Followers

Monday, July 21, 2008

artikel yg mengharukan....

Pas takut terjebak lagi | malaysiakini
PAS setia dengan Pakatan | malaysiakini


makin hari makin hangat lak dgn isu muzakarah ni...makin menjadi2 pulak cerita disebalik cerita...ada yg dah berani keluarkan cerita yg pelik2...tak kurang jugak cerita yg mencopotkan jantung org ramai..ntah la apa yg nak ditonjolkan pun tak tau la...

artikel yg mengharukan......

"Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional...
Seandainya wujud kebenaran hakiki akan spekulasi politik seperti ini maka kerajaan rakyat pasti akan tumbang.
  • Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London. Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS. Tawaran tersebut adalah:
  • Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
  • Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
  • PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
  • PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
  • PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
  • Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
  • Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
  • Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS :
  • Golongan hampir monopous / zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
  • Golongan Terlampau inginkan jawatan dalam PAS

dibawah ni sedikit teguran dari ruslan sms...yg ditujukan kepada sesiapa yg ada pemikiran seperti penulis artikel yg mengharukan di atas....


Sesungguhnya penulisan-penulisan ini menyerang pimpinan kanan PAS yang kebanyakkannya bertaraf ulamak, malah kalau tak ulamak sekalipun, adakah kita diberi lesen untuk menghina dan mengaibkan mereka walaupun kita panggil diri kita “Ahli dalaman PAS” atau Ahlul Bait atau apa sahaja.

Sedarkah kita maklumat yang kita bawa itu benar atau fitnah? Sedarkah kita bahawa pimpinan yang kita serang itu adalah pimpinan yang ratusan ribu ahli Pas kenal dan faham budi dan akhlak mereka. Kita yang tidur malam bertemankan air liur basi dan dengkoran hodoh boleh mengadu-domba pemimpin yang menghabiskan tengah malamnya bertahajud dan beribadat malam!

Sedarkah kita pemimpin yang kita serang bukan sekadar menjelajah pelusuk negara berceramah politik tetapi mereka mengangkut al Quran, Hadis dan kita-kitab besar, mengajar dan memberikan ilmu dari masjid ke masjid, surau ke surau dan pusat tarbiyah ke pusat tarbiyah, sedangkan kaki kita terhenjut-henjut asyik mendengar lagu-lagu “underground” yang kita dakwa baik dan comel lirik-liriknya!

Janganlah kita jadi al Isti’jal, al I’jab bil Nafsi, al Ghurur dan al Takabbur sehingga memegang saham dalam menimbulkan syak-wasangka, adu-domba sehingga meruntuhkan “Kepimpinan Ulamak” yang dibina dan diberi penegasan oleh jemaah sejak lebih 26 tahun lalu.

bagi pandangan ummi..gejala ni sepatutnya tak ada didalam jemaah..ni menunjukkan kurangnya tarbiyyah didalam seseorang muslim sehingga terbitnya spekulasi yg sebegitu...tak salah kalau nak menyuarakan pendapat..tetapi yg ummi nampak lebih kepada spekulasi yg merugikan...jika sayangkan jemaah maka harusnya kita menjaga maruah jemaah...sekiranya ada yg tak puas hati,kan lebih baik berdepan dari bercakap belakang2...walau caranya nampak gentleman..tapi bagi ummi dia menampakkan cara yg tak matang berfikir...

apa motif si penulis...??
adakah dia diupah utk menulis begitu...??
sahih ke sumber2 yg diperolehi..??


~wallahualam....

3 comments:

nik said...

Apa yg terjadi sekarang ialah satu pihak sgt cenderung percaya kpd cerita2 sebegini (ia dianggap sebagai satu pendedahan) sdgkan jika cerita sensasi itu menjatuhkan pihaknya, cerita itu dianggap fitnah pulak..

Inila yg terjadi jika ada sifat fanatik kpd sseuati pihak.

Sepatutnya, kebencian kita kpd satu2 golongan tidak menjadikan kita zalim kpd golongan itu.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

sebenarnya apa2 pun niatnya..kena melihat risiko disebaliknya...perhatikan pihak mana yg akan untung dan rugi disebalik cerita2 tu..

wallahualam

org kite said...

cerita yg disebarkan ini belum pun sahih lg.dia adalah sekadar cerita yg hanya merugikan PAS .
PAS tetap dgn kewujudan yg dulu dan akan utuh.Insya Allah.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil