tak kira apa pangkat dan status...orang mula paham tentang perlembagaan..selalunya kita hanya dengar dan angguk saje bila orang perkatakan tentang perlembagaan...tak reti nak jampok atau nak bagi pandangan...sekarang hangpa jangan nak gelembong pasal perlembagaan pada makcik jual pecal ka..pakcik kopek kelapa ka...pak mat cebak sawit ka...dengan senafas depa boleh bukak cerita pasal krisis di Perak ni siap dengan fasal2 dalm perlembagaan...sampai ada yang kata..'gamaknye kalau aku jadi speaker pun boleh ni...hahaha'
itu lah suasana di Perak hari ini..bab siapa yang sah dan tak sah sebagai MB pun rakyat dah boleh nampak..tapi hairan kenapa puak2 umno masih berusaha mencari lubang2 peluang dalam perlembagaan yg membolehkan DS Nizar bukan sebagai MB Perak..tapi yang tersurat...tiada satu peruntukkan pun dalam perlembagaan yang boleh melucutkan jawatan DS Nizar sebagai MB...
kita dah belajar dari krisis ini..siapa yang boleh kita saman..dan siapa yang tak boleh kita saman...kerajaan PR seboleh mungkin akan mendaulatkan undang2 dan tidak sama sekali akan menceroboh..seperti yang dilakukan oleh umno untuk membolehkan kehendak mereka tercapai....
terkini kita akan mengetahui pula..antara speaker atau SPR yang berkuasa untuk menentukan kedudukan tiga kerusi bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lompat bila kes ini dirujukkan pada Mahkamah Persekutuan...maka kita akan melihat perlanggaran demi perlanggaran yg dibuat umno untuk menghalalkan cara...sekiranya hak itu ditangan speaker maka 3 kerusi itu akan dikosongkan untuk PRK...episod hitam bagi UMNO BN Perak pun bermula..
IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan persoalan undang-undang membabitkan pentaksiran Perlembagaan Perak berhubung pihak mana bertanggungjawab memutuskan pengesahan kedudukan tiga kerusi bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lompat, dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.kadang2 terpikir..umno/bn ni nak bodoh2kan siapa sebenarnya...rakyat atau diri depa sendiri..?? kuang..kuang..kuang..
Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian untuk memastikan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri, V Sivakumar, atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkuasa untuk memutuskan kekosongan bagi ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri itu.
1 comment:
Adalah disyorkan bahawa Speaker Dun Perak mengambil tindakan ke atas si Ridwan Ibrahim kerana menghina dewan undangan negeri. Tindakan tegas perlu di ambil sebagai pengajaran kepada mana-mana hakim yang tidak memahami konsep pecahan kuasa. Selain itu sepatutnya satu laporan SPRM dibuat kepada si Ridwan Ibrahim iaitu salah guna kuasa dan juga kepada pengerusi SPRM dan KPN yang gatal-gatal menyiasat speaker dewan terhadap kuasa speaker yang termaktud hak speaker tersebut. Isu politik Perak sebenar menjadi satu bidang ilmu perlembagaan dan ianya menjadi pengukur aktiviti kerakusan badan kehakiman dan badan penguatkuasaan dalam menceroboh dan merogol perlembagaan. Selain itu isu ini juga memaparkan pelakon-pelakon yang menghina kehendak rakyat dan pelakon-pelakon yang mengamalkan dacing berat sebelah. Maka itu marilah kita membuang dacing yang telalu tua dan selayaknya dimasukan ke dalam muzium. Kita perlukan dacing elektronik yang memberi bacaan yang tepat dan sukar untuk menipu.
Post a Comment