Followers

Tuesday, March 17, 2009

cantasan yg berhemah...

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati terlibat dengan politik wang.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.


keputusan Lembaga Disiplin terhadap 900 aduan politik wang telah menampakkan sedikit pergerakkan..

Ahli-ahli yang digantung keahlian selama tiga tahun:

1. Rosli Hasan (AJK bahagian Bukit Katil)

2. Zalina Ismail (Naib Ketua Puteri bahagian Bukit Katil)

3. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (Ketua Pemuda bahagian Maran)

4. Datuk Japlin Akim (ahli bahagian Kota Belud)

5. Salmah Pin (ahli bahagian Bandar Tun Razak)

Ahli-ahli yang digantung keahlian selama setahun:

6. Datuk Mokhtar Samad (Ketua bahagian Bandar Tun Razak)

7. Datuk Manan Ismail (ahli bahagian Paya Besar)

8. Amran Mat (Timbalan Ketua Pemuda bahagian Kuala Krai)

9. Mohd Zuki Mohd Zain (Ketua Cawangan Gua Musang)

10. Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (Timbalan Ketua bahagian Paya Besar)

Ahli-ahli yang diberi amaran:

11. Mohd Zali Besar (AJK bahagian Paya Besar)

12. Mohd Shohaimi Jusoh (Naib Ketua bahagian Paya Besar)

13. Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda Rembau)

say goodbye to Ali Rustam....ni nak tanya la sikit..bila dah sah ada terlibat dengan politik wang..SPRM takde nak ambik port ke..??

tapi keputusan lembaga disiplin ni nampak macam pilih kasih aje..apa komen korang..??


komen

2 comments:

tok iskandar said...

Tok baru je tengok berita panas hari ni.Ali Rustam tak boleh bertanding Timbalan Presiden UMNO.Bermakna peluang Muhyiddin untuk menang kerusi nombor 2 dalam UMNO makin cerah kerana Mat Taib bukanlah tandingannya.

Spekulasi tentang cantas-mencantas sedang berlaku dalam UMNO antara kem Najib dengan Pak Lah tok tak nak ulas.

Tok heran macamana khairi dan ali rustam yang melakukan kesalahan yang serupa tapi khairi kena amaran tapi Ali rustam dikenakan hukuman tak boleh bertanding.Paling pelik dulu Isa samad kena gantung beberapa tahun kerana politikwang.Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah tidak pula digantung oleh jawatankuasa tatatertib UMNO.Begitu juga dengan Azalina Othman said yang sedang disiasat SPRM.

Khalayak ramai semakin keliru dengan UMNO yang tengah bergolak sakan sekarang.Eloklah kita sediakan banyak borang PAS,PKR atau DAP di Melaka.Mana tahu ramai yang nak join.

Ali rustam dulu pernah melarang kakitangan awam negeri melawat Kelantan dan siapa sangka hayat politiknya berakhir begini.

Cuma tok nak rakan bloggers perhatikan tadi AJK Jawatankuasa Tatatertib UMNO,Hasfarizam Harun banyak buat statement.Mamat nikan peguam bela menteri pasola di negeri pasir dua butir.siapakah gerangan mamat ni sampai begitu berpengaruh.Cuba kengkawan bloggers luangkan sikit masa siasat latarbelakang mamat ni dan dedahkan kat bloggers masing-masing.

Tok juga nak ulas tentang kerajaan perpaduan dengan UMNO-BN.Eloklah kita dengar nasihat Tok Guru Nik Aziz yang serik untuk bergabung dengan UMNO-BN.Ramai yang meragui keikhlasan UMNO.

Kerajaan PAS di Perak ditumbangkan dan Nizar dimalukan.Kerajaan PAS di Terengganu pernah ditarik royalti minyaknya dan kerajaan PAS di kelantan selama 18 tahun diberikan bermacam-macam tekanan.

Buat apa kita menaiki kapal yang hampir karam.Jika benar-benar ikhlas,MP-MP UMNO patut keluar parti dan jadi bebas atau serta PAS ataupun PKR.Jika tidak,lupakan sahaja kerajaan gabungan dan kepada mana-mana pemimpin PAS yang berminat dengan idea sebegini,ingatlah Tok Guru Nik Aziz seorang MP PAS ketika PAS ditendang keluar BN.

Tok percaya majoriti ahli PAS akan bersetuju dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam tok...

ummi memang tidak bersetuju dgn kerajaan perpaduan ni..saya lebih suka ambil sikap berhati2 dari menyesal kemudian hari...takkan kita nak terjerat dalam satu lubang 2 kali..

sejarah banyak mengajar kita supaya lebih berhati2..

wallahualam..

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil