sisi perlembagaan – memberitahu sultan siapa yang mereka mahu sebagai menteri besar atau ketua menteri,” jelas Aziz.

Kenyataan politik itulah, jelasnya, yang menyebabkan timbul tanggapan bahawa yang melantik ketua menteri dan menteri besar ialah Perdana Menteri dan bukan sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Rais sendiri ada membuat kenyataan yang membayangkan tanggapan itu tatkala Umno berhadapan dengan situasi sulit di Perlis dan Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Bagaimanapun dalam menjelaskan kemelut politik di Perak sekarang Rais mengubah temanya.
“Beliau semacam melihat kuasa sultan kuasa mutlak yang saya fikir tak begitu tepat.

Mengambilkira apa yang berlaku kita boleh berasa ragu apakah sultan sebenarnya menggunakan budibicara itu kerana kita mendapat tahu bahawa ada persaingan dalam jawatan menteri besar. Meskipun secara rasmi atau formalnya sultan melantik berdasarkan budibicara tetapi ada tanda-tanda bahawa sultan melantik orang yang ditunjuk oleh Perdana Menteri. Dan sudah pastilah Umno mempunyai mekanisme untuk memaksa semua ADUNnya menyokong calon berkenaan,” jelas pakar perlembagaan itu lagi.

Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat.

“Selagi ia tidak menghina atau melekehkan sultan apa salahnya. Apa yang menghasut ialah menimbulkan kebencian atau menghujah kenapa sistem beraja perlu dihapuskan. Apa akan jadi kepada demokrasi kita kalau kritikan tidak boleh dibuat?” soal Aziz lagi.

Beliau berkata Umno sendiri berbuat demikian. Dalam beberapa insiden tertentu, termasuk ketika krisis dengan Raja-Raja pada 1983 dan 1993, mereka lebih teruk lagi. Aziz berkata semua rakyat, baik di dalam Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, perlu diberi peluang untuk mendalami sistem kita dan sekarang adalah masanya.

“Sebab itu adalah malang jika Rais mencadangkan tindakan tegas diambil oleh Peguam Negara. Ini akan menimbulkan budaya takut di kalangan rakyat dan mereka akan terlepas peluang untuk mendengar pelbagai hujah dan perspektif,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Aziz lagi, krisis di Perak melibatkan banyak isu yang akhir-akhir ini sudah melarat kepada dewan dan speakernya.

“Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya.

Beliau berkata krisis di Perak adalah krisis politik yang paling buruk kerana ia memakan masa yang lama.

“Tidak pernah berlaku sebelum ini satu negeri mempunyai dua kerajaan,” ujarnya.
Sehingga ini telah timbul semacam pendapat sebulat suara bahawa pembubaran dewan bagi membolehkan pilihan raya adalah satu-satunya penyelesaian.

Rabu lalu Dato Param Coomaraswamy menyatakan bahawa apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi sekiranya sultan membubarkan dewan pada 5 Februari lalu. Pendapat itu turut disokong oleh Majlis Peguam dalam satu kenyataan Selasa lalu.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Ahad, Mac 08, 2009 ulasan
Pesurujaya Kehakiman Ridzuan Ibrahim boleh diseret ke Dun Perak untuk diadili, dijatuhkan hukuman kerana hina Dun Perak!

PESURUHJAYA Kehakiman Ridzuan Ibrahim boleh diseret ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak untuk diadili oleh dewan kerana menghina dewan. Demikian ditegaskan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut menyatakan bahawa hakim tersebut telah melampaui bidang kuasanya di sisi undang-undang.

Selasa lalu (3 Mac) mahkamah tinggi membenarkan permohonan Barisan Basional untuk menghalang sidang Dun.

Pendapat Karpal dipersetujui oleh Prof. Dr Abdul Aziz Bari yang berkata Perintah Mahkamah Tinggi itu bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa yang menjadi tulang belakang kepada badan kehakiman yakni DUN, pihak eksekutif yakni Menteri Besar dan Exconya serta badan kehakiman.

“Nampaknya hakim tidak mengambil kira teori ini yang meskipun tidak disebut oleh perlembagaan atau perintah tetap DUN tetapi ia menjadi roh kepada semua peruntukan yang menyatakan kedudukan dan kuasa dewan dan speaker. Begitu juga dengan kuasa DUN dan mahkamah untuk menghukum sesiapa yang menghina perintahnya,” kata Aziz lagi.

Sebelum ini Dato Param Coomaraswamy turut menyatakan kesal atas apa yang beliau lihat sebagai pelanggaran kepada doktrin pengasingan kuasa yang penting itu. Param juga berpendapat bahawa mahkamah tidak harus campur dalam soal ini dan seharusnya krisis politik di Perak itu dikembalikan kepada rakyat melalui pembubaran dewan.

Aziz berkata kedudukan dan kuasa speaker yang luas – baik di Dewan Rakyat maupun dalam Dun – adalah berasaskan kepada kedudukannya sebagai badan perundangan (legislature).
“Dari apa yang kita lihat nampaknya mahkamah tidak menghiraukan kedudukan ini dan meletakkan kedudukan speaker sama dengan kakitangan awam biasa,” tambahnya.

Beliau berkata adalah ganjil apabila mahkamah mengeluarkan perintah melarang sidang dewan kerana ia amat bertentangan dengan teori pengasingan kuasa. Kata Aziz “ini tidak pernah terjadi, baik di Malaysia atau pun di negara-negara Komanwel lain”.

Sebab itu, jelasnya, perintah itu tidak perlu dihormati dan malah hakim berkenaan boleh dihukum oleh dewan kerana menghinanya. Aziz berkata kuasa mutlak sebegini bukanlah sesuatu yang terlalu ganjil.

“Mahkamah sendiri mempunyai beberapa kuasa yang diberi untuk menjaga kehormatannya. Perdana Menteri atau Menteri Besar pun ada kuasa mutlak dalam soal perlantikan dan pemberhentian ahli-ahli kabinet mereka,” katanya lagi.

1 comment:

tokmod said...

masaalah di dun perak ini membuat semua golonggan bercakap.dari petani hinggalah ke-prof-lah,ahli politiklah,ahli itu ahli inilah yg hanya cakap3 saja.sampai bila agaknya masaalah ini kita akan bercakap? mungkin bukan aku saja merasa bosan jemu menbaca & mendengar & melihat masaalah dun perak ni berlarutan. aaaaaaku berseru kepada semua yg megaku berkuasa ,bijak pandai yg banyak barcakap fikirkanlah PEYELESAIYANNYA.BANYAK PEKARA LAIN YG BOLEH KITA CAKAP YG MENDATANGKAN FAEDAH UNTOK SEMUA

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil