Membaca kenyataan akhbar Perdana Menteri , Muzakarah UMNO Pas sudah bermula di bawah ONLINE BERITA HARIAN , beberapa persoalaan telah timbul dan menjadi perhatian ahli-ahli PAS dan UMNO , juga lebih-lebih lagi rakyat Malaysia sekarang ini
Pertama
Kenapa tidak dibuat kenyataan bersama , diantara kedua-dua pemimpin tertinggi , UMNO dan PAS , hanya kenyataan sebelah pihak SAHAJA , iaitu UMNO saja ? Ini nama one man show. Atau UMNO ni buat kerja bodoh ?Kedua
Kenapa Presiden PAS, Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Seri HajiAbdul Hadi Bin Haji Awang , tidak dijemput hadhir di suatu majlis pengumuman rasmi muzakarah ini ?Nampak sangat UMNO ni tidak tahu hormat dan tidak menghormati kawan , rakan dan tamu..
KetigaMengapa pengumuman dibuat dalam satu sidang media yang tidak berkaitan , iaitu Majlis perisytiharaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan sambutan Hari Koperasi Negara 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya , 20 Julai 2008 , Ahad ..Nampak sangat UMNO ini tidak tahu menghargai PAS. Parti macam ini kah yang hendak kita dibuat perbincangan?
Keempat
Mengapa pengumuman tidak dibuat di majlis rasmi. Muzakarah UMNO dan PAS [ sekiranya betul – betul perlu pada masa ini ] , bukan perkara yang kecil , tidak boleh main-main , ini soal besar , soal orang – orang Melayu yang menjadi mangsa kejahatan , kezaliman dan penganiyaan UMNO selama 50 tahun, ini bukan soal remeh temeh.
Kalau betul kedua-dua pihak bersetuju , seluruh pimpinannya bersetuju, seluruh ahli nya bersetuju , maka majlis rasmi harus perlu dibuat.Adalah sangat tidak betul , sekiranya dibuat secara bersembunyi-sembunyi
Sebenarnya…….
Tidak perlu pun kepada muzakarah ini.
Sebabnya , semua masalah yang timbul sekarang ini , yang melibatkan orang-orang Melayu , disebabkan oleh UMNO
Punca kepada semua masalah orang-orang Melayu , dalam semua hal , pelajaran , social-dadah dll , ekonomi , perumahan , teknologi , dan lain-lain , disebabkan oleh UMNO
Kalau UMNO dah tahu sebab musababnya , tentu saja UMNO tahu cara-cara nak selesaikannya
Jadi , apa lagi masaalahnya ??????????????????????????
Biarlah UMNO selesaikan masalah yang dia sendiri timbulkan
Jangan sekali-kali libat dan babitkan PAS , atau mana-mana pihak lain di Negara ini.
Motifnya apa ...............
Adakah semua ini dilakukan kerana mengejar waktu , 16 September 2008 , [ atau lewat sikit ], bagi Pak Lah sudah terlalu suntuk ?
Begitu juga dengan kerajaannya UMNO/BN , samada dapat dipertahankan hingga ke tarikh itu atau tidak , iaitu 16 September ini , atau sedikit terlewat ?
Adakah ini sangat berkait rapat dengan suatu tarikh iaitu 16 September 2008 , iaitu perubahan tampuk pemerintahan Negara , dengan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya , dengan Perdana Menteri [ baca kenyataan akhbar Timbalan Menteri Pulau Pinang , di Tumpat , semalam , seperti di bawah
Pakatan pembangkang setuju Anwar jadi PM
TUMPAT 19 Julai - Pakatan pembangkang bersetuju untuk melantik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada 16 September ini. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, kesemua pemimpin pakatan pembangkang memberikan persetujuan tersebut selepas melihat reformasi yang dilakukan oleh Anwar hampir mencapai kejayaan.
Apa kata pimpinan PAS pulak……………
1. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat perjuangkan keadilan Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jul 17, 08 | 1:31:43 pm MYTKUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh)Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil.Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.
2. Bimbang jadi perangkap kedua - Mursyidul Am - Lanjusoh
Tue | Jul 15, 08 | 6:08:54 pm MYT
KOTA BHARU, 15 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bimbang kesediaan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berunding dengan PAS berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu dijadikan sebagai perangkap kedua.
"Saya bimbang benda ini jadi seperti perangkap. Dahulu kita sudah masuk perangkap dan tidak kan hendak masuk perangkap pula.
3. Muzakarah dengan Dr M dahulu – Mahfuz - Abdul Aziz Mustafa
Sat | Jul 19, 08 | 5:00:14 am MYTKUALA LUMMPUR, 19 Jul (Hrkh) - Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu bermuzakarah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan untuk bermuzakarah dengan PAS, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar.4. Tiada Rundingan PAS dan UMNO, Subki Latif
Petikan tajuk dari dari artikel yang bertajuk di atas, dari akhbar SIASAH , keluaran 0106, bertarikh 13 – 19 Julai 2008 , muka surat 45 , tanpa terlebih dahulu memohon kebenaran dari pihak penulis juga penerbitnya.
Soalan pendek .......
- Siapa yang menipu dalam hal ini ?
- Siapa yang sudah diperangkap dalam hal ini
- Siapa yang sudah terperangkap dalam hal ini
Apa maknanya ………………….
UMNO ini suka kelentong dan dia sudah kelentong rakyat Malaysia
Sekarang ni dia buat kerja syok sendiri
Jelas sudah , mengikut kenyataan TGHH, TGNA , Mahfuz, Subki Latiff , dan lain – lain , seperti di atas , tidak membayangkan perlu nya kepada muzkarah , sekurang-kurangnya waktu ini
Mengapa pulak perlunya Pak Lah yang mengesahkan kepada perlunya kepada muzakarah , sehingga sudah dibentuknya jawatankuasa
Akhirnya ?
Tuan-tuan dan Puan-puan buat lah tafsiran sendiri....
~nukilan ulitmayang~
Muzakarah UMNO Pas sudah bermula
20/07/2008 2:34pm PUTRAJAYA 20 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, muzakarah di antara UMNO dan Pas telah bermula dengan pentemuan di peringkat jawatankuasa yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin tertinggi daripada kedua-dua parti itu.
Tanpa menyebut bila pertemuan itu diadakan, Perdana Menteri memberitahu sehingga kini sebanyak tiga pertemuan telah diadakan oleh jawatankuasa itu.
``Ia membabitkan pemimpin tertinggi iaitu melibatkan mereka yang boleh membuat keputusan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan perisytiharaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan sambutan Hari Koperasi Negara 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.- Utusan.
betul la...kalau kita tgk kat dalam tv...dari pagi sampailah ke pagi esoknya dorang duk highlight benda ni...atau dorang ni sebenarnya dah nyawa2 ikan...? setiap pagi RTM akan ada slot analisa akhbar...pagi tadi analisa akhbar dorang tajuk.."RAHSIA ABADI NIATNYA SUCI"...citt.. niat suci konon...semua benda yg dorang buat mesti nak dapat pulangan/untung yg besar kepada pihak mereka sebab niat suci mereka tak pernah suci....tu la..org tua2 kata...' buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sekali '...kan org dah susah nak percaya...tanggung sendiri la...
wallahualam....
wallahualam....
No comments:
Post a Comment