ummi rasa nak tergelak golek2 bila si minah ni cakap....
“Saya merasakan usaha saya hanya sia-sia. Apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Mungkin dugaan Tuhan untuk menguji keimanan saya. Pun begitu, saya tetap ingin mendengar penjelasan sebenar. Saya tidak pasti sama ada akan menerus konsert melainkan mampu berkata Insya-Allah,”
waduh..waduh mbak Inul...kalonya dibikin konser nasyid.... ya mungkin agak keterlaluan bikin mbak gituan..tapinya ini konser goyang pinggull...nggak manis lohh...mbak..mbak...harusnya mbak insaf...kasihan deh sama anak2 muda diajak goyang pinggul...mbak juga saya kasihan kerana asik2nya nambah dosa...Istighfar banyak2 ya mbak...kan cantik kalo pinggulnya ditutup aja...kasi tonton pada yg berhak aja...istri sapa ni...ish..ish..ish...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku baru membaca Harian Metro bertajuk "Inul gagal kawal emosi". Konsert Inul yang dijadualkan pada malam ini dibatalkan kerana permit tidak diluluskan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru. Inul dilaporkan sedih dan kecewa dengan pembatalan konsert itu.
Iman inul diuji??
“Saya merasakan usaha saya hanya sia-sia. Apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Mungkin dugaan Tuhan untuk menguji keimanan saya. Pun begitu, saya tetap ingin mendengar penjelasan sebenar. Saya tidak pasti sama ada akan menerus konsert melainkan mampu berkata Insya-Allah,” kata Inul
Aku tak tahu nak fikir, macam mana Ratu Gelek Dangdut ni rasa keimanannya teruji. Dari pandangan mana boleh aku katakan dia ni beriman. Padahal dia lah yang membawa kerosakan kepada beribu-ribu umat Islam. Membawa dosa kepada berjuta umat Islam.
Islam jadi hiasan bibir
Adakah dengan perkataan 'InsyaAllah' cukup untuk Allah meredhai dan mengizinkan apa yang manusia lakukan sedangkan dari segi tindakan nyata bercanggah dengan hukum Allah?? Tidak rasa malukah umat Islam bila perosak manusia seperti Inul mengaku beriman dan perlakuannya itu di izinkan Allah, secara terang-terangan??
Ini lah yang berlaku bila Islam hanya jadi hiasan dibibir. Hanya dijadikan hiasan untuk menunjuk-nunjuk. Islam tidak difahami, dihayati dan dilaksanakan.
Perlakuan yang melanggar syariat sudah tidak peduli dan diambil berat. Berbuat dosa sudah jadi perkara biasa dalam hidup orang Islam sendiri. Pendedahan aurat tidak mendatangkan malu malah menjadi kebanggaan sesetengah orang. Maksiat tidak dicegah malah diberi ruang.
Tidak pelik kalau jenayah berleluasa dan negara tidak aman, sebab manusia sudah tidak kenal dosa dan pahala. Tidak kenal syurga dan neraka. Tidak ada rasa takut dengan Tuhan, malah berkata Tuhan akan meredhai perbuatan dosanya.
Islam vs Kebebasan ?
Bila ulama dan pemuda Islam membantah dikatakan Islam menyekat kebebasan. Islam tidak ada prinsip kemanusiaan, ulama golongan suci yang bongkak, golongan agamawan yang ego dan macam-macam lagi gelaran diberikan. Bila nak baca doa, nak uruskan jenazah ulama jugak yang dipanggil baru nak ingat Tuhan.
Pelbagai teori dikemukakan untuk menghalalkan perlakuan yang kononnya hak-hak kebebasan. Sehinggakan penayangan punggung itu dianggap sub-budaya (klik pandangan Yunus Ali pasal kontra budaya punk). Kononnya ia budaya global yang patut diterima biarpun asing bagi budaya Timur. Ya!! itu budaya...budaya haiwan. Tidak ada rasa malu dan bersalah. Apalagi yang membezakan manusia dengan binatang jika manusia tidak ada akhlak dan moral?? Tidak mahu ikut peraturan?? Haiwan yang tiada akal pun boleh ikut perintah tuannya. Ada sifat malu bela mengawan.
Islam tidak pernah menyekat kebebasan malah ia fitrah manusia yang mesti diraikan. Tapi kebebasan pun ada had dan batasnya. Kita masih terikat dengan hukum Tuhan yang mencipta kita.
Logiknya, Sebanyak mana pun kita makan ada hadnya, sejauh mana pun kita berlari dan berjalan ada hadnya, sepanjang mana pun umur kita ada hadnya dan sebijak manapun kita berfikir punya hadnya. Apa-apapun tindakan kita punya had dan batasnya. Hanya Allah yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.
Kebebasan sebenar bila manusia dapat hidup aman dan damai. Bebas dari belenggu nafsu dan syaitan. Bebas dari siksa dunia dan akhirat.
Penutup
Peraturan Allah adalah peraturan terbaik jika nak mewujudkan suasana harmoni di dalam masyarakat. Selagi mana peraturan Allah diketepikan dan disekat, masalah-masalah yang membelenggu masyarakat tidak akan dapat diselesaikan.
Kepada Inul, insaflah dari menggoyangkan punggung dan berbuat dosa. Semoga konsert Inul 27 Julai ini dibatalkan. Bagi yang cintakan Islam, sama-sama kita berdoa dan membantah konsert goyang gerudi yang akan merosakkan akhlak-akhlak remaja ini.
"Di dalam diri manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak, itulah dia hati.” (hadith)
~wallahualam~
~wallahualam~
1 comment:
padan muka indon ni. Asyik nak jaja punggong je.
Post a Comment