Followers

Friday, July 25, 2008

dah bagi betis ...nak peha pulak..??!!!


Rakyat Johor sangat kesal dengan tindakan terbaru Singapura yang ingin menuntut pula kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Pulau Batu Putih yang baru sahaja dimenangi Singapura melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei yang lalu...bukan rakyat Johor saje..satu Malaysia kesal,bukan setakat kesal tapi marah...!


Tindakan Singapura ini dilihat seolah-olahnya mencabar kedaulatan Johor dan Malaysia amnya biarpun kedua-dua negara baru sahaja menyelesaikan masalah tuntutan Pulau Batu Putih dan Batuan Tengah.

Kerajaan Umno Barisan Nasional sudahpun hampir 51 tahun memerintah Malaysia dan tuntutan Singapura ini adalah petanda betapa negara jiran ini dengan mudahnya memperkotak-katikkan Malaysia melalui isu tanah Keretapi Tanah Melayu, penjualan pasir dan air, tambakan laut dan pengunaan ruang udara untuk latihan tentera dan banyak lagi.


Singapura menggunakan peruntukan Undang-undang Laut (UNCLOS) yang ditandatangani pada konvensyen 10 Disember 1982 dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mendakwa mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen.
Sultan Johor, Sultan Iskandar dalam sidang Dun Johor baru-baru ini bertitah baginda akan cuba berusaha untuk mendapatkan semula Pulau Batu Putih dengan mengatakan Batu Putih adalah milik Johor sampai bilapun.


Malaysia akan terus mencari bukti mengenai kes Batu Putih dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ terhadap keputusan yang menyerahkan batuan itu kepada Singapura.


Sebelum ini Singapura dan Malaysia sudahpun bersetuju menunjukkan rasa hormat mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan komitmen untuk menyelesaikan pertikaian itu secara aman dan akan menerima apa juga keputusan.


Setelah Wilayah Pembangunan Iskandar ...Malaysia hendak digadaikan oleh UmnoBN di tangan Singapura kini perairan pula hendak dirampas oleh Singapura.


Sahlah UmnoBN tidak pandai memerintah...

Kedaulatan Malaysia & Johor semakin hilang berdasarkan bererapa perkara. Berikut ialah sebahagian darinya:-

1. Perjanjian air yang berat sebelah antara Malaysia & Singapura membebankan Malaysia. Malaysia melalui Johor menjual air dengan harga 3sen untuk 1000 gelen kepada Singapura dan perjanjian sah sehingga 2050. Singapura kemudiannya menjual air ini kepada syarikat perkapalan yang berlabuh dengan harga US20 dolar untuk 1000 gelen.

2. Malaysia seterusnya hilang kedaulatan apabila tidak berani membuat jambatan bengkok dalam kawasan Malaysia kerana takut reaksi balas Singapura. Begitulah komen Tun Mahathir.

3. Malaysia membenarkan kereta-kereta Singapura masuk keluar dengan cukup mudah. Pemandu Singapura terkenal sebagai pemandu yang laju dan merbahaya sewaktu memandu di Malaysia. Di Singapura, undang-undang mereka ketat di mana kereta Malaysia tidak boleh keluar Singapura sehingga semua saman dijelaskan. Ini berbeza dengan Malaysia di mana pemandu Singapura bebas keluar masuk.

4. Kehilangan Pulau Batu Puteh. Modus operandi cukup mudah. Dapatkan dokumen dari malaysia bahawa Malaysia tidak menuntut kawasan tersebut. Kemudian laburkan beberapa juta untuk infrastruktur. Akhirnya, bawa kes ke mahkamah antarabangsa. Kebijaksanaan pemimpin seperi Lee Kuan Yew yang dahulunya peguam memang terserlah berbanding pemimpin Malaysia yang setakat belajar kesusasteraan Melayu.

5. Isu-isu penambakan yang sentiasa menambah besarkan Singapura.

6. Usaha Singapura menjadikan nagara tersebut negara kasino membawa kesan kepada Malaysia. Kaki judi dari Malaysia akan mengalirkan matawang Malaysia ke Singapura yang merugikan ekonomi Malaysia. Pelancong asing pula akan ramai datang ke Johor kerana murahnya hotel(kata ahli MCA Johor, siapa buat bisnes buka hotel baru boleh banyak untung).

7. Singapura sentiasa kepimpinannya bijak di mana majoriti kepimpinan mempunyai ijazah sarjana dari Harvard dan Oxford. Ini berbeza dgn malaysia di mana kepimpinan negara tidak terpelajar.

Berdasarkan modus operandi yang sama ke atas Batu Puteh, Wilayah Pembangunan Iskandar akhirnya berkemungkinan besar boleh menjadi kepunyaan Singapura.


kepada warga Malaysia....berhati2...sekiranya kita terleka barang sedetik...tak hairan kalau satu hari nanti kita mungkin menjadi Palestin yg kedua....!!

Adakah anda sanggup melihat anak cucu kita seperti anak2 Palestin..??

Bangun dan jangan ikut Pak Lah tido lagi...cukuplah kita dibuai dengan mimpi2 indah....sekarang masanya untuk kita menjaga tanahair kita dari dirampas...!!

~wallahualam~


No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil