Followers

Wednesday, July 23, 2008

sabar itu sebahagian dari iman...

Assalamualaikum...

Pemerhatian ummi dari tulisan bloger2 dan komen2 mengenai muzakarah UMNO-PAS ni...semacam sudah sampai tahap caca marba ...ramai yag mempunyai perasaan yg bercampur baur...Apakah matlamat utama perjuangan kita? Adakah untuk kejayaan PAS? Atau untuk menegakkan Islam? Mana yang lebih penting?


reaksi dari kenyataan2 dibawah...

1. Bila Pak Lah,umum dah 3 kali muzakarah.
Reaksi kebanyakan pengunjung,hentam,kutuk,maki dan seumpamanya. Sikit dan tak banyak yang sokong.
2. Bila Tuan Guru Hj.Hadi , sahkah adanya pertemuan tersebut .
Pendapat bercampur-campur,tetapi banyak yang menyokong,daripada yang menentang
3. Bila Tuan Guru Nik Aziz,ulas dan beri pandangan.
Kebanyakannya hentam balik idea muzakarah ni,maknanya tak sokong muzakarah diteruskan.
4. Bila Husam , beri teguran dan amaran .
Hampir tidak ada yang tidak setuju supaya muzakarah di batalkan...

sebenarnya muzakarah ini persepsi seseorang itu tidak sama...
kalau kita pandang dari sudut keuntungan untuk parti,kita akan menyokong...
kalau kita pandang dari sudut rugi kepada parti, kita sanggah...
kalau kita pandang dari sudut keperluan dan kepentingan semua, ramai yg menyokong...
kalau pandang sudut satu pihak yang akan dipergunakan,ramai yang membantah..

adakah benar dan betul,PAS sedang diperangkap dan sudah terperangkap dengan umpan MUZAKARAH,sebagaimana DSAI masuk dalam perangkap yang dipunyai oleh taukeh yang sama,iaitu UMNO,dengan umpan yang miripnya serupa iaitu ISLAMISASI ?
kita kena sentiasa bersedia kerana UMNO tidak akan berdiam diri selagi apa yg mereka mahukan tercapai...adakah kita sudah bersiap sedia dgn kemungkinan2 yg akan melemahkan ahli PAS untuk menjayakan propaganda UMNO,sekiranya ahli2 sendiri tidak berdiri teguh disamping pemimpin bagi memperkukuhkan parti...

Kenapa kita mencerca pemimpin kita yang telah bermuzakarah di Selangor? Kenyataan Khir Toyo jelas menunjukkan walau telah ditawarkan jawatan MB,TMB dan 4 exco,mereka tetap tidak menerima dan setia dengan perjuangan.Mungkin atas sebab maslahat umum, ada perkara yang tak boleh dihebahkan kecuali bila kena dengan masa yang sesuai.


Pimpinan PAS pula perlu menyelami hasrat hati setiap ahlinya supaya tiada timbul masalah yang mengkucar kacirkan perjalanan pentadbiran parti...kerana sekiranya ahli2 sendiri sudah mempertikaikan pendirian pemimpin... ini menunjukkan kelemahan pemimpin menyelami hati ahli2nya...kerana ahli sentiasa bersedia bersama2 memperjuangkan matlamat parti bagi memastikan keutuhan parti tanpa mengharapkan balasan kemewahan dan kedudukan...jadi keikhlasan ahli2 yg bersungguh2 jangan dipandang sepi oleh pimpinan...



Dalam hal ini
TGHH , tak betul ? atau TGNA betul ?
TGHH , betul ? atau TGNA tak betul ?
atau
TGHH , tak betul ? TGNA tak betul ?

Adakah ini satu strategi ?kalau nak dikatakan strategi , maka kita sudah kalah , kita sudah terperangkap sebenarnya

kita nak ikut yang mana ?Terpulang kepada budi bicara masing-masing....Tepuk dada tanya selera ATAU Tepuk dada tanya iman..

Rata2 yg meluahkan pendapat dan rasa hati yg kurang senang bukan kerana sudah lunturnya kepercayaan kepada pucuk pimpinan dan parti..ini adalah tanda kasih sayang org ramai terhadap Parti Islam SeMalaysia(PAS)...Marah itu akan reda bila datang keredhaan....kerana buat masa sekarang ini,hanya PAS yg nampak lebih releven dari yg lain...lebih bersifat mesra alam dan makhluk...bila PAS menjulang tinggi ISLAM sebagai dasarnya...

walauapa pun Pas perlu membuat keputusan apa baik dan buruknya di adakan muzakarah dengan umno, dan demikian juga pada pihak umno, kerana apa yang kita dengar terlalu banyak ragam orang-orang umno di peringkat kampung masih menunjukkan sikap permusuhan dengan ahli-ahli Pas kerana Pas yang berada di dalam pakatan rakyat telah dapat memerintah 5 buah negeri, oleh yang demikian kepada pucuk pimpinan umno wajib memberitahu kepada ahlinya supaya bersikap lunak terhadap ahli-ahli Pas dan pemerintahan negeri yang di perintah oleh pakatan rakyat kerana selagi sikap dendam kerana kalah ini di teruskan maka selagi itu persefahaman bermuzakarah itu TIDAK AKAN BERJAYA


~Wallahualam..~

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil